Adat berpuasa, tubuh yang aktif dan cergas sebelum ini bertukar lesu kerana menahan lapar dan dahaga. Jika sebelum ini cukup masa, perut diisi senario sepanjang bulan ini tentunya berbeza. Tiada rutin makan pagi, tengah hari dan petang. Melepasi waktu sahur, sekurang- kurangnya 13 jam perut tidak menjamah makanan hinggalah tiba waktu berbuka.
Pada bulan puasa, diet pemakanan berubah ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada waktu awal pagi dan malam, manakala selebihnya perut dibiar kosong. Perubahan ini tentunya berbeza bagi setiap orang. Ada yang terganggu emosi, letih dan kurang bertenaga. Antara punca keadaan ini mungkin kandungan gula yang rendah atau tekanan darah rendah ketika berpuasa.
Dalam tempoh berlapar ini, tenaga masih diperlukan untuk melakukan aktiviti harian. Andai minda dan fizikal tidak cergas, masalah kelesuan pasti mengganggu kehidupan.
Menurut kata pakar Perunding Kecergasan, amat penting kita mengetahui kandungan makanan. Ini bagi memastikan tubuh kekal bertenaga biarpun pada realitinya minda menahan lapar. Beliau berkata, menu bersahur tidak terhad kepada nasi semata- mata. Sebaliknya, seseorang itu masih boleh mempelbagaikan makanan seperti roti, manisan dan buah- buahan.
Selain makanan, minuman memainkan peranan penting kerana tubuh badan masih memerlukan air lebih dari tiga liter sehari untuk kekal sihat. Aktiviti bersenam juga digalakkan sepanjang bulan puasa. Bagi beliau, puasa bukan alasan tidak bersukan kerana amalan ini mampu mengekalkan kecergasan badan serta menjamin minda cerdas.
PETUA KESIHATAN RAMADHAN :
ELAK :
Makanan berlemak dan bergoreng.
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula.
Makan terlampau banyak terutama pada waktu sahur.
DIHARUSKAN :
Karbohidrat kompleks ketika bersahur kerana ia ada dalam perut lebih lama dan tidak cepat lapar.
Pisang ialah sumber yang bagus untuk kalium, magnesium dan karbohidrat.
MINUM :
Sebanyak mungkin air atau jus antara berbuka puasa dan tidur supaya badan dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.
~Tanya Pakar, Berita Harian.
nota hujung : ~Renung- renungkan dan Selamat Beramal..~
No comments:
Post a Comment