Dah 3 hari program ni. Multaqa Kebangsaan PERKIM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perjumpaan + persidangan + soal jawab + tadah telinga + salin nota sikit untuk buat minit curai [ala- ala laporan gitu lepas kita balik dari mesyuarat]
Intipati hasil daripada curahan air ke daun keladi..[masa tu je laa..sebab rasa nak balik je kan..] ialah :
- Nilai hidup manusia
- Cari jalan macam mana nak cegah banyak aktiviti tidak bermoral
- Men'tajdid'kan isi kandungan dalam matapelajaran Pendidikan Islam
- Pendidikan keibubapaan yang 18 jam bersama dengan anak- anak. Bukan 5 jam bersama
guru dan biar cikgu je layan + ajar + jaga anak- anak diaorang
- Sesi soal jawab wakil PERKIM dan GURU
- Sesi tengok gambar yang sikit je kat bawah ni :

sebelum majlis bermula kat Dewan Utama Masjid Wilayah

membaca jambatan ilmu..sila dengar betul2 ye

saya duduk kat tepi pintu di barisan belakang. kecik je la jadinya gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tengah berucap.
No comments:
Post a Comment