Abis sekolah tadi, cepat- cepat balik. cik kancum a.k.a imah hantar sms pagi tu..." my dear friend, free tak this evening?? teman aku pegi hospital?? sian aku..." cik kancum ada checkup seterusnya lagi arini kat PPUM.
Macam biasa..yang sorang bergegas balik rumah, tukar baju. solat kat hospital je nanti..cik dina bermonolog sendiri. sorang lagi amik 'half day' dan seperti biasa umah cik dina jadi tempat persinggahan untuk sesi mem'parking' kereta. cik kancum??? ohhh..lambat lagi! Jumpa doktor jam 2 petang..sekarang dah 1.52 petang..(macam tak biasa janji melayu..)
Sampai di hospital..tempat biasa kami tuju. cik kancum amik nombor giliran sementara cik dina dan cik kastur pegi solat. abis solat, kiosk yang jual waffle kami tuju..buat lapik perut la kononnya (tapi memang lapar sangaattt)..sumbat waffle dalam handbag sebab takut kena tahan dengan pak guard yang jaga kat bawah.(ada pulak pak guard kali ni..dulu takde pun)
Tingg!! sampai level 2..masuk je tempat menunggu..yang kelihatan cuma warga tua..(memang tempat sakit orang tua- tua je..) cuma kami bertiga je muda..ngeh ngeh ngeh..sementara nombor cik kancum belum berkelip..cari tempat duduk yang mudah untuk kami makan waffle yang duk terperap dalam handbag. Last- last duduk juga tepi kaunter..terpaksa la makan cover- cover..bau harum peanut sampai uncle cina depan cik kastur tak sudah- sudah asyik tengok kami bertiga..(sorry la ye uncle, kami lapar sangat..)
Result??? hmmmm..sila datang lagi untuk ambil darah dan kita buat minor operation..tebuk lubang sikit untuk dapatkan tisu pada hati tu ye...kami yang mendengar antara menyokong dan tidak. Sabar ye cik kancum..InsyaAllah..kami doakan kamu cepat sembuh..aminnn.
aktiviti menunggu orang sakit
sila beri perhatian pada nombor giliran anda!
kami juga tak beri waffle pada kakak kaunter tu sebab dia tengah main freeding frenzy time keje..hohoho
ubat sakit tu ialah makan..mari kita makan!
patut orang sakit belanja orang tak sakit ke atau macam mana ekkk???
nota hujung : hmm cuti 3 hari untuk kaum hindu beraya..kita ni pun tumpang laluan sama la ye! selamat bercuti..
2 comments:
korang ni meme pandai maken... ya rezeki tu ... :-D
mesti la suka makan..tak makan susah pulak nanti :D
Post a Comment