Saturday, 8 November 2008

Kembalikan Kesegaran Mata


Mengapa terjadi mata letih atau tidak segar??
Meh kita baca kenapa + mengapa =

1. Sinaran ultra lembayung
2. Udara panas dan lembap
3. Alergi terhadap makanan
4. Bahan sabun
5. Kurang tidur
6. Terlalu lama membaca
7. Menonton televisyen
8. Bekerja di hadapan komputer

So, bila mata letih akan menyebabkan 'eye bag'. Ini disebabkan oleh sistem pembuangan cairan tubuh. Ada kalanya disebabkan bahagian dalaman kulit bawah mata memiliki lemak berlebihan sehingga mata kelihatan bengakak.

Macam mana nak selesaikan masalah ni?? (mcm cikgu mathematic pulak..)
  • Lakukan urutan lembut pada bahagian berkantung dengan menggunakan jari tangan yang tengah dari arah hujung dalam ke arah hujung keluar (arah ke telinga) dengan gerakan membulat. ( Guna la krim pelindung UV )
  • Ambil seketul ais dan sapu sekeliling mata. Ais ni boleh kembalikan kelancaran peredaran darah dan segarkan balik mata.
  • Makanlah vitamin C untuk bantu pembentukan kolagen dan bantu mengurangi proses pigmentasi di sekitar mata.
Hmm..disebabkan cik dina pun terpaksa menggunakan 'pembantu' mata utk melihat..jadi kena la amalkan tips2 penjagaan mata ni..
~chayo`-chayo`!!~


'The Seven Wonders of Perlis'

Ada apa kt Perlis ni?? negeri paling kecik sekali kt Malaysia..pi mai,pi mai, tang tu jgk..hmm..walaupun kecik..ada tujuh tarikan utama kt negeri ni..( cewahh..promote kampung sendiri)..hihihi..kampung orang lain lagi banyak tempat best2 kan? xpe la, cik dina nak bagi tau jgk

1. HARUMANIS
Sejenis buah mempelam yang diberi nama 'HARUMANIS'
(memangggg ler maniss..dan sedap..)

2.JUADAH & MAKANAN LAUT
Kt Kuala Perlis (kg cik dina la ni..) memang terkenal dgn makanan laut..sbb tepi laut & sungai..senang nk dpt semua2 ni..lagi satu Laksa Kuala Perlis & Pulut Ayam..bestt 'majnunnn'!!

3.TARIKAN SEMPADAN
Perlis kan dah dekat ujung, jd dekat sangatla nak ke sempadan Thailand (sawadeekapp)..tempat paling best shopping 'Padang Besar'..bukan padang ye..tp nama tempat je..( balik kg kalau x singgah 2, 3 kali memang x sah! )

4. PERSINGGAHAN BURUNG
Taman Negeri dan Timah Tasoh menjadi tempat persinggahan sementara pelbagai spesis burung hijrah antara bulan September dan April. Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) yang sahkan lebih 143 spesis burung semasa mengunjungi empangan Timah Tasoh ni.

5. PENGEMBARAAN HUTAN
Antara keistimewaan Gua Kelam ialah laluan sepanjang 370 meter tembusi bukit melalui jambatan gantung. Kita dapat tengok berjenis- jenis batu kapur kt dalam gua ni..(hmm teringat zaman kecik- kecik cik dina dtg ngn sepupu..rasa jauh benor berjalan dlm tu)

6. TAMAN ULAR
Satu- satunya taman ular di Malaysia yang ada 150 ekor ular dari 34 spesis yang meliputi 25 dari spesis tempatan dan 9 dari luar negara. Ada 10 spesis yang telah di'cop'kan sebagai berbisa.Selebihnya tu nak angkut pun takpe..

7. ANGGUR
Haa?? ada anggur ke?? ayat cik dina mula- mula masa tak tau pun Perlis ni anggur boleh hidup dengan subur skali..

Banyak lagi tempat- tempat yang best..tp cik dina tak ingat nama tempat nak sebut..pegi pun jarang- jarang..( maknanya kena la travel lebih lg kt kg sendiri..)

~Selamat Datang ke Negeri Perlis..~

Friday, 7 November 2008

PadaMu ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Wednesday, 5 November 2008

Syukuri setiap kelebihan

Umumnya, nikmat kurniaan Allah dapat dibahagikan kepada bersifat fitri atau asasi iaitu nikmat yang diterima manusia sejak dilahirkan dan nikmat mendatang yang diterima mengikut keadaan dan waktu.

Nikmat fitri digambarkan Allah dalam firman yang bermaksud:"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun;dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur"
( Surah Al- Nahl ; ayat 78 )

Manusia dilahirkan dalam bertelanjang bulat tetapi mereka dilengkapi alat yang diperlukan untuk perjuangan hidup iaitu telinga, mata dan akal. Nikmat mendatang ialah kenikmatan, kelazatan atau kebahagiaan yang diterima manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala dunia ini bermula daripada tanaman hingga ternakan dan hasil bumi disediakan untuk manfaat manusia.

Keadaan ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :"Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan Kami), ialah bumi yang mati; Kami hidupkan dia serta Kami keluarkan daripadanya bijiran, maka daripada bijiran itu mereka makan. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. Ini supaya mereka makan daripada buah- buahannya dan dari sesuatu yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur"
(Surah Yasin; ayat 33-35)

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak terlepas daripada nikmat dan rahmat Allah yang tidak terhitung banyak. Jumlahnya tidak dapat disukat oleh sesiapa pun. Oleh itu, marilah sama- sama kita sentiasa mengucap syukur di atas segala kelebihan yang Allah kurniakan..

Syukur..syukur..
Syukur..ya Allah..
Syukur..Alhamdulillah...

Apa itu tekanan darah rendah??

Baru- baru ni cik dina pegi lah buat 'medical check-up'..doctor terkejut dgn tekanan darah cik dina..terlalu rendah..111/48..dia berkali- kali tanya cik dina.."why your blood pressure very low?"..ishh..mana lah 'saya' tau..elok je saya makan.(terlebih pun ada..)..memang sebelum ni pun tekanan darah cik dina rendah..tapi kali ni lebih rendah..(luar biasa!..cewahh).cik dina pun telah la mengkaji + menyelidik apa punca tekanan darah rendah ni..meh kita baca sama2..

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah
Hmmm..baca punya baca..tak tau la bab mana cik dina ni tergolong..( adakah 'saya' ni atlit?? adakah 'saya' ni pengamal diet??..)

~ Jaga lah kesihatan anda ~

Monday, 3 November 2008

MEMELIHARA PERUT


Entry hari ni cik dina nak story sikit pasal penjagaan perut..disebabkan semalam dah menambahkan lemak- lemak dalam badan..so, kena la cari jalan macam mana nak buang lemak yang selalu nya akan turun ke PERUT..

Dari Abu Hurairah RA katanya: Ada seorang lelaki yang biasanya banyak makan. Setelah dia memeluk Islam, makannya sedikit. Hal ini diceritakan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: "Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut".

Islam mementingkan penjagaan dan pemeliharaan perut sebab ianya boleh memudaratkan kesihatan dan ini akan menjejaskan ibadat seharian kita. Cuba tengok kalau kita makan terlalu banyak..dengan automatic nya badan akan terus jadi malas, lambat nak buat sesuatu kerja..(nasihat diri 'saya' sendiri jugak ni..)

Haruslah kita ingat, sesungguhnya umat Islam yang beriman dan bertaqwa hanya makan untuk mendapatkan tenaga untuk menjalani ibadat seharian..(kita bekerja tu dikira ibadat..) apatah lagi solat kita.

Kalau dah makan penuh- penuh sampai terlalu kenyang..makruh hukumnya..dan NATIJAH nya..
1- Hati menjadi keras
2- Malas mengerjakan ketaatan
3- Kurang bertenaga untuk beribadat
4- Lemah fahaman dalam ilmu pengetahuan
5- Kurang kebijaksanaan
6- Kurang rahmat dan belas kasihan terhadap orang yang lemah dari kaum muslimin
7- Sayang untuk menghulurkan bantuan
8- Meningkatkan syahwat
9- Membantu tentera syaitan


p/s : berhenti sebelum kenyang..

Sunday, 2 November 2008

walking,shoping n eating!

Semalam adalah hari yang sangat penatt (sendiri cari..) disebabkan cik dina dan kawan- kawan se'jalan' tak dapat nak teruskan holiday trip to taiping (atas sebab- sebab tertentu)..kami semua telah men'decide' untuk menjalankan aktiviti bebas seperti biasa..(jalan- jalan area kl je..) cik shila yang turun dari sepang pun dapat join sesi pagi je ngn cik dina n cik emy kt sunway piramid

Hmm..sampai sana je..cik dina n cik emy terus menyerbu shop lot..x sabar nyer..tak tunggu cik shila pun sbb dia lmbt skit..paling banyak beg plastik warna warni tu cik emy la..ye laa..duit yg simpan nk g taiping tak jadi..apa lagi..guna utk shopping la..bila cik shila sampai je..tetiba je rasa lapar...(saje je..) so, kitaorg yg mula2 decide nak makan MC`D je terus beralih arah bila nampak 'waffle world'.(sedap woooooooo...) apalagi..jom makan!!















Abis sesi pagi nyer jalan- jalan, cik dina n cik emy terus ke jalan TAR..hehehe..lagi bestt..lama dah rasa tak pusing- pusing sana..ye la, slalu sgt crowded ngn beribu- ribu manusia..hushh..alhamdulillah parking ok..xde la nk kena tunggu berjam- jam..tengah duk membelek- belek barang yang nak beli tu..

cik eyna pulak call nak ajak makan kt 'old town coffee'..hmm..best tu..(makan je..bertambah lah berat 'saya'..)..so, both of us dengan x payah nk pikir..terus je setuju because semua kawan se'jalan' akan join..









so, sebelum menambah 'karbohidrat'+'protien' = untuk sesi petang cik dina n cik emy sempat lagi penuhkan tangan dgn beg kaler pink ni..( hmm bab perabih duitt..cepat!!)

Aktiviti sesi petang hanyalah makan + borak.. cerita yang memang tak habis dan takkan habis..( sembang cite zaman sekolah + trip akan kemana pulak lepas ni..) Enjoy our 'makn+ borak'..






























next trip gurl's ??