Wednesday, 5 November 2008

Apa itu tekanan darah rendah??

Baru- baru ni cik dina pegi lah buat 'medical check-up'..doctor terkejut dgn tekanan darah cik dina..terlalu rendah..111/48..dia berkali- kali tanya cik dina.."why your blood pressure very low?"..ishh..mana lah 'saya' tau..elok je saya makan.(terlebih pun ada..)..memang sebelum ni pun tekanan darah cik dina rendah..tapi kali ni lebih rendah..(luar biasa!..cewahh).cik dina pun telah la mengkaji + menyelidik apa punca tekanan darah rendah ni..meh kita baca sama2..

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah
Hmmm..baca punya baca..tak tau la bab mana cik dina ni tergolong..( adakah 'saya' ni atlit?? adakah 'saya' ni pengamal diet??..)

~ Jaga lah kesihatan anda ~

11 comments:

mus said...

exercise mungkin boleh mengembalikan tekanan darah yang luar biasa ...

eL^Deena said...

hmm..tq 'mus' sbb bagi cadangan supaya cik dina memperbanyakkan exercise..

Tulip said...

very useful entry ;) aya pun slalu sgt darah rendah...so pasnih kenalah amalkan petua2 tersebut :D

eL^Deena said...

ooo..ya ka?hmm..pasni kena ikut la mcm yg depa suruh..ari aya mai umah tu xdan jumpa..hehe.

Cery said...

ye betulll say apun low gak time pgnnt dulu

cik_eyna said...

kebetulan cik dina...lately nie cik eyna tk pasan cik eyna sebenarnyer mengalami darah rendah until i check wit my friend..dlm 102/berape ntah..pttla cik eyna selalu pening dan rase nk pitam..waa..rse terkejut giler...so cik dina toksah berdiet kuat sgt oke...since cik dina nk exercise..mkn la lebeh sikit..:)

nursha410 said...

salam...

tgh jalan2 tadi..cari tentang tekanan darah rendah...hurmm..terjumpa blog ni...

rasanya sha kne tekanan darah rendah jugak ni..selalu penin2...mata berpinar jer..adoiiihaii...

thnx ye this article...

Farhana said...

hye cik dina..
sy pun ada tekanan darah rendah..
cm nursha..tgh cari info,
jmpa blog cik dina..
emm..nk tnya..cik dina or sape2 r..
ada alami kesan lain x sb low blood ni? cthnya masalah ms period?
sb sy, penah msuk hosp sb low blood ni..cma xr pengsan..tp 2,tiap kali period,mest akan demam..n mcm2 lg r..dehidrasi mmg sgt teruk r..n sy mmg cpt haus.cma yg xtahannya ms period r..cousin2 sy pn rmai yg kena low blood ni..ada yg smpai pengsan2 tym period.mayb jgk sb kehilangan darah ms period 2..sb bila kita hilang darah,lg teruk tekanan darah kita akan turun,k r..2 je..hee~ panjang plak komen sjy kn..=)

Anonymous said...

Salam... Saya pon baru dapat bacaan darah..nrendah waaaaaa... Nak wa camner ek

Salwa said...

good info..tengah mengkaji juga bab tekanan darah rendah ni..

sambil tu jemput singgah & follow my blog http://sascima78.blogspot.com/

Terima kasih ye..heee

MuzZ said...

Saya dulu pun kena tekanan darah rendah..doktor sebut sbb anemia gak..huhu..dengar anemia terus takut..hehe..
Sampai tak bleh bangun..asal bgn je muntah