Friday, 21 November 2008

NAFKAH

Disebabkan akhir- akhir ni ramai sangat la pasangan yang bercerai- berai..(syaitan ketawa dgn gembira..masya Allah)..langkah yang terbaik bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ialah dengan mencadangkan Akta Undang-undang Keluarga Islam dipinda bagi membolehkan wanita dan ibu tunggal yang telah diabaikan dapat menuntut nafkah anak- anak daripada waris terdekat bekas suami..ini adalah disebabkan, setelah berlakunya perceraian tersebut, kebanyakan bekas suami meninggalkan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah..(anak tu kan sama- sama punya..jd tanggungjawab bersama). Jadi, si isteri boleh lah menuntut nafkah daripada waris terdekat bekas suami terutama datuk dan bapa saudara apabila si bekas suami tadi ingkar untuk membayar nafkah..(fikir- fikirlah dulu sebelum membuat keputusan)..wallahua`lam..


1 comment:

Tulip said...

banyak ketidakadilan berlaku kpd anak2 selepas penceraian...
na'uzubillah....