Nikmat fitri digambarkan Allah dalam firman yang bermaksud:"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun;dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur"
( Surah Al- Nahl ; ayat 78 )
Manusia dilahirkan dalam bertelanjang bulat tetapi mereka dilengkapi alat yang diperlukan untuk perjuangan hidup iaitu telinga, mata dan akal. Nikmat mendatang ialah kenikmatan, kelazatan atau kebahagiaan yang diterima manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala dunia ini bermula daripada tanaman hingga ternakan dan hasil bumi disediakan untuk manfaat manusia.
Keadaan ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :"Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan Kami), ialah bumi yang mati; Kami hidupkan dia serta Kami keluarkan daripadanya bijiran, maka daripada bijiran itu mereka makan. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. Ini supaya mereka makan daripada buah- buahannya dan dari sesuatu yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur"
(Surah Yasin; ayat 33-35)
Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak terlepas daripada nikmat dan rahmat Allah yang tidak terhitung banyak. Jumlahnya tidak dapat disukat oleh sesiapa pun. Oleh itu, marilah sama- sama kita sentiasa mengucap syukur di atas segala kelebihan yang Allah kurniakan..
Syukur..syukur..
Syukur..ya Allah..
Syukur..Alhamdulillah...
Syukur..ya Allah..
Syukur..Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment