Wednesday, 26 November 2008

Hold

Sesunguhnya penyakit yang Allah datangkan kepada kita adalah salah satu kafarah dan penghapus dosa- dosa kecil..wallahua`lam..

Hmm..trip for holiday (balik kampung..) yang dijadualkan pada hari ni terpaksa la ditangguhkan sbb adik cik dina 'warded' dah 2 hari...(sian akir).kami pun duk ulang- alik ke hospital je..apik memang dh ditugaskan untuk jaga sesi malam..hehe (thanks bro!). Demam panas yang dah berlarutan n dua tiga kali g klinik pun tak kebah, doctor telah menyarankan untuk pegi terus ke hospital...(uihh ayat skema) so, tempat yang dituju adalah KJMC..terus kena masuk ward sebab..DENGGI..masyaAllah..("banyak sungguh ke nyamuk kt umah sewa ko tu akir?")

Jadi, postponed lah trip holiday cik dina kali ni..semua nya Allah dah tentukan..ada hikmah disebaliknya..to akir, dont worry..minum air banyak2 + air yang doktor masukkan dlm wyre tu..jgn nak mengelat mkn ubat!!

Cik dina pun mengkajilah beberapa penawar yang dapat menyembuhkan demam denggi ni
( dengan izin Allah..insya Allah) dan beberapa petua yang orang tua- tua..


Dehydration

Pesakit dinasihatkan banyak minum air. Sebaik-baiknya air yang ada elektrolyte. Ada yang mengesyorkan 100 Plus. ya, memang betul minuman isotonik ni ada elektrolyte tetapi ia juga tinggi gula yang tidak sesuai untuk pesakit diabetes atau pra-diabetes. AIr kelapa muda juga tinggi electrolyte dan mineral.
Trace Minerals Drops ialah Electrolyte yang mudah diserap tubuh iaitu bersifat bio dan ionik, ia juga memulih darah .


Platelet Darah

Ada beberapa amalan yang telah dilakukan dan ada yang sangat berkesan untuk memulihkan platelet. Walaubagaimanapun saya masih mengesyorkan dibuat juga transfusi darah jika diperlukan. Antara amalan yang dimaksudkan ialah sup ketam, air daun betik (papaya), jambu batu.

a) struktur darah : chlorophyll mempunyai struktur yang seakan serupa dengan darah, oleh itu dengan mengambil air daun betik yang berupa chlorophyll pure memang sesuai. Yang pahit tu papain pula banyak manfaatnya tapi tak boleh ambil banyak sangat, nanti ke tandas selalu pula. Untuk dapatkan chlorophyll boleh juga buat juicing sayuran hijau, atau dapatkan supplemen chlorphyll berbentuk cecair.

b) radikal bebas : dalam keadaan demam, iaitu sistem imun tubuh sedang berperang dengan virus akan terbentuk banyak radikal bebas, oleh itu untuk cepat sembuh juga diperlukan ambil antioksiden. Jambu batu tinggi antioksiden termasuk vitamin C. Banyak lagi makanan yang boleh didapati antioksidan termasuklah TF Riovida supplemen antioksidan No 1 dunia.

uishh sedapnyerr tido..


hmm dh bangun..

5 bottles per day


~AMALKAN HIDUP YANG SIHAT~

1 comment:

mus said...

tumpang sedih, semoga cepat sembuh ...