Saturday, 8 November 2008

'The Seven Wonders of Perlis'

Ada apa kt Perlis ni?? negeri paling kecik sekali kt Malaysia..pi mai,pi mai, tang tu jgk..hmm..walaupun kecik..ada tujuh tarikan utama kt negeri ni..( cewahh..promote kampung sendiri)..hihihi..kampung orang lain lagi banyak tempat best2 kan? xpe la, cik dina nak bagi tau jgk

1. HARUMANIS
Sejenis buah mempelam yang diberi nama 'HARUMANIS'
(memangggg ler maniss..dan sedap..)

2.JUADAH & MAKANAN LAUT
Kt Kuala Perlis (kg cik dina la ni..) memang terkenal dgn makanan laut..sbb tepi laut & sungai..senang nk dpt semua2 ni..lagi satu Laksa Kuala Perlis & Pulut Ayam..bestt 'majnunnn'!!

3.TARIKAN SEMPADAN
Perlis kan dah dekat ujung, jd dekat sangatla nak ke sempadan Thailand (sawadeekapp)..tempat paling best shopping 'Padang Besar'..bukan padang ye..tp nama tempat je..( balik kg kalau x singgah 2, 3 kali memang x sah! )

4. PERSINGGAHAN BURUNG
Taman Negeri dan Timah Tasoh menjadi tempat persinggahan sementara pelbagai spesis burung hijrah antara bulan September dan April. Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) yang sahkan lebih 143 spesis burung semasa mengunjungi empangan Timah Tasoh ni.

5. PENGEMBARAAN HUTAN
Antara keistimewaan Gua Kelam ialah laluan sepanjang 370 meter tembusi bukit melalui jambatan gantung. Kita dapat tengok berjenis- jenis batu kapur kt dalam gua ni..(hmm teringat zaman kecik- kecik cik dina dtg ngn sepupu..rasa jauh benor berjalan dlm tu)

6. TAMAN ULAR
Satu- satunya taman ular di Malaysia yang ada 150 ekor ular dari 34 spesis yang meliputi 25 dari spesis tempatan dan 9 dari luar negara. Ada 10 spesis yang telah di'cop'kan sebagai berbisa.Selebihnya tu nak angkut pun takpe..

7. ANGGUR
Haa?? ada anggur ke?? ayat cik dina mula- mula masa tak tau pun Perlis ni anggur boleh hidup dengan subur skali..

Banyak lagi tempat- tempat yang best..tp cik dina tak ingat nama tempat nak sebut..pegi pun jarang- jarang..( maknanya kena la travel lebih lg kt kg sendiri..)

~Selamat Datang ke Negeri Perlis..~

4 comments:

mus said...

cuma sayang sikit tak ada tanah tinggi, selamat datang ke bukit tinggi, cameron dan genting ... :-D

eL^Deena said...

hmmm..tanah tinggi ada kt 'wang kelian' je..sempadan Thailand..cuba la pegi.tgk sama tak ngn bukit tinggi..:D

Tulip said...

amboii tlg promote perlis nampak..dpt upah kerr tuu? :D

eL^Deena said...

ahaks! xdapat upah ponn..saja nk bgtau kt sapa2 yg xpenah sampai lg kt perlis yg kecik molek ni..