Sunday, 31 May 2009

aisyah..

Tak nak cerita panjang..dialog je

cik dina : iman, kak long pinjam baby boleh??

iman : tak boyehh..

cik dina : alaa..boleh laa..sehari je

iman : tak mauu!

cik dina : baby nama ape??

iman : tak tau..nama...emmm..nama..

iman : mi..bi(baby)ape?? ( umi..baby nama apa? )

cik dina : haa..cepatla..kalau tak tau nama kak long amik baby bawak balik.

iman : ecah..anak BONG!!


Kanak- kanak cepat terpengaruh dengan media massa..letak lah nama apa sekali pun.mesti akan dikaitkan dengan sesuatu daripada tv. Boleh dia kata adik dia ni anak BONG dalam tv tu!

Saturday, 30 May 2009

Selamat Bercuti!

Cuti sekolah lagi..cik dina ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua murid- murid dan cikgu- cikgi..walaupun minggu pertama cuti persekolahan kena datang sekolah untuk program UPSR murid- murid..^_~..(oohhh sedihnya 'saya'..)

Untuk cikgu- cikgi yang baru nak 'start' enjin cuti tuu..jaga keselamatan diri dan keluarga

Buat- buat murid- murid yang comel- comel dan comot- comot tuu..(hehehe..ada je yang hari- hari muka mesti jadi HARIMAUUU)..jangan lupa siapkan homework!

Hmmm..cuti persekolahan kali ni agak lama sikit.2 minggu.aktiviti cik dina hanya duduk di rumah + makan + tido.hehe.bagi amaran dekat anak murid jangan lupa siapkan homework..tapi cikgu nak duduk rehat- rehat aje.homework taknak buat ^_~

Wednesday, 27 May 2009

hati si budak kecil..

suatu pagi di dalam kelas pemulihan..

cik dina : kita ulang semula pelajaran semalam..

" alif bunyi...aaaa"
" alif yaa bunyi...eeee"
" alif wau bunyi... uuuu"

: cikgu cuba tukar huruf alif kepada huruf 'cha'
: aiqil, kita cuba eja sama- sama ye..

cik dina : " cha alif bunyi...

aiqil : " chaa..."

cik dina : " cha yaa bunyi....

aiqil : " WAUUUU..."

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....tangan yang tengah genggam erat penyangkut baju a.k.a 'hanger' yang tak tau sape punya rasa macam ringan je nak melayang ke badan budak kecik ni..tapi bila ingatkan balik..kalau terlepas lah ke badan budak ni..then ada kesan pulak kat badan dia..takde sape yang dapat 'support' + bela + selamatkan 'saya' yang memang rasa darah yang sentiasa berada di paras 'nyawa- nyawa ikan' dah membuak- buak macam gunung berapi yang dah tak sabar- sabar nak memuntahkan lava nya..hadoiii laaa..

tapi..di hati si kecil ni..tak pernah sikit pun rasa rendah diri, tercabar, sedih dan seangkatan dengannya walaupun dah beberapa kali kena marah. Dengan hanya menunjukkan muka yang 'bersalah' lah sangat tu bila kita marah..tak sampai beberapa minit kemudiannya 'dia' boleh datang pada 'kita' (merujuk kepada cik dina) seperti takde apa yang berlaku dan bersembang- sembang atau mengadukan hal diri sendiri yang sentiasa kehilangan pensel @ pemadam @ segala alat tulis yang di bawanya..

Subhanallah...hebat sungguh ciptaanNya dengan menjadikan hati- hati si kecil ini dengan perasaan yang tidak pernah menyimpan sedikit pun dendam kesumat terhadap manusia- manusia yang dah penuh dengan pelbagai corak dan warna di dalam hati masing- masing..



nota hujung : blurr lepas ngajar aiqil..kena pulak meeting direct three hours non stop.rasa berasap kepala..SABARRRRR..

Friday, 22 May 2009

mungkin......

....dengan secawan nescafe panas, tidur dan rehat secukupnya dapat menghilangkan sakit yang amat sangat..



Thursday, 21 May 2009

pen merah dan kertas..

cikgu kan selalu dengan pen merah dan kertas..sebab tu tajuk dia macam ni. tapi yang ingin cik dina ceritakan disini bukan tentang pen merah dan kertas, sekadar ingin berkongsi dengan para guru disana ( teacher aini, sir mustafa, cikgu siti..hehehe..dan yang lain- lain lah.ramai sangat nak tulis..)....................
ada juga pihak yang perihatin terhadap tanggungjawab cikgu yang sebenarnya..maknanya cor bussiness kita laa..

PEGAWAI KEMENTERIAN PATUT PANTAU P&P GURU BUKAN FAIL PENTADBIRAN

Masih belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik. Apa yang menarik perhatian saya ialah supaya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)menyemak semula mekanisme yang ada untuk melihat sama ada guru menjalankan tugas mereka atau tidak.

Kerap kali apabila pemantau datang ke sekolah, apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan sebagainya. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail tersebut akan dilabel dengan panggilan biasa 'tak buat kerja'.

Soalnya, adakah itu tugas guru?? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka?

Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses p&p terabai?


.....panjang lagi sebenarnya pandangan dari pihak ni, cuma cik dina amik yang penting- penting je.



.....minggu exam dah habis. tinggal lagi minggu mengulas + ulas + pulas analisa peperiksaan.GOOD LUCK TO ALL TEACHERS!

Wednesday, 20 May 2009

seni itu indah.

ramai orang kata seni itu indah..memang la pun kan.dah seni.kita lah sebagai manusia yang dapat mencorakkan sesuatu seni tu.tapi ada jugak yang cik dina tengok sesebuah lukisan tu memang tak berseni langsung walaupun orang yang lukis tu kata seni.hmmm..ayat dah tunggang terbalik ni. tak berseni langsung menulis.hehehe.seni ni banyak kan..seni dalam menulis, seni dalam memasak, melukis, macam- macam lah.

pelihara binatang tu perlukan seni tak?? kalau bela binatang perlukan kesenian, memang sah la cik dina takde seni langsung dalam bab bela binatang. mana tak nya...bela ikan baru sehari je, ikan dah mati.ayoyo..macam mana niii..tu baru bela ikan kecik. belum kena suruh bela kura- kura ke, harimau ke..

Allah dah jadikan setiap manusia berbeza- beza sifat, kelebihan dan kelemahan..janganlah kita rasa rendah diri atau lemah dengan kelemahan yang ada pada diri kita..jadi, kena la redha dengan pemberianNya.ada hikmat disebaliknya.


nota hujung : sian ikan cik dina..4 ekor dah mati..sorry ye ikan. tak tau kat mana silapnya masa bela korang.




Sunday, 17 May 2009

heel pain@plantar flasciitis

....maknanya sakit tumit kaki.



Apakah plantar fasciitis (PF)?

Ianya adalah keradangan (inflammation) pada plantar fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kpd jari kaki.

Simptoms: sakit pada tapak kaki, terutama pada bhgian tumit, terutama waktu pagi dan semasa berdiri lama.

Faktor penyebab:

Plantar fascia bertindak sbg 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.

Antara faktor-faktor penyumbang:

1) Aktiviti fizikal berlebihan spt ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'

2) Arthritis-penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pd tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis

3) Diabetes-PF lebih biasa berlaku pd penghidap diabetes (sbb tak diketahui)

4) Faktor mekanikal kaki-spt orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah

5) Pemakaian kasut yang salah- kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki.

6) Berlebihan berat badan

Ujian/penyiasatan.

Doktor akan memeriksa secara rapi untuk 'confirm' diagnosis dan mengenalpasti punca PF pada pesakit. Kebiasaannya X-ray kaki akan dibuat dan biasanya ada 'spur' (tulang tajam) pada tumit.


nota hujung : pilih la yang mana satu rasanya faktor- faktor penyumbang.lepas tu sumbangkan kaki anda pada doktor untuk di x-ray!

mari memasak bersama cik dina

Aktiviti menanda kertas exam dalam tempoh satu hari telah berjaya.yey! semua nya kena disiapkan sesegera mungkin sebab tak lama lagi dah nak cuti sekolah..HOLIDAY AGAINN!!
Bila dah takde keje, kena la jugak cari keje. Keje semalam tak susah pun. Hanya berdiri kat dapur dalam setengah jam. Biar sakit tumit kaki!

Resepi hari ni : chocolate almond.
Credit to kak Liza sebab bagi resepi buat coklat yang tersangat la senang. Tapi cik dina rasa kalau nak lagi milkier n more tastier, kena guna coklat dari brand yang baik.


bakar @ goreng tanpa minyak almond tu.nampak nak itam dah, angkat.


cooking chocolate n cocoa butter dihiris2 dan 'double boil'kan


dah cair bahan2 td, masuk terus dalam mold yang macam2 bentuk comel + almond n bekukan


dah siappp!!


close up

Saturday, 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU!

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap pemimpinnya".

Sesungguhnya amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak..

Friday, 15 May 2009

nyanyi dulu esok baru wish..

video


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

nota hujung: korang nyanyilah sebelum hari Isnin majlis sambutan Hari Guru biar hafal.arahan GB!

Monday, 11 May 2009

saya budak baru belajar..

semalam masa keluar senaman dengan geng bus sekolah..cik dina n geng sambil- sambil senaman sambil berposing..hehehe..sambil belajar sebenarnya. Belajar amik gambar guna camera cik jart yang canggih tuuu daripada camera orang lain..





nota hujung : gambar close up tak dapat nak upload sebab terlalu closeup sangat..hehe.

Sunday, 10 May 2009

Happy Mother`s Day!

Happy Mother`s Day to u mom! semoga Allah merahmati dan melimpahkan kasihsayang-NYA untuk mak. Luv u forever n ever..

video

Friday, 8 May 2009

tengok je lah

sport`s day hari tu.thanks a lot to k.aini a.k.a orang kuat rumah biru, k.raja a.k.a tolong jaga budak2 n k.miza a.k.a pengacara majlis sebab dah menjadikan rumah biru juara.yey, BIRU JUARA!!


acara pegawai yang JUARA jugak



cerita dah basi.

taknak cite panjang pun..sebab dah lama.tak dapat update sebabkan cabel cik dina yang problem tu. just nak memenuhi permintaan k.aini yang nak tengok gambar kat tempat sama yang dia n family pegi jugak ..hihihi


kat dewan sebelum mula program tahsin


tadaa..





best! boleh datang lagi bercuti kat sini..

yey dah boleh..

Thanks a lot cikgu ahmad sebab dah tolong cik dina arini membetulkan cabel phone yang tak dapat nak connect tu.."dia menyorok tuuu.."cikgu ahmad cakap.hehehe.boleh la cik dina menempek gambar- gambar aktiviti yang ada..

masih di sana..







Thursday, 7 May 2009

hari tuuu...

"Gurls..next trip yang dekat2 nak g mana?" tanya cik eyna
"Pegi je la Bukit Tinggi..dah kata nak hilangkan stress.."balas cik taty
"ok jugak. biar aku uruskan geng bus sekolah kita" cik eyna cakap lagi
"dina, ko bawak bekal ape?" cik emy tanya
"aku bawak sotong kurita..hehehehe"
"aku bawak sandwich tau" cik emy menunjukkan kesungguhan.

hehehehe..antara perbualan kitaorang sebelum pegi jalan- jalan, rehat- rehat, makan angin