Friday, 28 November 2008

Makan

Hehehe..asyik2 makan je kan..biasala ..hidup kan untuk makan..ke makan untuk hidup?? mana- mana la..resepi cik dina hari ni (yg dicedok dari chef sabri berabad lamanya..).. Kerabu Siam. cewahh..walaupun cik dina ada mak sedara yang berasal dari Satun, Thailand (ye kan cik bibi)..dan menikmati masakan makteh dengan berselera nya..(bila time raya lagi best)..tiba- tiba je rasa nak try kerabu siam made from 'orang melayu'..hehe

So, ini resepinya..

First Step: Goreng tanpa minyak
- cili kering
- bawang merah
- bawang putih
- lada hitam
(bahan- bahan ni kena bland dulu baru goreng tanpa minyak)





Second Step : Potong halus
- daun pudina
- daun bawang
- cili merah
- jantung pisang [ bakar dulu ]
- isi ayam [bakar dulu ]





Last step : Masukkan semua bahan
- Sos ikan (nampla..cari kt sini pun ada.xyah g siam pun xpe)
- gula merah (cairkan)
- limau nipis
- asam jawa

Pastu gaul la semua bahan- bahan tadi..kalau rasa kurang, tambahla apa yang patut untuk jadi sedap..(jangan letak serbuk perasa tau!)
Tadaaa.....................
Simple & Tasty !

p/s : bahan- bahan tu ikut la nak buat banyak mana pun..tak dihadkan jumlah kandungan bahan2

Thursday, 27 November 2008

Fitrah Kanak- kanak


Ramai ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul dan bermain bersama rakan-rakan.

Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf hidup dan kedudukan.

Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.

Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.

Psikologi kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.

Baginda memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.


Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran.

Ketika ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.

Anak-anak orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan pertolongan.

Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati dengan jiwa masyarakat.

Ibu bapa yang tidak bergaul dengan masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.

Mereka hanya berjaya mendidik anak- anak menjadi cemerlang dalam akademik sehingga mengagumkan orang lain. Hakikatnya, mereka tidak menyedari bahawa sikap mereka boleh menyebabkan anak-anak menghadapi kejutan budaya apabila terdedah kepada alam sekular yang terlalu bebas.


Sikap terlalu mengutamakan pelajaran akademik sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan adalah bertentangan dengan konsep kemanusiaan kerana manusia dicipta sebagai ‘makhluk yang hidup bermasyarakat’.

Alam kanak-kanak adalah satu alam yang indah di mana kanak-kanak sama ada miskin atau kaya terlalu gembira apabila dikerumuni oleh rakan-rakan.

Apabila kanak-kanak tidak dibenarkan bergaul dan bergembira bersama kanak-kanak lain maka kehidupan mereka berada dalam alam yang derita. Perasaan demikian tersemat dalam hati nurani mereka.

Ketika mendapat kebebasan dan di luar kawalan ibu bapa, mereka gagal untuk mengimbangi kehidupan sosial dengan kehandalan ilmu akademik yang dimiliki oleh mereka. Ini adalah dilema yang dihadapi oleh Sufiah Yusof yang terkenal sebagai gadis pintar.

Dalam keadaan sedemikian adalah sukar untuk umat Islam dari negara lain mencampuri urusan peribadi Sufiah kerana beliau merupakan rakyat Britain. Perlembagaan Britain memberi kebebasan sepenuhnya kepada remaja berumur lapan belas tahun menikmati hak kebebasan mereka.

Ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan peribadi mereka. Pelacuran merupakan salah satu sumber pendapatan yang diiktiraf oleh perlembagaan British.

Bagi Sufiah yang tidak mempunyai pendidikan dan kesedaran agama melibatkan diri dalam pelacuran merupakan sumber pendapatan baginya. Beliau tidak merasai bersalah kerana kegiatan tersebut merupakan sesuatu yang lumrah dilakukan oleh pelajar wanita di negara Barat.

Kegiatan tersebut juga telah menular ke negara ini. Terdapat pelajar-pelajar wanita dari universiti tempatan juga menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan untuk kehidupan mewah dan bergaya.

Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak untuk mencampuri sebarang urusan peribadi rakyat British mengikut perlembagaan negara tersebut. Adalah sukar bagi sebuah kerajaan Islam mencampuri urusan peribadi rakyat Britian.

Bagi masyarakat Britian yang sekular, wang dan harta merupakan matlamat hidup individu. Oleh itu kerajaan Malaysia perlu menghormati perlembagaan negara tersebut tanpa mengeruhkan keadaan lantaran untuk membantu seorang wanita pintar yang menghadapi kejutan budaya.

Urusan Sufiah sepatutnya diuruskan oleh persatuan-persatuan Islam di Britian dengan menggunakan pendekatan secara hikmah. Proses pemulihan beliau memerlukan masa yang lama kerana sistem pendidikan yang dihadapi oleh Sufiah adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

Oleh itu umat Islam perlu memahami bahawa kebijaksanaan dalam akademik tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kejayaan seseorang individu jika sistem pendidikan tidak diimbangi dengan pendidikan kerohaniaan dan keagamaan.


Buat Sang Isteri

Dedikasi buat isteri2, yang baru menjadi isteri & bakal2 isteri...
( Pn Hamidah Nor )

Zawjati (My wife)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You're my rightful wife,
I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you're upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You're my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You're my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine

Wednesday, 26 November 2008

Hadith

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.

Pengajaran Hadith:

i) Kerjasama adalah kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Ia boleh mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan stabil kerana daripada kerjasama akan menerbitkan kemesraan berkomunikasi, kasih sayang serta saling bersimpati di antara satu sama lain. Bak kata pepatah “cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit”.


Ii) Makhluk Allah adalah saling perlu memerlukan di antra satu sama lain di mana manusia tidak mungkin hidup tanpa alam persekitarannya dan alam persekitaran pula tidak akan membangun tanpa ada manusia yang mengusahakannya.


iii) Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia.


Hold

Sesunguhnya penyakit yang Allah datangkan kepada kita adalah salah satu kafarah dan penghapus dosa- dosa kecil..wallahua`lam..

Hmm..trip for holiday (balik kampung..) yang dijadualkan pada hari ni terpaksa la ditangguhkan sbb adik cik dina 'warded' dah 2 hari...(sian akir).kami pun duk ulang- alik ke hospital je..apik memang dh ditugaskan untuk jaga sesi malam..hehe (thanks bro!). Demam panas yang dah berlarutan n dua tiga kali g klinik pun tak kebah, doctor telah menyarankan untuk pegi terus ke hospital...(uihh ayat skema) so, tempat yang dituju adalah KJMC..terus kena masuk ward sebab..DENGGI..masyaAllah..("banyak sungguh ke nyamuk kt umah sewa ko tu akir?")

Jadi, postponed lah trip holiday cik dina kali ni..semua nya Allah dah tentukan..ada hikmah disebaliknya..to akir, dont worry..minum air banyak2 + air yang doktor masukkan dlm wyre tu..jgn nak mengelat mkn ubat!!

Cik dina pun mengkajilah beberapa penawar yang dapat menyembuhkan demam denggi ni
( dengan izin Allah..insya Allah) dan beberapa petua yang orang tua- tua..


Dehydration

Pesakit dinasihatkan banyak minum air. Sebaik-baiknya air yang ada elektrolyte. Ada yang mengesyorkan 100 Plus. ya, memang betul minuman isotonik ni ada elektrolyte tetapi ia juga tinggi gula yang tidak sesuai untuk pesakit diabetes atau pra-diabetes. AIr kelapa muda juga tinggi electrolyte dan mineral.
Trace Minerals Drops ialah Electrolyte yang mudah diserap tubuh iaitu bersifat bio dan ionik, ia juga memulih darah .


Platelet Darah

Ada beberapa amalan yang telah dilakukan dan ada yang sangat berkesan untuk memulihkan platelet. Walaubagaimanapun saya masih mengesyorkan dibuat juga transfusi darah jika diperlukan. Antara amalan yang dimaksudkan ialah sup ketam, air daun betik (papaya), jambu batu.

a) struktur darah : chlorophyll mempunyai struktur yang seakan serupa dengan darah, oleh itu dengan mengambil air daun betik yang berupa chlorophyll pure memang sesuai. Yang pahit tu papain pula banyak manfaatnya tapi tak boleh ambil banyak sangat, nanti ke tandas selalu pula. Untuk dapatkan chlorophyll boleh juga buat juicing sayuran hijau, atau dapatkan supplemen chlorphyll berbentuk cecair.

b) radikal bebas : dalam keadaan demam, iaitu sistem imun tubuh sedang berperang dengan virus akan terbentuk banyak radikal bebas, oleh itu untuk cepat sembuh juga diperlukan ambil antioksiden. Jambu batu tinggi antioksiden termasuk vitamin C. Banyak lagi makanan yang boleh didapati antioksidan termasuklah TF Riovida supplemen antioksidan No 1 dunia.

uishh sedapnyerr tido..


hmm dh bangun..

5 bottles per day


~AMALKAN HIDUP YANG SIHAT~

Monday, 24 November 2008

Sujud

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud

~ayat- ayat cinta~

Lagu yang mendayu, sentimental, sedap di dengar dengan liriknya yang penuh makna..kasih sayang yang diberikan hanya kepada Allah..

Friday, 21 November 2008

NAFKAH

Disebabkan akhir- akhir ni ramai sangat la pasangan yang bercerai- berai..(syaitan ketawa dgn gembira..masya Allah)..langkah yang terbaik bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ialah dengan mencadangkan Akta Undang-undang Keluarga Islam dipinda bagi membolehkan wanita dan ibu tunggal yang telah diabaikan dapat menuntut nafkah anak- anak daripada waris terdekat bekas suami..ini adalah disebabkan, setelah berlakunya perceraian tersebut, kebanyakan bekas suami meninggalkan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah..(anak tu kan sama- sama punya..jd tanggungjawab bersama). Jadi, si isteri boleh lah menuntut nafkah daripada waris terdekat bekas suami terutama datuk dan bapa saudara apabila si bekas suami tadi ingkar untuk membayar nafkah..(fikir- fikirlah dulu sebelum membuat keputusan)..wallahua`lam..


Wednesday, 19 November 2008

Teacher`s Graduation Day

Haa..jangan ingat budak sekolah, pelajar universiti je ada hari convocation..cikgu- cikgu pun ada jugak tau! hehehe..hmm teacher`s graduation day ni untuk semua guru- guru yang sudah berjaya melengkapkan kursus perguruan bagi melayakkan untuk dapat sijil ikhtisas..(diploma perguruan la tuu) Congratulation tu all my friends! Semoga masing- masing dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan hati yang penuh ikhlas..(jangan ingat nak naik pangkat cepatt je hehehe). Jadilah seorang guru yang berdedikasi dan kreatif untuk menjana pemikiran anak bangsa di samping didikan akhlak yang terpuji seiring akhlak Rasulullah saw..(ewahh macam ucapan dato` sri je..)

Hmm...tgk lah gambar convo + raptai yesterday.. xbanyak sangat gambar yang dapat nak 'snap'..(escort tak ikut laa)

best 'akak' ever..k.ima


cikgu + ibu + isteri


mak + cik dina + abah
(yang lain xde..pi keje&kelas)


~ GURU CEMERLANG, MURID TERBILANG ~

Friday, 14 November 2008

Untuk Kita Aje!



Hehehe..rupanya ada surprise kat sekolah cik dina arini..bukan untuk cikgu- cikgu ye, tp untuk murid- murid..sbb tu ada ayat 'untuk kita aje!' yang digantung sekitar dalam dewan sekolah..crew astro ceria datang..(bukan nak promote @ banggakan mereka ye..) saja sekadar suka- suka..

Memang dah dalam jadual diaorang untuk datang ke sekolah- sekolah berjumpa dengan murid- murid..dan yang pastinya mesti la ada tukang menghiburkan budak- budak tu! siapa lagi kalau bukan 'uncle aznil'..hushh bukan main lagi budak- budak ni..

Semua angkat tangan nak jawab soalan..kalau cikgu tanya dalam kelas bukan main lagi duduk diam..nak kena ni! Tu lah budak- budak..memang tengah zaman diaorang..nak main je..zaman
cik dina kecik- kecik dulu takde astro- astro ni..tengok je lah katun ape yang duk tayang kat tv tu..(eh, minat katun ke 'saya'??) dulu- dulu susah..pegi sekolah pun bawak bekal, abah bagi duit belanja 50sen..budak sekarang, dalam poket tu mesti lebih dari seringgit..subhanallah..Allah bagi rezeki yang melimpah ruah..jadi kena la bersyukur!


Disebabkan hari last sekolah, cikgu siti n cikgu ani (kak ani la tu hehe) dah menghidangkan juadah istimewa..cewahh.kami semua makan laksaa! Bila makan laksa je, cik dina mesti ingat kat kampung..kalau sarapan tu, boleh makan laksa je..( tak kembung pulak perut ni ) Kita tengok gambar je lah..



































~ selamat bercuti ~

PANGGANG PUN TAK SIHAT??

Entry pagi ni cik dina cuma nak share sikit tentang tips bila kita memasak..(ladies only..hehehe)..
Ingatkan bila kita masak masakan bergoreng je yang ada banyak radikal..rupanya..panggang pun sama.

Radikal bebas ni lah yang boleh mendatangkan bahaya balik pada kita (especially pompuan..breast cancer). Untuk lelaki pun bahaya jugak..leh jadi cancer usus & prostat. Kita tak digalakkan untuk selalu makan makanan yang menggunakan arang seperti satay, ayam, ikan bakar..(sedapnyerr).

Asap arang mengandungi sejenis radikal yang dipanggil 'polycylic aromatic hydrocarbon' dan 'heterocylic amine' ( eh betul ke ni eja?? cikgu ahmad, sila betulkan ye kalau salah) yang datang dari daging akan menitis ke atas bara panas dan melekat pada makanan melalui asap.

Menurut kajian yang cik dina baca ni..sajian panggang ni kena dimakan sekali dgn bawang putih, bawang besar, lada dan cuka kerana bahan- bahan ni dapat turunkan kadar radikal bebas tu.
Oleh itu, mari lah sama- sama kita kurangkan memakan makanan yang panggang2 ni..

p/s : 'firakh masywi' boleh tak??

Thursday, 13 November 2008

2 hari lagi..

Penat sungguh cik dina arini..cewahh..lagi nak cuti..masa ni lah macam- macam benda kena settlekan..data itu, data ini, sijil2, markah..ayoyo..sakit kepala 'saya'..

Hmm..hari ni sekolah buat hari anugerah cemerlang..(suntuk sangat masa punn)..semua kwn se'cikgu' penat..tp best..(dapat balik awal lg 'saya')..oklah, takde apa nk cerita sangat..hari anugerah..ceritanya mesti la pasal budak2 dapat hadiah no 1,2,3 hehehe..lain la hari guru..cikgu2 dapat hadiahh..

Zasssssssssss...

persembahan tarian 60-an

awat hang nampak kurus cik siti oiii!!















kak ani + cik dina








cikgu siti + cik dina

babai..nak pi tido!

Wednesday, 12 November 2008

menghitung hari...

Dalam kepala ni asyik duk menghitung hari je..hehehe..bukan menghitung atau membilang apa..cuma duk menghitung bape hari je lagi nak cutiii sekolaaahhhhh!!!! (masa cik dina menaip ni tinggal lagi 3hari.) seronoknyaa yang tak terhingga..walaupun sebelum- sebelum ni pun bukannya xpenah cuti sampai sebulan dua..(masa menganggur dulu)..tp cuti kali ni lain..sebab rasa penat+ tension + letih + apa yang sekawan dengannya lah..akan hilang hari demi hari..

Jadi..para cikgu- cikgu, anak- anak murid..'SELAMAT BERCUTI' cik dina ucapkan ( jgn jealous ye cik emy)..rancanglah percutian anda dengan sebaiknya..(cepat..mas & air asia tengah buat promotion ni)

Hmm..buat cik Hamidah Nor..selamat menghitung hari bahagia jugak..jauhh benor cik dina nak terbang ke Jeniang nunn..

........z z z z z z esok hari anugerah cemerlang pulak...

Sunday, 9 November 2008

Cooking + Relaxing..

Hmm..selamat hari minggu buat semua yang bekerja..biasalah..kalau dah hari cuti, masa ni lah nak amik kesempatan nak buat tu nak buat ni..rehat tu lebih lagi laa..
Cik dina tak kemana- mana pun this weekend..all the activities are hold..(kejap je tu punn..)..jd, cik dina pun bercadang la nak buat sesuatu yang dah lama tak praktikkan.. 'PUDING TRIFFLE' ..sbb minggu sebelum ni asyik bagi resepi kt kwn se'cikgu' kt sekolah tu untuk cuba resepi yang cik dina suka buat dulu..ada yang buat tak jadi lah, lembik lah..( biasalah tu..mula-mula ye kak ani! )
Resepi ni kwn cik dina, cik emy tu yang bagi masa dulu..masa tu memang tengah syok sangat duk cuba macam- macam jenis kek n pudding..wow fantastic! Lagi pun, bahan- bahan yang nak kena guna ni tak mahal sangat + senang je nak buat..kalau nak buat untuk wellfare ptg nanti, ptg dah boleh buat..

Jom tengok resepi!

PUDDING TRIFFLE

1 biji kek gulung (ikut la nak perisa ape pun..cik dina suka yang strawberri)
1 tin susu ideal
1 tin fruit coacktail
3 sudu besar tepung castard
1 kotak agar2 ( perisa ikut selera. cik dina selalu beli yang NONA)

Cara nak masak:

1.Potong kek gulung tu ikut saiz yang suka bulat- bulat (memang dah bulat pun)
2. Susun padat2 kek tu dalam bekas yang 'anda' suka
3. Tabur fruit coacktail atas susunan kek tadi
4. Masak agar2 ikut cara yang dia bg kat belakang kotak tu
5. Tuang atas kek tadi (kek tu akan jd 'tenggelam' dgn agar2)
6. Sejukkan sementara untuk bagi agar2 tu keras
7. Masak tepung castard dgn susu ideal dgn api yg perlahan
(bila nk dkt mendidih tu,terus tutup api)
8. Tuang castard td utk layer yg atas sekali
9. Sejukkan dalam peti sejuk

SIAP!! Senang kan!
Meh tengok macam mana rupa dia..




















































































~Selamat Mencuba!~





Saturday, 8 November 2008

Kembalikan Kesegaran Mata


Mengapa terjadi mata letih atau tidak segar??
Meh kita baca kenapa + mengapa =

1. Sinaran ultra lembayung
2. Udara panas dan lembap
3. Alergi terhadap makanan
4. Bahan sabun
5. Kurang tidur
6. Terlalu lama membaca
7. Menonton televisyen
8. Bekerja di hadapan komputer

So, bila mata letih akan menyebabkan 'eye bag'. Ini disebabkan oleh sistem pembuangan cairan tubuh. Ada kalanya disebabkan bahagian dalaman kulit bawah mata memiliki lemak berlebihan sehingga mata kelihatan bengakak.

Macam mana nak selesaikan masalah ni?? (mcm cikgu mathematic pulak..)
  • Lakukan urutan lembut pada bahagian berkantung dengan menggunakan jari tangan yang tengah dari arah hujung dalam ke arah hujung keluar (arah ke telinga) dengan gerakan membulat. ( Guna la krim pelindung UV )
  • Ambil seketul ais dan sapu sekeliling mata. Ais ni boleh kembalikan kelancaran peredaran darah dan segarkan balik mata.
  • Makanlah vitamin C untuk bantu pembentukan kolagen dan bantu mengurangi proses pigmentasi di sekitar mata.
Hmm..disebabkan cik dina pun terpaksa menggunakan 'pembantu' mata utk melihat..jadi kena la amalkan tips2 penjagaan mata ni..
~chayo`-chayo`!!~


'The Seven Wonders of Perlis'

Ada apa kt Perlis ni?? negeri paling kecik sekali kt Malaysia..pi mai,pi mai, tang tu jgk..hmm..walaupun kecik..ada tujuh tarikan utama kt negeri ni..( cewahh..promote kampung sendiri)..hihihi..kampung orang lain lagi banyak tempat best2 kan? xpe la, cik dina nak bagi tau jgk

1. HARUMANIS
Sejenis buah mempelam yang diberi nama 'HARUMANIS'
(memangggg ler maniss..dan sedap..)

2.JUADAH & MAKANAN LAUT
Kt Kuala Perlis (kg cik dina la ni..) memang terkenal dgn makanan laut..sbb tepi laut & sungai..senang nk dpt semua2 ni..lagi satu Laksa Kuala Perlis & Pulut Ayam..bestt 'majnunnn'!!

3.TARIKAN SEMPADAN
Perlis kan dah dekat ujung, jd dekat sangatla nak ke sempadan Thailand (sawadeekapp)..tempat paling best shopping 'Padang Besar'..bukan padang ye..tp nama tempat je..( balik kg kalau x singgah 2, 3 kali memang x sah! )

4. PERSINGGAHAN BURUNG
Taman Negeri dan Timah Tasoh menjadi tempat persinggahan sementara pelbagai spesis burung hijrah antara bulan September dan April. Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) yang sahkan lebih 143 spesis burung semasa mengunjungi empangan Timah Tasoh ni.

5. PENGEMBARAAN HUTAN
Antara keistimewaan Gua Kelam ialah laluan sepanjang 370 meter tembusi bukit melalui jambatan gantung. Kita dapat tengok berjenis- jenis batu kapur kt dalam gua ni..(hmm teringat zaman kecik- kecik cik dina dtg ngn sepupu..rasa jauh benor berjalan dlm tu)

6. TAMAN ULAR
Satu- satunya taman ular di Malaysia yang ada 150 ekor ular dari 34 spesis yang meliputi 25 dari spesis tempatan dan 9 dari luar negara. Ada 10 spesis yang telah di'cop'kan sebagai berbisa.Selebihnya tu nak angkut pun takpe..

7. ANGGUR
Haa?? ada anggur ke?? ayat cik dina mula- mula masa tak tau pun Perlis ni anggur boleh hidup dengan subur skali..

Banyak lagi tempat- tempat yang best..tp cik dina tak ingat nama tempat nak sebut..pegi pun jarang- jarang..( maknanya kena la travel lebih lg kt kg sendiri..)

~Selamat Datang ke Negeri Perlis..~

Friday, 7 November 2008

PadaMu ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Wednesday, 5 November 2008

Syukuri setiap kelebihan

Umumnya, nikmat kurniaan Allah dapat dibahagikan kepada bersifat fitri atau asasi iaitu nikmat yang diterima manusia sejak dilahirkan dan nikmat mendatang yang diterima mengikut keadaan dan waktu.

Nikmat fitri digambarkan Allah dalam firman yang bermaksud:"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun;dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur"
( Surah Al- Nahl ; ayat 78 )

Manusia dilahirkan dalam bertelanjang bulat tetapi mereka dilengkapi alat yang diperlukan untuk perjuangan hidup iaitu telinga, mata dan akal. Nikmat mendatang ialah kenikmatan, kelazatan atau kebahagiaan yang diterima manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala dunia ini bermula daripada tanaman hingga ternakan dan hasil bumi disediakan untuk manfaat manusia.

Keadaan ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :"Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan Kami), ialah bumi yang mati; Kami hidupkan dia serta Kami keluarkan daripadanya bijiran, maka daripada bijiran itu mereka makan. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. Ini supaya mereka makan daripada buah- buahannya dan dari sesuatu yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur"
(Surah Yasin; ayat 33-35)

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak terlepas daripada nikmat dan rahmat Allah yang tidak terhitung banyak. Jumlahnya tidak dapat disukat oleh sesiapa pun. Oleh itu, marilah sama- sama kita sentiasa mengucap syukur di atas segala kelebihan yang Allah kurniakan..

Syukur..syukur..
Syukur..ya Allah..
Syukur..Alhamdulillah...

Apa itu tekanan darah rendah??

Baru- baru ni cik dina pegi lah buat 'medical check-up'..doctor terkejut dgn tekanan darah cik dina..terlalu rendah..111/48..dia berkali- kali tanya cik dina.."why your blood pressure very low?"..ishh..mana lah 'saya' tau..elok je saya makan.(terlebih pun ada..)..memang sebelum ni pun tekanan darah cik dina rendah..tapi kali ni lebih rendah..(luar biasa!..cewahh).cik dina pun telah la mengkaji + menyelidik apa punca tekanan darah rendah ni..meh kita baca sama2..

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah
Hmmm..baca punya baca..tak tau la bab mana cik dina ni tergolong..( adakah 'saya' ni atlit?? adakah 'saya' ni pengamal diet??..)

~ Jaga lah kesihatan anda ~

Monday, 3 November 2008

MEMELIHARA PERUT


Entry hari ni cik dina nak story sikit pasal penjagaan perut..disebabkan semalam dah menambahkan lemak- lemak dalam badan..so, kena la cari jalan macam mana nak buang lemak yang selalu nya akan turun ke PERUT..

Dari Abu Hurairah RA katanya: Ada seorang lelaki yang biasanya banyak makan. Setelah dia memeluk Islam, makannya sedikit. Hal ini diceritakan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: "Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut".

Islam mementingkan penjagaan dan pemeliharaan perut sebab ianya boleh memudaratkan kesihatan dan ini akan menjejaskan ibadat seharian kita. Cuba tengok kalau kita makan terlalu banyak..dengan automatic nya badan akan terus jadi malas, lambat nak buat sesuatu kerja..(nasihat diri 'saya' sendiri jugak ni..)

Haruslah kita ingat, sesungguhnya umat Islam yang beriman dan bertaqwa hanya makan untuk mendapatkan tenaga untuk menjalani ibadat seharian..(kita bekerja tu dikira ibadat..) apatah lagi solat kita.

Kalau dah makan penuh- penuh sampai terlalu kenyang..makruh hukumnya..dan NATIJAH nya..
1- Hati menjadi keras
2- Malas mengerjakan ketaatan
3- Kurang bertenaga untuk beribadat
4- Lemah fahaman dalam ilmu pengetahuan
5- Kurang kebijaksanaan
6- Kurang rahmat dan belas kasihan terhadap orang yang lemah dari kaum muslimin
7- Sayang untuk menghulurkan bantuan
8- Meningkatkan syahwat
9- Membantu tentera syaitan


p/s : berhenti sebelum kenyang..

Sunday, 2 November 2008

walking,shoping n eating!

Semalam adalah hari yang sangat penatt (sendiri cari..) disebabkan cik dina dan kawan- kawan se'jalan' tak dapat nak teruskan holiday trip to taiping (atas sebab- sebab tertentu)..kami semua telah men'decide' untuk menjalankan aktiviti bebas seperti biasa..(jalan- jalan area kl je..) cik shila yang turun dari sepang pun dapat join sesi pagi je ngn cik dina n cik emy kt sunway piramid

Hmm..sampai sana je..cik dina n cik emy terus menyerbu shop lot..x sabar nyer..tak tunggu cik shila pun sbb dia lmbt skit..paling banyak beg plastik warna warni tu cik emy la..ye laa..duit yg simpan nk g taiping tak jadi..apa lagi..guna utk shopping la..bila cik shila sampai je..tetiba je rasa lapar...(saje je..) so, kitaorg yg mula2 decide nak makan MC`D je terus beralih arah bila nampak 'waffle world'.(sedap woooooooo...) apalagi..jom makan!!















Abis sesi pagi nyer jalan- jalan, cik dina n cik emy terus ke jalan TAR..hehehe..lagi bestt..lama dah rasa tak pusing- pusing sana..ye la, slalu sgt crowded ngn beribu- ribu manusia..hushh..alhamdulillah parking ok..xde la nk kena tunggu berjam- jam..tengah duk membelek- belek barang yang nak beli tu..

cik eyna pulak call nak ajak makan kt 'old town coffee'..hmm..best tu..(makan je..bertambah lah berat 'saya'..)..so, both of us dengan x payah nk pikir..terus je setuju because semua kawan se'jalan' akan join..









so, sebelum menambah 'karbohidrat'+'protien' = untuk sesi petang cik dina n cik emy sempat lagi penuhkan tangan dgn beg kaler pink ni..( hmm bab perabih duitt..cepat!!)

Aktiviti sesi petang hanyalah makan + borak.. cerita yang memang tak habis dan takkan habis..( sembang cite zaman sekolah + trip akan kemana pulak lepas ni..) Enjoy our 'makn+ borak'..






























next trip gurl's ??