Friday 18 June 2010

yakin boleh


kenal??







laksam..[gambar : ehsan dari google je]



kalau balik kampung..makan laksa chah tak 'hengat' dah..kalau hari koko a.k.a kokurikulum pulak..makan LAKSAM kat kedai gulai kawah tak 'hengat' jugak..sebab????



kalau laksa chah kuala perlis ni..cik dina suka sebab kuah dia pedas- pedas sikit..dan bila kita nak makan boleh pilih la nyah nak yang cair ke pekat bila kuah dia duk dalam bekas..dari tepi mangkuk boleh nampak lapisan kuah tu..



kalau laksam kedai gulai kawah pulak kuah dia yang pekat- pekat tu ada rasa pedas- pedas manis..'saya' ni kan memang suka makan manis- manis..makan roti canai pun kuah letak gula sket..baru sodappp!! dan bila makan dengan cikgu siti..mula la dia 'hingaq'.."hang ni makan kalah macam orang kelantan @ terengganu.."..so, thats my peberet..



Jadi, bila kita ni dah suka sangat makan..takkan asyik nak beli je..walaupun peratus sedap tu belum tentu LULUS lagi..cuba mesti kena cuba. Pagi tadi sambil- sambil menunggu dalam kete..dengar IKIM..biasala..hari Jumaat..kak Nora nyer slot masak memasak..dan resepi nyer..LAKSAM..yesss!!!




renung- renung kan dan selamat beramal ~



Cik dina terus je salin..walaupun kali yang ke berapa ntah..huhuhu..dan kali ni tekad. Perlu jugak cuba ye adik kakak..[ye la tuuuuu :P ]


So, ni resepi nya :

Bahan- bahan LAKSAM.
500 gram - tepung beras
800 ml - air
[bancuh semua bahan ni, pastu cuba la tengok..kalau menitik lambat je dari sudu pekat sangat..tambah lagi air..dan sebaliknya]

CARA buat LAKSAM.
1. Guna periuk nipis / kuali non stick
2. Sapu minyak sikit [tak nak bagi melekat]
3. Sendukkan bancuhan [guna senduk kak nora yang kata..] dan ratakan atas periuk
4. Pastikan tak terlalu nipis / tebal [takut susah nak gulung]
5. Tunggu dia naik gelembung sikit
6. Angkat dan sejukkan.
7. Gulung

KUAH LAKSAM.
1. 1kg ikan selayang
2. Santan
3. Bawang merah, bawang putih, halia, serai [blend semua ni]
4. Lada hitam
5. Asam keping
6. Garam gula secukup rasa
[masak semua bahan2 ni ye...]


tadaaaaaaaaaaaa..


ini bukan saya buat..[google ehsan..]


Selamat mencuba ye kepada cik penulis!!!

No comments: