Monday, 24 August 2009

Bebanan TUGAS

Tanggungjawab hakiki guru adalah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)dengan sempurna, bagaimanapun perkhidmatan mereka dikatakan terjejas kerana sebahagian masa digunakan untuk menyelesaikan tugas perkeranian.

Isu guru sarat dengan beban sampingan bukan perkara baru kerana ia pernah dibangkit dan dibincangkan sebelum ini, malah turut dikatakan sebagai antara faktor menyebabkan guru mengalami STRESS.

Berikutan itu, pelbagai cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah itu, antaranya meminta kementerian mewujudkan jawatan pembantu guru, antara lain bertanggungjawab membantu guru di bilik darjah.

Sekarang, jika ditanya atau mempersoal mutu P&P, pelbagai alasan guru berikan antaranya faktor masa yang tidak mencukupi kerana sebahagian masa dihabiskan membuat tugas perkeranian.

Proses ini memakan masa yang lama sehingga ada guru terpaksa menyelesaikan hingga larut malam dan mengorbankan hari minggu untuk menghasilkannya selain menjalankan tugas rutin.

Oleh yang demikian, haruskan pihak atasan perlu melantik pembantu guru untuk menyelesaikan kerja perkeranian yang turut ditanggung para guru??
(tepuk dada..tanya diri sendiri penat tak buat keje macam ni)

No comments: