Saturday, 15 May 2010

Gurls on BIKE!!!

Lama sangat tak ber'story'..

Takde cerita best la yang nak cerita. Balik- balik cerita 'hot' yang ada kat sekolah. Nak cerita pun rasa tak best. hihihi

Ok, hari ni punya cerita baru best. Best la ni bagi 'saya' yang baru berjinak- jinak dengan aktiviti ekstreme ni. Bukan tak penah merasa aktiviti- aktiviti lasak..tapi yang selalu pegi tu sebab memang WAJIB ok..kena BUAT!! Jadi apa perasaan korang kalau kena buat benda- benda yang 'hati' rasa macam 50 - 50 ???

Jadi, hari ni..kami- kami a.k.a GBS a.k.a cik dina dan kawan- kawan dah join satu aktiviti menaiki motor. Tapi motor ni jalan dalam hutan je yang disebut ATV.



Sebelum merempit, isi perut dulu kat mamak.



Entrance ATV Adventure Park @ Kemensah


Jadual untuk kami hari 'ride' hari ni jam 12.00 noon. Tengahari yang panas gelita tu ye. Semua 'cik yah' yang ada ni takde sorang pun pakai sunblock. Jadi tadah la muka masing- masing kat matahari yang menyeringai tuuu..



Banner ATV Adventure Park. Ada no. phone. Sape nak boleh amik


Sampai je, terus settlekan payment dengan encik- encik ATV. RM 100 per pax + dapat air mineral sebotol. Kalau bawak air sendiri pun ok jugak. Boleh spare. Letih woo. Sebelum diberi briefing oleh encik- encik tadi, setiap sorang kena isi borang. Cik dina dan cik emy boleh je pakai sign. Tak baca pun apa benda yang dia cakap. Bila encik- encik tu suruh baca sebab penting, baru terhegeh- hegeh nak baca. Borang tu cerita dengan panjang lebarnya pasal peraturan, apa yang boleh, apa yang tak boleh.



cik emy busy menyain


Habis je sesi sain- menyain, cik dina dan yang lain kena bagi tumpuan pada penerangan encik ATV. Adoi laa..punya la dua tiga kali encik tu kena ulang. Apasal?? Blurrr?? Ye laa..gear kereta ngan motor lain. Nak start enjin pun kena la rentas dua tiga button dulu. Baru la motor tu 'vrooooooooooommm'..


Lepas briefing, kena la practice. Practice make Perfect!! Tengok group yang datang sekali ngan kitaorang, dua kali je practice. Kitaorang kena sampai 5 KALI. Huishhh memang la nak bagi terror. Duk pusing naik turun bukit je.



Blue Team...i punya...



Oppss..silap susun. Ni guider tengah duk mengajaq.


Lepas yang sesi ajaq- mengajaq ni la buat sesi pilih memilih helmet masing- masing. Pilih je helmet mana yang suka. Semua sama je. Bau je lain..[encik- encik tu yang kata..] so, alhamdulillah helmet 'saya' tu tak berbau. Ada orang tu sampai pening- pening sebab helmet dia berbau..hahahaha..



cik imah..masa ni tak bau lagi ke helmet kamu tuuu??? :P



Taraaa..i punya RED.



Masa ni bersiap sedia nak merempit. 5 pusingan practice then masing- masing getaq lutut for the real one.


Mau tak getaq lutut...first journey je dah kena turun bukit menjunam. Maakkkkk !!! Tersengih- sengih je encik- encik tu. Agaknya dah biasa reaction macam tu. Dah turun, naik la pulak. Tinggi la sangat..Kalau panjat jalan kaki mau nak tercabut kaki. Ni naik motor tayar besar, rasa kat bawah ni macam boleh ke naik ni..mampu ke motor ni nak bawak bebanan dia. hihihi. Tapi, motor ni automatik. Tekan minyak kuat- kuat..tak menurun la dia. Then...masuk dalam hutan..rasa lah! Redah sana sini. Cuma kena kontrol betul- betul je motor tu. Brek dan minyak je nak kena jaga. Package yang kami amik ni cuma 1/3 je dari jalan hutan tu. Kalau package 2, 3 lagi mencabar. Bayaran pun lebih mahal !!



Ok, dah sampai kat tempat rehat. Ready to mandi manda @ waterfall



waterfall yang kecik je. Takleh berenang beria- ia pun.


Masa rehat 25 minit je. Yang nak bermandi- manda tu kemain la lagi panjat ke air terjun tu. cik dina dan yang seangkatan mandi kan kaki aje. Selebihnya kami buat shooting cover album sendiri. hihihihi.



Cover album sendiri..:D

Dalam pukul 3 petang baru kami bertolak balik ke pengkalan. cewahh..macam bawak kapal lanun. Laluan yang sama jugak macam datang tadi. Tapi rasa cepat je sampai bila nak balik. Korang penah rasa tak macam tu??? Kali ni dah lebih rasa confident.



Ready to go back.



9 orang beratur menunggu giliran untuk membuat aksi stunt. hohoho..nak turun bukit curam. takleh la turun dekat- dekat. kena sorang- sorang. kang berlanggor.


Alhamdulillah..jam 3.30 petang ++ sampai la kat pengkalan. Geng orang putih dah ready duk tunggu motor tak balik- balik lagi. Best sangat. Pegi la try!

Nota ujung : gurls...xtvt lepas ni adakah water rafting????

5 comments:

cik_eyna said...

ayokk water rafting ke...ehemmmm akan dipikirkn...nk kena tingktkan motivasi diri nie kalo nk maen water rafting..hiks;p-cik ena

cik dina said...

ha`ah..bukan ko je kena tingkatkan motivasi..i ni juga..duk terpikir cane la kalau terbalik menda tu..hanyut...hanyut...

catz said...

salam,
hi cik dina.
wah interesting ATV ni.
terasa nak mencuba.
pernah jugak nak pi water rafting..
hiks.
jom.
:)

catz said...

btw,
salam kenal.
:).
jom teh tarik.
:)

Anonymous said...

dina..catz komen kt blog ko neh..bestnye...
pas neh kta water rafting ek..xsabar sudaa...
-cikemy-