Monday 31 August 2009

Iftar : Taiping - Perlis

Rasa- rasa cik dina lah, dah bertahun- tahun (lepas sekolah menengah kott..) tak balik kampung untuk berbuka puasa pada awal- awal Ramadhan. Selalunya akan tempuh juga berbuka puasa dengan tok wan, tapi pada akhir Ramadhan..ye la kan..nak dekat raya dah. Masa tu la nak balik kampung.

Kali ni cik dina berpeluang berbuka puasa di kampung halaman tercinta pada awal Ramadhan..(cewahh). Lagipun kebetulan pulak sekali dengan cuti sekolah. 'saya' yang tak pernah balik bersendirian ni balik juga ke kampung. Balik kampung kali ni kena transit dulu kat Taiping..ada keje sikit. Boleh je sampai kat Taiping tiba- tiba teringin nak berbuka dengan KFC.adoilaaa..kalah budak- budak.


berhenti lah rehat kalau anda terasa letih



Thanks to cik emy sebab introduce kan hotel ni. Orang Taiping la katakan..Harga pun berpatutan dan yang best sebab bersebalahan dengan masjid. So good environment. Tenang dan nyaman..hehe.



masjid taiping


bandar Taiping yang senyap aje. Jem pun takde.

From Taiping to Perlis.........................



Sampai aje, terus ke bazar ramadhan kangar. uisshh kat umah tok pun ada bazar..tapi kat sini lagi besaq. Lagi juling biji mata. Segala jenis makanan dijual dengan harga murah..(nak banding dengan kl la kan..). Sebab tu cik kancum a.k.a imah suka balik ke kampung cik dina. Suka sebab boleh makan banyak dengan harga yang murah..tapi takleh selalu ye..KOLESTROL!!



Jenguk- jenguk aje..menghabiskan waktu pagi dan petang sebelum berbuka puasa. Sepanjang hari hujan di kampung. Bab berjalan perkara wajib. Alhamdulillah..hujan turun. Tak sekali dengan angin ribut..'saya' ni memang penakut angin kuat- kuat ni.


sawadikarrpp!! kap kun karp caii..(hentam je..)sila lah belajar dengan sepupu ye!




nota hujung : AISYA ZARA..
congrat`s to my cousin bibi intan suraya n husband, faiz with their
new born little princess. sorry la cik aya..pi umah baby n mom takde.
baby still 'kuning'lagi masa tu. raya nanti kami pi tengok lagi na..

Wednesday 26 August 2009

sempat tak ni??




Alhamdulillah..habis jugak satu juzuk hari ni. Masih berbaki 25 juzuk. sempat ke tak khatamkan Quran.(target yang ditambah mesti kena pada sasaran ye cik dina!) Pagi yang dingin sangat di sini..tambah lagi pulak dengan aircond bilik yang dah sampai habis nombor nya cik dina tekan masih lagi menyucuk dalam badan. (kalau cik emy ada ni mesti dia marah..dinaaa, panas lah! sejukkan balik) hehe. ragam kawan- kawan ni kadang- kadang amat menggelikan hati. i miss all my friends so much!

Tahun ni, Majlis Khatam Quran akan dilaksanakan oleh setiap cikgu. Tahun- tahun sebelum ni, murid- murid yang khatamkan untuk majlis tu selepas tadarus bersama- sama. Disebabkan sesi persekolahan yang suntuk, hanya ada 3 minggu je..jadi cikgu- cikgu yang akan mengkhatamkannya. Takut tak sempat kalau bagi murid- murid ni baca..Tak semua yang dah boleh baca Quran. Jadi, 'saya' yang dah pening kepala menyusun surah untuk setiap kumpulan perlu memastikan semua warga sekolah dan diri sendiri ni sempat mengkhatamkan 30 juzuk..Ya Allah, kau permudahkan lah urusan ku..ameen.



nota hujung : baca Quran jangan ingat nak cepat abis je..

out!

Berada kat luar maka bertambah la penilaian tahap kesabaran. Bukan exam PTK ye! Tambah- tambah lagi dalam bulan puasa ni. Sepanjang jalan ada je kedai makan yang sebelum ni tak pernah pun teringin..pandang sebelah mata aje. Uisshh sabar..

Cuti hanya tinggal berapa hari je lagi..jadi kena lah gunakan cuti tu dengan sebaik- baiknya. Cuti- cuti versi puasa. Hmmm best la jugak. Jimat duit untuk makan pagi dan tengahari.hihihi.

Monday 24 August 2009

Bebanan TUGAS

Tanggungjawab hakiki guru adalah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)dengan sempurna, bagaimanapun perkhidmatan mereka dikatakan terjejas kerana sebahagian masa digunakan untuk menyelesaikan tugas perkeranian.

Isu guru sarat dengan beban sampingan bukan perkara baru kerana ia pernah dibangkit dan dibincangkan sebelum ini, malah turut dikatakan sebagai antara faktor menyebabkan guru mengalami STRESS.

Berikutan itu, pelbagai cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah itu, antaranya meminta kementerian mewujudkan jawatan pembantu guru, antara lain bertanggungjawab membantu guru di bilik darjah.

Sekarang, jika ditanya atau mempersoal mutu P&P, pelbagai alasan guru berikan antaranya faktor masa yang tidak mencukupi kerana sebahagian masa dihabiskan membuat tugas perkeranian.

Proses ini memakan masa yang lama sehingga ada guru terpaksa menyelesaikan hingga larut malam dan mengorbankan hari minggu untuk menghasilkannya selain menjalankan tugas rutin.

Oleh yang demikian, haruskan pihak atasan perlu melantik pembantu guru untuk menyelesaikan kerja perkeranian yang turut ditanggung para guru??
(tepuk dada..tanya diri sendiri penat tak buat keje macam ni)

Saturday 22 August 2009

Iklan



http://butikcrocs.blogspot.com. iklan + promotion dengan harga yang berpatutan. Hubungi pn.azur (takpe, cik dina bagi can guna nama sedap dalam ni) di talian yang tertera dalam blog tersebut. Tak rugi beli kasut ni, sakit kaki pun hilang!

Cergas sepanjang Ramadhan

Adat berpuasa, tubuh yang aktif dan cergas sebelum ini bertukar lesu kerana menahan lapar dan dahaga. Jika sebelum ini cukup masa, perut diisi senario sepanjang bulan ini tentunya berbeza. Tiada rutin makan pagi, tengah hari dan petang. Melepasi waktu sahur, sekurang- kurangnya 13 jam perut tidak menjamah makanan hinggalah tiba waktu berbuka.

Pada bulan puasa, diet pemakanan berubah ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada waktu awal pagi dan malam, manakala selebihnya perut dibiar kosong. Perubahan ini tentunya berbeza bagi setiap orang. Ada yang terganggu emosi, letih dan kurang bertenaga. Antara punca keadaan ini mungkin kandungan gula yang rendah atau tekanan darah rendah ketika berpuasa.

Dalam tempoh berlapar ini, tenaga masih diperlukan untuk melakukan aktiviti harian. Andai minda dan fizikal tidak cergas, masalah kelesuan pasti mengganggu kehidupan.

Menurut kata pakar Perunding Kecergasan, amat penting kita mengetahui kandungan makanan. Ini bagi memastikan tubuh kekal bertenaga biarpun pada realitinya minda menahan lapar. Beliau berkata, menu bersahur tidak terhad kepada nasi semata- mata. Sebaliknya, seseorang itu masih boleh mempelbagaikan makanan seperti roti, manisan dan buah- buahan.

Selain makanan, minuman memainkan peranan penting kerana tubuh badan masih memerlukan air lebih dari tiga liter sehari untuk kekal sihat. Aktiviti bersenam juga digalakkan sepanjang bulan puasa. Bagi beliau, puasa bukan alasan tidak bersukan kerana amalan ini mampu mengekalkan kecergasan badan serta menjamin minda cerdas.

PETUA KESIHATAN RAMADHAN :

ELAK :
Makanan berlemak dan bergoreng.
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula.
Makan terlampau banyak terutama pada waktu sahur.


DIHARUSKAN :

Karbohidrat kompleks ketika bersahur kerana ia ada dalam perut lebih lama dan tidak cepat lapar.
Pisang ialah sumber yang bagus untuk kalium, magnesium dan karbohidrat.


MINUM :

Sebanyak mungkin air atau jus antara berbuka puasa dan tidur supaya badan dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.
~Tanya Pakar, Berita Harian.


nota hujung : ~Renung- renungkan dan Selamat Beramal..~

Thursday 20 August 2009

Preparation..

Persediaan menjelang Ramadhan..orang lain sibuk membeli keperluan hari raya nanti, tapi cik dina dan teman se'kuncum' nya sibuk buat persediaan lain.hehe..Kami bertiga keluar makan lagi.yang sorang amik 'half day' keje, sorang lagi mc.bagus la sangat..'saya'la tu yang rajin pegi keje. adoilaaa..bila la cik dina ni nak berdisiplin?? sungguh tak bagus untuk kesihatan lebih- lebih lagi cik kancum a.k.a pn azimah masih lagi dalam rawatan.


makan untuk hidup @ hidup untuk makan


sorang dengan baju seragam, sorang lagi sempat balik umah tukar baju.

lokasi makan tengahari di 1Utama memang pilihan yang tepat. Dapatla cik dina dan cik kancum mencuba beberapa barang yang bakal menjadi hasil pengeluaran tunai bulan ni. cik kasturr..jangan lupa ye 'order' barang 'saya' tu..

........................................................



weiii..bukan 'saya' ye yang nak membesar dengan kuat..dah cukup besau dah ni. Semalam, di sekolah..encik Horlick bersama rakan- rakannya telah menyerang sekolah cik dina. Sesi peperangan kali ni takde sorang pun warga sekolah yang gagal. Semua berjaya disebabkan setiap sorang dapat minum HORLICKS!
(thanks en.horlicks bagi cikgu- cikgu minum horlicks dalam bekas BESAU)



nota hujung : dikesempatan ini, cik dina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan..moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan bersama- samalah kita berusaha mendapatkan 'bonus' yang paling berharga ini.

Tuesday 18 August 2009

Tadaaaa..



Ni lah kebun cik dina. Oh, masa ni kebanyakan tanaman telah dijual ye. sebab tu nampak kosong aje. Yang ada tu pun baru nak naik. Esok harus datang check lagi.

Mana tumpahnya buah kalau tak ke tanah..

Itu pepatah cik dina sendiri ye! harap maklum. Sejak dua menjak ni..tiba- tiba je ada perasaan untuk bercucuk tanam. sebab tu lah dah keluar pepatah sendiri. Bercucuk tanam ala cyber.hehehe. FARMVILLE!

Selalu kalau balik kampung tengok wan je yang selalu ulang- alik pagi dan petang ke kebun dan sawah demi menjaga tanamannya..tu la kan, mana tumpahnya kuah kalau tak ke dalam nasi jugak. Walaupun kata je tak minat bercucuk tanam ni..tapi sebenarnya akan ada jugak ciri- ciri petani tu..hahaha (bukan pekerjaan sebenar)



Mula- mula tu cik dina rasa tak best pun nak main benda- benda macam ni. Tapi bila dah tengok kawan- kawan yang lain dengan meriahnya sedang bercucuk tanam dengan tanaman masing- masing membuatkan 'saya' yang tak layan sangat tu rasa nak cuba.hihihi. hasilnya, MENYERONOKKAN!

Monday 17 August 2009

tinggi ke pendek?

Tiba- tiba boleh rasa macam tak ingat je diri sendiri ni mempunyai ketinggian yang mencecah ke nombor berapa. Takkan nak pegi berdiri tepi tiang yang ada nombor- nombor tu and mintak tolong cik emy atau cik kancum tolong ukurkan??? boleh?? hehehe..(buang tebiat la tu namanya..) Mana taknya, kadang- kadang ukur macam tinggi. Pastu ukur balik, macam mana boleh jadi pendek pulak ni??

Semuanya atas tujuan untuk mendapatkan abaya yang sesuai dengan tinggi 'saya' ni.


harga yang berpatutan. kalau orang yang jual kat kedai tu sampai tiga ratus.


nota hujung : ya Allah, kau jadikanlah aku tetamu mu lagi..ameen

Nasihat Hari Ini

Hikmah kata- kata Luqman Al- Hakim mengenai orang yang cerdas antaranya :

Luqman berkata kepada puteranya, "Puteraku, orang yang cerdas itu dapat mengambil manfaat daripada kesabarannya. Ia selalu mendengarkan siapa sahaja yang menasihatinya. Ia tidak memusuhi orang yang lebih tinggi daripadanya dan tidak melecehkan orang yang lebih rendah daripadanya. Tidak menuntut apa yang bukan miliknya dan tidak mensia- siakan apa yang dia miliki. Ia tidak mengucapkan apa yang tidak diketahuinya dan tidak menyembunyikan ilmu yang ada padanya".



Bila baca buku Luqman al- hakim ni yang tiba- tiba teringatkan gambar ni. Bukan apa, kagum sekejap tengok tindakbalas si hakim (memang tau dah kenakalan dia yang amat..) tiba- tiba pegi duduk depan kawan dia yang kurang pandai then tolong ajar! So, dont judge a book by its cover!

Tuesday 11 August 2009

1st Get Together

Ayat macam ni sebenarnya tak sesuai digunapakai untuk 'GBS'..yang paling sesuai sebenarnya 'Always Get Together'. Sebab selalu sangat berjumpa dan hari- hari ada communication antara kami.

1st Get Together ialah theme untuk reunion Puteri Wilayah Girls School baru- baru ni yang pertama kali diadakan di Darul Ehsan Club. Bukan setakat reunion batch cik dina, junior atau senior sikit je, tapi super duper senior yang manage kan this reunion. Bayangkan la since 1988 - 1998..dah berapa jauh beza jarak usia dengan batch kami- kami ni. Thanks a lot to all my super- duper senior for this happenning reunion!


pose dulu sket sebelum masuk


dengan cik kancum lagi..harap cik kasturr tak makan hati!


this way ok! dont turn left or right.just go straight!


sila ingat semula lagu sekolah anda ye..


emy, lain kali kena bawak baju spare ok. kita duk kat sebelah pool je ni..


Lokasi terakhir ialah di Marriot Hotel Putrajaya.


Berkibar Bendera Malaysia Jaya
Lahirlah Dikau Menabur Jasa
Mengisi Ilmu Penuh Di dada
Maju Sekolah Puteri Wilayah

Berjanji Kami Pelajar Puteri
Bertekun Menjunjung Budi
Berkat Didikan Guru Sejati
Berbakti Untuk Pertiwi



nota hujung : gurls, lain kali kena lebih cergas untuk memenangi games yang dijalankan ye!

Last Episode..

Hmmm..nak mulakan macam mana ek nak buat last episode ni?? Tempat- tempat yang kami lawati..(melawat yang sentiasa ada hasilnya..)dah tak berapa jauh dari hotel tempat menginap. Lagipun di Bandung ni kebanyakan outlet factory dia ada je di sepanjang jalan. Pilih je nak masuk mana satu. Sediakan 'ongkos'nya aja!


kt belakang yg macam umah banglo tu sebenarnya shopping outlet diaorang..


close up sket..

Penat berjalan..masuk Roger`s Spa sekali lagi untuk menambah lagi pakej- pakej yang belum sempat buat. Bila lagi nak merasa VIP`S Spa yang harga kat sini mencecah ribuan ringgit (kat sana cuma ratus aja mbak..


siap dengan hasil masing- masing di Roger`s Spa


Kat Matahari Mall beli makanan yang kononnya macam kat Mesia takde..bape kotak dapat?

Dah penat berjalan, perut perlu diisi..makan di Kartika Sari

sibuk meng'order' makanan masing- masing


nasi goreng kuali ke ni??


pak, pak, bisa enggak hantarin kami pulang??



senyum aja sebab dah ada yang mau hantarin pulang..

29hb Jun 2009..
Macam biasa..sarapan dulu sebelum mulakan misi terakhir..


bergambar dengan calon- calon mak m****a cik eyna n cik mel lepas breakfast sebab diaorang dah nak balik Mesia pagi tu..hihihi



Naik angkutan ke pasar baru lagi..


Last day baru teringat nak amik gambar kat sini..padahal hari- hari datang.


memborong kat bahagian makanan..membeli sambil merasa sampai kenyang!


Malaysia Boleh!


tempat terakhir di Kartika Sari lagi.. tengah berkira- kira nak beli brownies yang mana


makanlah brownies sampai gemuk


'pergilah sayang ku..KAER'

Sampai hotel jam 9 malam dan masing- masing sibuk mengemas barang. Sampai dah dua tiga empat lima kali tukar cara susunan barang dalam beg. Masa membeli tak ingat dunia. Bila nak kemas baru padan muka! Siap berkemas, kami hanya 'tido- tido ayam' je..(boleh caya ke ni??). Taxi akan datang ambil jam 4pagi, jadi jam 2pagi dah kena ready semua. Mau taknya ada yang terlepas 'flight' nanti.


muka bangun terkejut tunggu kat airport pagi- pagi buta


best woman win @ best beg win???


QZ KUL 2091 ..LCCT 9.00am


nota hujung : ~ THE END ~

Monday 10 August 2009

Bandung day 2 & 3..

25hb Jun 2009..
Bersiap- siap untuk ke Pasar Baru. Kami bertiga je yang pegi untuk survey apa yang patut diborong sebelum ketibaan cik eyna yang akan sampai pada malam tu. Sorry ye cik eyna sebab telah pergi membuat spa dulu.huhu..

26hb Jun 2009..
Cik Emy menelefon supir kami Pak Tedi yang dah ditempah awal- awal lagi dari Malaysia untuk dibawa pusing- pusing berbelanja di Bandung..(eh, dah jadi loghat indon pulak)




Tempat 1 : Gunung Tangkuban Perahu




walaupun kering, tapi bau nya tetap menusuk hidung




Tempat 2 : Kolam Air Panas


Saje je pegi untuk merendamkan kaki yang lenguh- lenguh sampai nak tercabut.




budak- budak tadika bersama cikgu- cikgu yang tak dikenali..


emy, jom balik!

Penat berjalan menikmati panorama..cewah! Kami (sebab ramai kan..tukar ganti nama kepada 'kami') meminta Pak Tedi bawa untuk makan tengahari di Kampung Daun. Makanan kat sini adalah daripada kaum Sunda. Kalau dah lapar, telan je lah kan walaupun kadang- kadang ada rasa pelik- pelik sikit..but i really like their 'pisang cheese'.




tempat jualan makanan yang sedap- sedap belaka..


tempat makan yang rasa macam nak tido. sejuk dikelilingi pokok2.

Tempat 3 : Rumah Mode dan Paris Van Java



Rumah Mode tempat shopping paling glamour macam Pasar Baru juga. Tapi yang ni versi barang- barang branded. Pengunjung yang datang pun kebanyakan dari Jakarta dan boleh dilabelkan sebagai yang 'ada class'.


gambar sendiri je, bangunan dia takde.hehehe


ice cappucino blended je ada tau, sirap takde.


Tempat shopping yang macam KLCC la jugak..macam-- macam outlet ada.SOGO pun ada!


kedai cermin mata memel


nota hujung : to be continue..last episode agaknya. Saje nak pendekkan cerita. Macam dalam tv, boleh cut.