Tuesday 13 October 2009

Ayat Al-Quran, Doa mampu hindari sihir

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk- makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al- Falaq : 1- 5)

Apabila kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut denan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu mereka bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir.

Apa itu sihir? Sihir itu ialah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsun dengannya.

Sihir ini mempunyai hakikat diantaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isteri atau memisahkan suami isteri atau membuat satu pihak membenci atau saling mencinta.

Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir, jangan pula turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Amalkan petua- petua yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw antaranya :

1- Membaca ayat KURSI, iaitu surah al- Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

2- Membaca surah al- Ikhlas, al- Falaq dan an- Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca tiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah Maghrib.

3- Membaca dua ayat terakhir dari surah al- Baqarah iaitu ayat 285- 286 pada permulaan malam.

4- Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaannya"





nota hujung : ~ Renung- renungkan....dan Selamat Beramal..~

No comments: