Tuesday 28 December 2010

kerana DIA yang bernama HATI

Hati sape tak sedih..

Hati mana tak remuk..

Hati ni lah yang pecah berderai..

Hati yang ini jugak lah yang punah..





tengok....mana tak berderau darah..Sape punya kerja???
Hmmmm..anggap lah kaffarah dari dosa- dosa..
Dah tak boleh nak buat apa lah. Tunggu dan lihat. Sejauh mana dia nak bergerak.

Saturday 25 December 2010

eat :: pray :: love

Alhamdulillah..baru malam ni berkesempatan nak update blog. Tajuk?? huhuhu..biar lah tak penah tengok cerita tu ataupun nak membaca buku tu..pinjam untuk kegunaan seangkatan dengannya..

Minggu terakhir cuti sekolah lebih kuat kuasa adrenalin bergerak. zusshh zuusshh..pantas naik turun. Tapi tang lain tetap tak turun- turun.haha..

Kronologi adrenalin cik dina :

11 Disember 2010
Berehat- rehat di rumah sambil membaca surat kabar. Rasa fikiran pun tak serabut mana dah sebab segala list kerja- kerja yang kena siapkan masa cuti sekolah ni 80% berjaya disudahkan..so, berenang- renang ketepian lah!

Tajuk best dalam sehari dua tu ialah isu beban kerja cikgu. Kerajaan nak tambah pembantu guru dalam kelas yang murid 40 orang dan kerja- kerja perkeranian. Memang baguussss sangat.

Isu kedua tentang pertukaran cikgu- cikgu yang mana ada sesetengah cikgu ni yang diarahkan bertukar tak nak pulak tukar..huhu..dalam hati tetap jugak bercakap..''kat sekolah pun ada jugak cikgu yang tak nak lapor diri...''


12 Disember 2010
Masih lagi berehat- rehat kat umah..sambil nak on facebook..dan tiba- tiba mesej masuk..: ''TAHNIAH, ANDA DAPAT BERTUKAR KE SK BANDAR *******''
haaaaaaa????? ini sudah main- main. Adrenalin baru nak merembes ke kepala. Terkejut. Berdebar. Tak tau apa perasaan masa tu.

Terus ke sekolah untuk dapatkan pengesahan. Surat baru sampai ke sekolah hari tu. Dah petang sangat nak pergi lapor diri. Yang ada cuma ungkapan ALHAMDULILLAH....



Alhamdulillah..dengan ini, cik dina ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga sekolah lama yang banyak memberi tunjuk ajar, bekerjasama, bantu membantu, bergurau senda, berjalan2, bermakan2 dan semuanya lah..





...dan kepada warga kerja baru..kita jumpa nanti..hehe


Alhamdulillah..dalam masa seminggu jugak cik dina ke sekolah hari- hari siapkan semua kerja- kerja yang perlu diserahkan kepada cikgu yang bakal mengambil alih tugas saya..hehe..nota serah tugas selamat diletakkan atas meja guru besar selepas semua barang siap di packing..mau tak adrenalin tunggang terbalik!



barang- barang masuk dalam kotak aje. jenuh nak mengemas



'4 beradik' yang bersedia nak dibawa ke tempat lain


Seminggu je lagi nak mula sekolah. Dan dalam masa seminggu ni jugak lah semua mesyuarat kena attend. Jadi, no more korean drama or movie on midnight ok! huhu..7.15 punch card. kalau tak MERAHHH kad anda.


Renung- renung kan dan selamat bekerja............~

Wednesday 8 December 2010

jangka hayat yang terlalu pendek




Jatuh bangun tergolek...rosak. repair LCD. elok balik. Masa tu jangka hayat baru lahir 3 bulan. Dan kembali tenat bila si scanner kat airport teropong lebih- lebih kut..dia malu..dan tuannya tak boleh nak buat CPR langsung kat dia..kesiann tuan dia. huhu.
*
*
*
*
*
*
nak jugak cari pasangan baru..sebab hidup sekarang kalau takde benda ni macam tak sempurna..kata budak sekolah.



saya bukan businesswoman..tapi budak sekolah nak lawan game dengan saya..jadi terpaksa jugak..













*terima kasih mr.google untuk gambar tu. saya malas amik gambar sendiri punya*

kampung saya di Malaysia..

I`m back!! Sudah 3 hari ada kat umah semula..balik- balik je terus pikir keje yang mana belum siap. sadisss sungguh rasa..takpe, kena redha. Niat lillahi Ta`ala..Amanah ALLAH ni.

Tengah- tengah sadiss pon sempat jugak check balik cerita feveret yang tertinggal 2 hari tu..ohh mujur ada ulangan pagi Isnin tu. Dapat tengok yang last version punya pun takpe..jadi yang tertinggal sehari tu pandai- pandaila reka cerita sendiri bagi sempurna..macam susun puzzle tu.


.......cintaku tertinggal di Malaysia.....

Friday 26 November 2010

cuti

Baru seminggu cuti sekolah..dan dah 3 kali juga dalam minggu ni masih berulang alik ke sekolah.."walaupun bercuti, guru perlu hadir ke sekolah apabila dipanggil"..jadi kena lah patuh pada arahan dan jangan INGKAR arahan. huhu


Mengikut perancangan awal cuti, saya yang 'rajin' ni dah susun la kerja- kerja yang kena siap sebelum bukak sekolah..sebab dah tau mesti la 'rajin' bila tengah cuti..jadi perancangan kerja kena ada..(ye la tuuuu cik dina oii..)


TO DO LIST :-
Minggu pertama cuti : 1- Muka depan Rancangan Pelajaran Tahunan 2011
2- Poket Rancangan Pelajaran Tahunan Lesson Plan
3- Cari RPT & HSP untuk subjek baru yang kena mengajor 2011
4- +++ Makan
5- Rehat + aktivti bersosial
6- Settle kan urusan kunci rumah
7- Masuk duit cuti- cuti over the sea
8- Menanti cerita wajib di tv..hihi


Minggu kedua cuti : 1- Segala HSP & RPT perlu bersiap sedia untuk ditaip semula
(huhuhu babak ni yang paling menyedihkan..)
2- RPT subjek yang memang dah duk mengajor edit aje.
3- Takwim persekolahan kena ada depan mata sebagai rujukan
( + nak bold siap2 tarikh2 penting dan yang mana nak cop )
4- +++ Makan
5- Rehat
6- Cuti- cuti over the sea yeay!!!
7- Cerita wajib yang tengah pikir macam mana nak record.



Malam- malam terkandas cerita korea..aigoooo...Dr. Champ + Daring Woman


Minggu ketiga cuti : 1- Agak- agak siap tak taip RPT tahun 4, 5, 6 ???
2- Kalau tak siap, kena la sambung buat lagi..:(
3- Carta organisasi ko- kurikulum
4- Carta peperiksaan tahunan & UPSR
5- +++ Makan
6- Rehat2 rumah ku syurga ku (sila pasang grill ye..oowhh)
7- Masih lagi depan tv
8- Attend cik Mel & Nazim enggagement



Siang pulak masa untuk berangan2 jadi chef..haha. suka sangat tengok chef2 luar ni masak..bukan sebab masakan yang diaorang masak, tapi perkakas di dapur tu yang buat i teruja youuuuuuuuuuuu..


Minggu keempat cuti : 1- Kembali ke sekolah untuk misi kurikulum
2- Kosongkan main timetable cikgu- cikgu untuk 2011
3- Buat label subjek mengikut warna selaras setiap kelas
4- Isi ler jadual cikgu2 2011 sampai berpinar mata
5- +++++ Makan (lebih sikit sebab keje makin banyak) haha
6- Rehat
7- TV??? mungkin minggu ni dah abis cerita peberet. so, no TV.
8- Kenduri kawen OYA..uihh kena pi. Tok teh mengamuk nanti.
9- Pegi hantar cik Emy..huhu..weii, doakan sekali ye!



Sekarang ni suka tengok dia ni masak. Sebab lengkap. Cara penyediaan dia menghidang masakan pada tetamu..huhhhhhhhhh..


Minggu kelima cuti : 1- Minggu cik dina bertugas. 2 hari ye.
2- Kemaskini board ko- kurikulum & peperiksaan
3- +++ Makan
4- Rehat
5- Bila nya nak jalan2 Kuala Kemamam ni Emy ?????



Jauh perjalanan..luas pemandangan kan!


Minggu keenam cuti : 1- Minggu yang penuh dengan mesyuarat
2- Mesyuarat Pengurusan 2011 (27.12.2010)
3- Mesyuarat Guru 1 / 2011 (28.12.2010)
4- Mesyuarat HEM / KOKO / Kurikulum (29.12.2010)
5- Kemaskini kelas masing- masing (30.12.2010)
6- Orientasi tahun 1 (31.12.2010)
7- MINGGU NI PATUT TAK DIKIRA MINGGU CUTI KAN??


Minggu ketujuh ???

SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA !!!




nota ujung : to my sepupu BIBI INTAN SURAYA..semoga tabah berjuang dibumi LONDON..jihad fi sabilillah..aisya zara, maklong ngan makngah tak sempat cari hadiah..yang tak seberapa je..

Wednesday 17 November 2010

ringkas

cik dina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..kepada yang balik beraya di kampung, berhati- hati semasa memandu..kepada cikgu cikgi..selamat mulakan cuti sekolah anda..penuhkan masa dengan aktiviti berfaedah seperti menjaga exam SPM & STPM huhuhu..untuk cik dina yang tak menjaga exam tu..sila lah fikirkan aktiviti apa yang sesuai untuk menambah pendapatan sendiri..huhuhu..sekian.

Thursday 14 October 2010

realiti DAN fantasi

Hebat sungguh penangan dunia fantasi ni..Keje menimbun plus setambun yang kena siapkan..tapi dek kerana alam fantasi mendahului alam realiti..buat- buat tak nampak je segala kerja- kerja tu.

Kerja juga bukan atas tiket kerja- kerja atas sebab tugasan kita sebagai pekerja..tapi kerja atau tugas kita dengan ALLAH..sempurna?? lengkap??

Bagaimana pula dengan orang sekeliling kita?? orang yang paling rapat dengan kita?? mungkin akan rasa kesunyian kerana masa yang ada cuma dihabiskan dengan melayan dunia fantasi..rela bersengkang mata demi melayari satu kehidupan yang belum pasti dapat dihayati sepenuhnya...wallahu`alam...


~renung- renungkan dan selamat beramal.........~








nota ujung : tazkirah hari khamis. kerja saya hampir siap..anda?? :D

Monday 11 October 2010

selesai

Habis juga Sukan Tahunan sekolah. Paling lambat dari semua sekolah. huhuhu..alkisahnya sebab padang sekolah tak boleh digunakan awal tahun ni kerana kerja- kerja membina bangunan sekolah yang baru. yeay! [sekolah sebelah ye..sekolah saya tetap rupa macam tu jugak..]


Thanks to kak ani, sebab datang menjenguk kami..tak dapat nak berbual panjang..masing- masing sibuk dengan tugas di padang..si kecik wafiq pun takde mood..cian dia ye..



siannya dia..wafiq demam ye..





selamat bercuti sehari.......~

Wednesday 6 October 2010

SAVE the SOUL




Terima kasih buat sahabat, teman, kawan, friend, sohabati...AZIMAH AZHARUL ABIDIN..sebab telah bertungkus lumus bersama teman tapi mesra nya untuk dapatkan saya tiket ini. hehehe..




nota ujung : imah, special kan ucapan ni. hahaha.

Monday 4 October 2010

kaki VS padang

kurus??? gemuk??? makan banyak??? tak lalu makan???
macam- macam lah soalan. saya masih macam dulu. sama macam cikgu- cikgu yang lain. sibuk ke sana ke mari. biarpun kepala ligat berfikir..penat memikir..apa yang perlu diselesaikan tetap kena laksanakan.

Dua minggu ni kaki ni bukan saje banyak berjalan..kena jugak berlari. berlari- lari anak. berlari- lari laju [ehh..yang tu belum lagi] tunggu masa la kut. kaki dan padang bagaikan tak boleh nak dipisahkan. Takpe. Habis je tempoh, rupa padang pun mungkin tak kenal. hehe.


Saturday 25 September 2010

bila..

Salam semua..

Entry yang ringkas saje..sebab nak kejar masa..('',)

Pertama..cik dina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..

Kedua..tersangat- sangat la mohon ampun dan maaf sebab saya ini tersangat la malas lagi nak update blog..

Ketiga..cik dina rasa macam kena update dua kali bila dah ada facebook. hehe. yang beza nya cuma fb tu dapat update ringkas dan cepat. blog nak kena ambil masa yang hmmm...lama?? panjang?? nak susun ayat, cerita sana sini, upload gambar...huhuhu..jadi?? macam ni lah ...bersawang..




selamat hari raya dari kami...~

Sunday 22 August 2010

Mood

Ohhh..mengapa saya masih lagi tidak berada dalam keadaan rajin untuk meng'update' blog?? fesbuk pun ikut suka je. xde benda yang nak diluahkan. bila rasa nak update baru la buat. hmmm..elok la sangat..mengurangkan masa yang lebih- lebih tu dari duk mengadap internet..sangat merasa tidak cukup waktu..[eleh..yeke??] bukan kena buat kuih raya pon :P..

nanti lah sambung. selamat berpuasa!

Tuesday 27 July 2010

Birthday Bash

Memang dah tahap malas..pemalas..sangat sangat malas. Rasa macam apa ntah. Dah banyak kali sebenornye bagitau kisah malas ni..huhuhu..tapi masih jugak macam ni. Takde peningkatan langsung! [cewahhh..motivasi diri ni]


Baru- baru ni saya [kata ganti nama untuk entry ni ye..] telah dipanjangkan lagi usia untuk meniti sisa- sisa hidup yang Allah SWT beri pinjam yang tak tahu sampai bila tempoh nya..ameen..ameen..ameen ya rabbal `alamin..syukur yang tak terhingga, Allah masih memberi peluang untuk menghirup udara segar ni..


Ucapan yang tak terbalas dari keluarga...sahabat- sahabat...teman- teman...orang itu..orang ini...TERIMA KASIH dari saya buat anda!


Celebration ??? hmmm ada la jugak..tak kecik..tak besar...yang sedang- sedang saja..



open table yang abah saya belanja..yeay!


Banyak sebenarnya gambar- gambar bermakan- makan dengan kawan dan keluarga..tapi disebabkan wyre usb henpon hilang entah kemana..[ishh konpius jugak ni..]..tengok je la gambor 2 keping ni aje..huhuhu



kedai makan siam. huhuhu..juga peberet kami sekeluarga..

Wednesday 14 July 2010

1..2..3..

Masih tak keruan..bukan takde sebab menjadi tak keruan ni..hari yang dihitung cuma tinggal sehari je lagi..[masa tengah taip ni jadi sehari je lagi..]adoii laaa..macam mana ni???

cik emy suruh solat istikharah. hmmm..ikut kata hati cik dina..kota ketenangan tu menjadi tempat pertama..tapi masih ada lagi urusan yang berbaki..

kita tunggu dan lihat aje lah.

Monday 28 June 2010

melangkah ke Germany.

Saje je bagi gah sikit.. konon2 macam nak pi German..padahal aura Germany menang semalam menghantui fikiran ni..pastu pulak baru lepas attend wedding junior sekolah yang dulu dia study kt German..ala- ala amik aura la konon...:P

Sebelum ni tak penah sikit pun nak pikir hal- hal bola ni..cuma disebabkan German menang dengan England semalam..habis anak- anak murid terpengaruh. Sampai dalam kelas sambil- sambil diaorang buat latihan..saja je nak test cik dina..grrrrrrrrrrr..

Budak : Cikgu, cikgu..cikgu sokong pasukan bola negara mana?

cik dina : oooo..mestilah German..[mentang2 la diaorang menang semalam..padahal tu je yang 'saya' tau]

Budak : Fuyoooo...diaorang menang kan. cikgu suka sape??

cik dina : KAKA.

Budak- budak [versi ramai pulak kali ni] : hahahahahahahaha [versi gelakkan saya dengan lebih kejam]

Budak : SALAH la cikguuuuuuuuuuuuuuuu..tu negara mana ..



Natijah : walaupun tak minat, kena amik tahu jugak rupanya sapa pemain2 bola tu..satu hal pulak nak pegi hapal nama diaorang. bukan dapat bayorang pung..:P




nota ujung : psst..psstt..cik dina dah berjaya buat laksam tu. hehehe..tak sempat snap pic..i kan first time masak tuuu..:D

Saturday 19 June 2010

maklong

Hari ni punya aktiviti :


1- Ke LCCT

Jumpa kak dah. Kak dah ni housemate masa belajar dulu..sangat baik orangnya..Dia la kakak, mak, kak long kat umah kitaorang tu. Dari mula- mula sampai kat umah tu, dari masak pun ala- ala koboi je..sampai la tau serba sikit masak sekali 3, 4 menu serentak [eleh..orang lain lagi hebat..tapi 'i' masa tu muda lagi..dan sekarang lagi muda..:P] Kak dah la yang ajar. Jaga masa sakit demam. Teman pi sana sini. Nak balik cuti dia la yang kalut tolong packing barang..huhuhu..tapi dapat jumpa kejap je tadi. 20 minit aje. Jalan jem sangat kat puchong. Lagipun keluar lewat..huhuhu. Takpe, 'saya' akan plan cuti ke Sarawak ye kak dah!!


2- Ke ALAM BUDIMAN
Petang ni ada majlis kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin kat umah sepupu cik dina. Majlis ni sempena masuk umah baru dia..huisshh seronok tengok dia dah boleh masuk umah baru..tapi dapat duduk sampai November ni je..sebab dia dah nak fly ke London sambung PHD.



aya..sorry tak mintak permission copy pic umah ni..


Dan..hari ni jugak ler baru dapat dukung si budak kecik comel Aisya Zara ni..last tengok dia masa baru lahir..uishhh punya la payah nak jumpa..walaupun mula- mula dia pun tercengang- cengang la jugak duk renung muka cik dina.."sapa la agaknya makcik ni..??" hehehe..



yeay!! maklong dapat dukung diaaa


Majlis ni cuma buat untuk sedara mara terdekat je..ahli keluarga sendiri bacakan Yassin..lebih erat dan dekat ukhuwwah tu..makan pun sodap..nasi beriani Johor..mak mertua Aya yang masak..[rugi 'saya' tak tambah..konyanggg]



mak ngah huda dan mak ngah marini with aisya


Pot pet pot pet..dah pukul 7..time`s up! Masa untuk balik umah.


Aisya Zara sudah tido laa bila masa maklong nak balik..


To Suraya, Faiz n sweet little Zara..Selamat menempuhi dunia baru di tempat baru..congratulation dan gud luck!!

Friday 18 June 2010

yakin boleh


kenal??







laksam..[gambar : ehsan dari google je]



kalau balik kampung..makan laksa chah tak 'hengat' dah..kalau hari koko a.k.a kokurikulum pulak..makan LAKSAM kat kedai gulai kawah tak 'hengat' jugak..sebab????



kalau laksa chah kuala perlis ni..cik dina suka sebab kuah dia pedas- pedas sikit..dan bila kita nak makan boleh pilih la nyah nak yang cair ke pekat bila kuah dia duk dalam bekas..dari tepi mangkuk boleh nampak lapisan kuah tu..



kalau laksam kedai gulai kawah pulak kuah dia yang pekat- pekat tu ada rasa pedas- pedas manis..'saya' ni kan memang suka makan manis- manis..makan roti canai pun kuah letak gula sket..baru sodappp!! dan bila makan dengan cikgu siti..mula la dia 'hingaq'.."hang ni makan kalah macam orang kelantan @ terengganu.."..so, thats my peberet..



Jadi, bila kita ni dah suka sangat makan..takkan asyik nak beli je..walaupun peratus sedap tu belum tentu LULUS lagi..cuba mesti kena cuba. Pagi tadi sambil- sambil menunggu dalam kete..dengar IKIM..biasala..hari Jumaat..kak Nora nyer slot masak memasak..dan resepi nyer..LAKSAM..yesss!!!




renung- renung kan dan selamat beramal ~



Cik dina terus je salin..walaupun kali yang ke berapa ntah..huhuhu..dan kali ni tekad. Perlu jugak cuba ye adik kakak..[ye la tuuuuu :P ]


So, ni resepi nya :

Bahan- bahan LAKSAM.
500 gram - tepung beras
800 ml - air
[bancuh semua bahan ni, pastu cuba la tengok..kalau menitik lambat je dari sudu pekat sangat..tambah lagi air..dan sebaliknya]

CARA buat LAKSAM.
1. Guna periuk nipis / kuali non stick
2. Sapu minyak sikit [tak nak bagi melekat]
3. Sendukkan bancuhan [guna senduk kak nora yang kata..] dan ratakan atas periuk
4. Pastikan tak terlalu nipis / tebal [takut susah nak gulung]
5. Tunggu dia naik gelembung sikit
6. Angkat dan sejukkan.
7. Gulung

KUAH LAKSAM.
1. 1kg ikan selayang
2. Santan
3. Bawang merah, bawang putih, halia, serai [blend semua ni]
4. Lada hitam
5. Asam keping
6. Garam gula secukup rasa
[masak semua bahan2 ni ye...]


tadaaaaaaaaaaaa..


ini bukan saya buat..[google ehsan..]


Selamat mencuba ye kepada cik penulis!!!

Saturday 12 June 2010

selamat...selamat...selamat..

Lama cik dina tak berblog..rasa malas sangat nak menulis..asyik baca orang punya blog je..dan cik dina tengok post- post terkini pun semuanya bila ada event je..huhuhu..sungguhla tidak rajin 'saya' ini..


Ok, sebelum tu..cik dina nak ucapkan selamat bercuti kepada semua cikgu cikgi..yang mana cuti anda semua tinggal seminggu je lagi..tu pun kalau kira tak sampai pun 2 minggu..ada la dalam seminggu setengah je..hehehe..['saya' merungut ke???] Mesti peluang cuti ni masing- masing dah plan macam- macam kan.


Cik dina balik kampung Perlis. oohh sungguh lama rasa balik kampung. seminggu. lama ke tu???? sebab bila dah besau panjang ni dah jarang sangat balik kampung sampai seminggu..orang lain semua keje opis..'saya' sorang je cikgu yang cuti lama..so, bila takde geng kat kampung..tercongok la sorang- sorang..





Balik kampung kali ni ada tujuan..tapi bukan tujuan cik dina..adik lelaki 'saya' itu mau tunang maa..dengan anak dara pakcik Abdul Jalil di Alor Star..



mak mertua menyarungkan cincin kat menantunya..huhuhu




kakak ipau dan adik ipau


Takyah la cite kronologi percintaan budak- budak ni..budak kecik lagi..hehe..satu kuliah..mesti la jeling- jeling..pandang- pandang kan..

oklah, cik dina nak pi Padang Besar..babai.

Saturday 22 May 2010

Biarku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biarmasa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Ku rawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri...............





Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah...21 May 2010, bersamaan hari Jumaat. Lambat seminggu. Takpe lah. Janji sambut jugak. Sebab dah memang ada dalam takwim. Perlu ada Majlis Sambutan ni ye. Jadi..cikgu la yang beruntung nya hari tu..





Hadiah pun lebih banyak dari tahun- tahun lepas..dapat sponsor lebih..credit to En Saad sebab tolong dapatkan sponsor- sponsor ni..anugerah yang dibuat pun banyak. Tahniah kepada yang berjaya 2009!!





Disebabkan majlis mula agak lambat, ye la kan..hari Jumaat..orang lelaki sibuk dengan solat Jumaat..semua nya terpaksa diganjakkan..DAN sesi sukaneka dan permainan perlu ditangguhkan pada minggu depan..hanya senamrobik berbaju kurung saje dapat buat. huhuhu..


Walau macam mana pun..alhamdulillah..cuaca petang tu pun baik..cerah. Tak hujan macam selalu..dapat la jalankan majlis dengan sempurna..

SELAMAT HARI GURU 2010 !

'Guru Pembina Negara Bangsa'

Saturday 15 May 2010

Gurls on BIKE!!!

Lama sangat tak ber'story'..

Takde cerita best la yang nak cerita. Balik- balik cerita 'hot' yang ada kat sekolah. Nak cerita pun rasa tak best. hihihi

Ok, hari ni punya cerita baru best. Best la ni bagi 'saya' yang baru berjinak- jinak dengan aktiviti ekstreme ni. Bukan tak penah merasa aktiviti- aktiviti lasak..tapi yang selalu pegi tu sebab memang WAJIB ok..kena BUAT!! Jadi apa perasaan korang kalau kena buat benda- benda yang 'hati' rasa macam 50 - 50 ???

Jadi, hari ni..kami- kami a.k.a GBS a.k.a cik dina dan kawan- kawan dah join satu aktiviti menaiki motor. Tapi motor ni jalan dalam hutan je yang disebut ATV.



Sebelum merempit, isi perut dulu kat mamak.



Entrance ATV Adventure Park @ Kemensah


Jadual untuk kami hari 'ride' hari ni jam 12.00 noon. Tengahari yang panas gelita tu ye. Semua 'cik yah' yang ada ni takde sorang pun pakai sunblock. Jadi tadah la muka masing- masing kat matahari yang menyeringai tuuu..



Banner ATV Adventure Park. Ada no. phone. Sape nak boleh amik


Sampai je, terus settlekan payment dengan encik- encik ATV. RM 100 per pax + dapat air mineral sebotol. Kalau bawak air sendiri pun ok jugak. Boleh spare. Letih woo. Sebelum diberi briefing oleh encik- encik tadi, setiap sorang kena isi borang. Cik dina dan cik emy boleh je pakai sign. Tak baca pun apa benda yang dia cakap. Bila encik- encik tu suruh baca sebab penting, baru terhegeh- hegeh nak baca. Borang tu cerita dengan panjang lebarnya pasal peraturan, apa yang boleh, apa yang tak boleh.



cik emy busy menyain


Habis je sesi sain- menyain, cik dina dan yang lain kena bagi tumpuan pada penerangan encik ATV. Adoi laa..punya la dua tiga kali encik tu kena ulang. Apasal?? Blurrr?? Ye laa..gear kereta ngan motor lain. Nak start enjin pun kena la rentas dua tiga button dulu. Baru la motor tu 'vrooooooooooommm'..


Lepas briefing, kena la practice. Practice make Perfect!! Tengok group yang datang sekali ngan kitaorang, dua kali je practice. Kitaorang kena sampai 5 KALI. Huishhh memang la nak bagi terror. Duk pusing naik turun bukit je.



Blue Team...i punya...



Oppss..silap susun. Ni guider tengah duk mengajaq.


Lepas yang sesi ajaq- mengajaq ni la buat sesi pilih memilih helmet masing- masing. Pilih je helmet mana yang suka. Semua sama je. Bau je lain..[encik- encik tu yang kata..] so, alhamdulillah helmet 'saya' tu tak berbau. Ada orang tu sampai pening- pening sebab helmet dia berbau..hahahaha..



cik imah..masa ni tak bau lagi ke helmet kamu tuuu??? :P



Taraaa..i punya RED.



Masa ni bersiap sedia nak merempit. 5 pusingan practice then masing- masing getaq lutut for the real one.


Mau tak getaq lutut...first journey je dah kena turun bukit menjunam. Maakkkkk !!! Tersengih- sengih je encik- encik tu. Agaknya dah biasa reaction macam tu. Dah turun, naik la pulak. Tinggi la sangat..Kalau panjat jalan kaki mau nak tercabut kaki. Ni naik motor tayar besar, rasa kat bawah ni macam boleh ke naik ni..mampu ke motor ni nak bawak bebanan dia. hihihi. Tapi, motor ni automatik. Tekan minyak kuat- kuat..tak menurun la dia. Then...masuk dalam hutan..rasa lah! Redah sana sini. Cuma kena kontrol betul- betul je motor tu. Brek dan minyak je nak kena jaga. Package yang kami amik ni cuma 1/3 je dari jalan hutan tu. Kalau package 2, 3 lagi mencabar. Bayaran pun lebih mahal !!



Ok, dah sampai kat tempat rehat. Ready to mandi manda @ waterfall



waterfall yang kecik je. Takleh berenang beria- ia pun.


Masa rehat 25 minit je. Yang nak bermandi- manda tu kemain la lagi panjat ke air terjun tu. cik dina dan yang seangkatan mandi kan kaki aje. Selebihnya kami buat shooting cover album sendiri. hihihihi.



Cover album sendiri..:D

Dalam pukul 3 petang baru kami bertolak balik ke pengkalan. cewahh..macam bawak kapal lanun. Laluan yang sama jugak macam datang tadi. Tapi rasa cepat je sampai bila nak balik. Korang penah rasa tak macam tu??? Kali ni dah lebih rasa confident.



Ready to go back.



9 orang beratur menunggu giliran untuk membuat aksi stunt. hohoho..nak turun bukit curam. takleh la turun dekat- dekat. kena sorang- sorang. kang berlanggor.


Alhamdulillah..jam 3.30 petang ++ sampai la kat pengkalan. Geng orang putih dah ready duk tunggu motor tak balik- balik lagi. Best sangat. Pegi la try!

Nota ujung : gurls...xtvt lepas ni adakah water rafting????

Thursday 22 April 2010

berkumpul beramai- ramai

Multaqa..yang membawa maksud penyatuan dua cabang kepada satu titik utama. Maknanya tu PERJUMPAAN la lebih kurang..

Dah 3 hari program ni. Multaqa Kebangsaan PERKIM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perjumpaan + persidangan + soal jawab + tadah telinga + salin nota sikit untuk buat minit curai [ala- ala laporan gitu lepas kita balik dari mesyuarat]

Intipati hasil daripada curahan air ke daun keladi..[masa tu je laa..sebab rasa nak balik je kan..] ialah :

- Nilai hidup manusia

- Cari jalan macam mana nak cegah banyak aktiviti tidak bermoral

- Men'tajdid'kan isi kandungan dalam matapelajaran Pendidikan Islam

- Pendidikan keibubapaan yang 18 jam bersama dengan anak- anak. Bukan 5 jam bersama
guru dan biar cikgu je layan + ajar + jaga anak- anak diaorang

- Sesi soal jawab wakil PERKIM dan GURU

- Sesi tengok gambar yang sikit je kat bawah ni :



sebelum majlis bermula kat Dewan Utama Masjid Wilayah




membaca jambatan ilmu..sila dengar betul2 ye




saya duduk kat tepi pintu di barisan belakang. kecik je la jadinya gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tengah berucap.