Friday 31 July 2009

takde modal

Takde modal cerita laa..belum masanya lagi. Takkan nak cerita pegi jalan- jalan shopping..sebab bukan shopping betul- betul..window shopping aje!huhu..Jalan- jalan sambil makan ade lah.


kami berjumpa lagi untuk makan. cik kasturr..dont be so jealous ya!!


tak dapat jadi 'bini' penyanyi nasyid..buat gaya pon jadilaa..




nota hujung : thanks to cik kancum for the tomyam rice n chicken wings!

Monday 27 July 2009

wonderpats VS wonderpots

Sabda Rasulullah saw :

"Orang yang cerdik ialah yang sentiasa muhasabah dirinya dan membuat bekalan amalan untuk selepas mati, dan orang yang bodoh ialah yang mengikut hawa nafsu dirinya dan bercita- cita kepada Allah dengan pelbagai cita- cita tanpa usaha"

(Riwayat Imam Ahmad, al- Tarmizi)

Tajuk takde kena mengena dengan sabda Rasulullah tu..tapi ada kaitan sikit sebanyak dengan kursus yang cik dina hadiri pada hari Sabtu baru- baru ni.TEAM BUILDING. Walaupun kursus yang memerlukan 'kerjasama..', tapi disebalik kerjasama tersebut setiap cikgu yang hadir akan muhasabah diri.

Pelaksanaan Kursus School Based adalah seperti berikut :

Dengan bermula slot 'senamrobik'..adoii laa..semua jadi macam murid tahun 1. Keluar sikap sporting mengikut gerak langkah 'instructer'. Cikgu Ahmad..amboii..macam 'Micheal Jackson'!! Kak Yus..naik 'sheikh' kaa?? Komain lagi korang. But it`s fun! Nak sihat la katakan masing- masing.

Slot kedua. Potensi Diri.
Mengkaji tentang potensi diri masing- masing. Pegi mana- mana kursus pun akan ada aktiviti ni dan bagi cik dina..masuk kursus yang kali ni pun, tetap dah tak ingat 'saya' ni warna apa. Kali ni dapat jadi geng 'EMAS'.huhu..yang bermaksud 'SAYA BERTANGGUNGJAWAB'..ada 'orang- orang' tu tak percaya cik dina jadi geng EMAS.hihihi.
Ciri- ciri orang yang berwarna EMAS ni..
1- Bersikap keibubapaan
2- Bertanggungjawab
3- Luas fikiran
4- Boleh dipercayai
5- Seorang yang setia
6- Sentiasa memberi perhatian
.....dan banyak lagi.(malas tulis dah.puji lebih ni!)

Slot 'My Letto Ku Sayang'..uhhh..sungguh membuatkan cik dina rasa sedih sangat..sampaikan nak keluar amik apple pun tak boleh dah. Orang lain dah nangis dulu. Sebenarnya nak bagi apple- apple tu dekat 'orang- orang' ni..tapi tak mampu untuk berdiri kat depan sambil air mata keluar berjujuran..huhuhu. 'saya' bagi apple tu kat sini ajelah ye!

To Kak Ani :
Sangat- sangat berterima kasih atas setiap bantuan, makanan, hadiah..kalau tak jumpa kak ani, saya tak pandai jahit tudung tau!

To Siti Khatijah :
Juga sangat- sangat berterima kasih sebab sudi menjadi pendengar yang setia..every monday morning..akan terdengar..'awat ni?? sedih ja nampak..'hehe.

To Cikgu Ahmad :
Terima kasih juga sebab banyak bagi tunjuk ajar dalam unit HEM. saya memang seorang setiausaha yang sangat pelupa. im so sorry for that! thanks for 'baiki' charger saya yang dua kali dah putus.hehe.

Dan rakan- rakan seangkatan yang lain..kak Miza, kak Yus, kak Raja, kak Azlina..tak tertulis ucapan buat kalian. cik dina amat hargai jasa baik anda. Friendship Forever!

Last but not least..slot tatabahasa. Semua cikgu dah tak senang duduk sebab jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Nak balik dah laaa..


time to rest!


cikgu- cikgu praktikum pun kena bersedia dgn kursus..


kumpulan JINGGA..hehe


wonderpats VS wonderpots yang bertajuk 'TOPI KU BUNDAR'




nota hujung : selamat menyelesaikan LDP SCHOOL BASED. im happy!

Friday 24 July 2009

sungguh

Ohh..sungguh tidak ku sangka..sungguh gelihati tengok cik kuncum dan cik kastur menyanyikan lagu yang sungguh merdu dalam kereta..sungguh..banyak sangat sungguh nya..sungguh terkejut + sungguh gembira dan banyak lagi lah sungguh..sampai jadi bersungguh- sungguh. Terima kasih di atas segala- segalanya.. Bermula dengan ucapan yang bertalu- talu..(ohh..malu SUNGGUH 'saya' tau)
sampai kan nak ke hospital pun ada sungguhnya..SUNGGUH terkejut!
Lafaz syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt yang mencipta diri ini dan masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibuminya pada usia ini..aminn.


cik oat + cik dina + cik imah




macam main tukar- tukar hadiah pulak!




thanks for the very sweet song! haha



Anyway..terima kasih yang tak terhingga untuk semua di atas ucapan dan segalanya..(sama ada yang dikenali atau tidak dikenali)..May Allah bless you all..tiada apa yang mampu dibalas kerana cik dina hanya ada sekeping hati (sekeping ke??) untuk dikongsikan bersama- sama dengan anda..love u all very very much..thanks for all wishes.

Pemimpin Cemerlang Sekolah Gemilang

Cikgu ke guru besar yang pemimpin tuu?? hehehe..
Habis la sudah Kursus Kepimpinan tu..murid- murid yang kena dengar ceramah tu..cikgu duk depan dewan aje..sambil borak- borak..oppss..bocor rahsia saya.

Disebabkan cik dina lambat menghadirkan diri untuk kursus tu..cik dina hanya dapat sikit je input dari penceramah tu..(thanks to kak liza ye menggantikan cik dina untuk mempengerusi majlis tu separuh masa pertama..) Itu pun terbaca dalam 'handout' yang dia bagi..mari kita baca.

LANGKAH BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA KE ARAH PEMIMPIN YANG CEMERLANG

1- SETkan hasrat, sasaran, kehendak, azam dan cita- cita anda atau tekankan di dalam minda apa yang anda mahu.

2- Lahirkan satu PELAN berdasarkan ilmu yang anda ada.

3- CETUSKAN hasrat, sasaran, kehendak, azam dan cita- cita dalam hati dan pindahkan ia ke minda sedar

4- JANGAN biarkan anda diganggu kerisauan, ketakutan dan kegusaran.

5- Berikan kepercayaan penuh kepada minda sedar bahawa ia berhubung dengan minda bawah sedar dan yakinlah anda akan berjaya.

6- IRINGI dengan DOA kemudian usahakan apa yang anda yakini betul dan akhir sekali bertawakkal.



peserta kecik bersedia ke dewan


kan dah kata..




" anda tidak patut menukar sampan sewaktu sedang berkayuh di tengah sungai. Tetapi jika perahu telah bocor lebih baik anda bersiap- siap untuk berenang sekarang "

nota hujung : kalau takde sampan boleh tukar guna apa ye??

Tuesday 21 July 2009

kepimpinan yang terpimpin

Esok ada kursus kepimpinan. bukan untuk cik dina dan rakan setugas. Tapi untuk murid- murid pengawas di sekolah. Mereka belum cukup lagi semangat dan ilmu kepimpinan. Kalau murid pun belum cukup..cikgu dah cukup ke?? hehehe. tepuk dada, tanya la diri sendiri.
Sebelum tanya diri sendiri..sempat juga belek buku Luqman Al- Hakim..(sila lah baca : Menjadi Ibubapa Genius Berdasarkan Nasihat Luqman al-Hakim) uishh, jenuh nak menghabiskan bila dah baca sambil tv kat depan.

Antara hikmah Luqman tentang mengajarkan kebaikan kepadanya anaknya ialah:

"Puteraku, pelajari dan ajarlah kebaikan. Manusia akan selalu berada dalam kebaikan sesuatu yang dipelajarinya sehingga dia mahu mengajar kebaikan itu kepada orang lain.Ucapan seorang guru itu seperti sumber- sumber air yang diperlukan oleh banyak orang pada waktu musim kemarau dan diambil manfaatnya. Bersikaplah rendah hati kerana orang yang paling benar adalah orang yang paling mengetahui Allah dan yang paling bagus amal perbuatannya. Orang yang disinari oleh iman, lisannya pasti akan bertutur dengan kebaikan. Dia menggambil manfaat daripada apa yang diperkatakannya. Allah juga memberikan manfaat itu pada orang lain. Orang yang Allah gerakkan lisannya dengan kebenaran, namun dia tidak mengambil manfaat daripada apa yang diperkatakannya, maka kehancuran agamanya terletak pada lisannya. Orang yang akan hancur dengan satu kata itu perumpamaannya seperti percikan api kecil yang akan menyebarkan api yang lebih besar"



nota hujung : to mekyam, pn jerry, pn sherry serta cikgu cikgi yang lain..maafkan kami! huhuhu..kami telah 'fly' dari hostel beberapa kali..

Monday 20 July 2009

kenduri lagi

Selamat Pengantin Baru untuk cik maizura..oh, sekarang dah jadi puan ye.Pn Maizura dan pasangannya En Rahim semalam. Sungguh jauh perjalanan meredah bukit bukau nak sampai ke sekinchan tu. Sape- sape yang nak buat kenduri jauh- jauh tu sila la maklumkan awal- awal supaya 'saya' ni boleh bersedia untuk mencari tukang teman. `Ala kulli hal..semoga berbahagia hingga akhir hayat..


tersenyum malu!




pengantin lama..





nota hujung : Rasa seronok bila pegi kenduri sebab masa ni lah dapat jumpa kawan- kawan lama..dapat cerita kisah dulu- dulu..naik keretapi ayam!

Friday 17 July 2009

permulaan

satu lagi..




hehehe..buat kolaj pun jadilah! Nak mulakan dengan yang mana dulu pun tak tau. Dah pening..tu laa..amik gambar tak ingat dunia.walaupun camera yang digunakan takla secanggih mana pun, tempat yang dilawati mesti la kena bergambar. kan kenangan tu! Ini hanya sebahagian je dari gambar- gambar yang ada. Selebihnya ada pada cik eyna dan cik mel. weii..bila nak mula travelog ni..

Wednesday 15 July 2009

menunggu..

Masih menunggu bila nak dapatkan wajah- wajah ceria yang ada dalam kotak hitam yang kecik dan nipis tu. Mengikut perkiraan, perhitungan dan perkhabaran cik emy shazleen sesi bertemu 'GBS' akan bermula lagi pada minggu hadapan. Entah ye atau tidak. Semua hanya perancangan. Semoga segala memori yang ada takkan hilang dari ingatan..



nota hujung : nota ringkas ini untuk menunjukkan bahawa 'saya'dah tak sabar nak sedut kotak hitam tuu.


# wanted!

Monday 13 July 2009

kita hanya merancang..semua milikNYA

وإذا مرضت فهو يشفين
" dan apabila aku sakit, dialah yang menyembuhkan ku " ( As- Syua`raa : 80 )

Masih tidak mampu untuk duduk lama. Masa yang berlalu hanya di katil untuk berbaring. Menaip sekadar mampu. Berusaha untuk melawan sakit yang kian hari badan makin panas. Kita hanya merancang..Allah yang menentukan.


nota hujung : thanks a lot to my 'workmate'..eh,, ade ke?? our plan might be postponed ok! semoga Allah mempermudahkan urusan kalian..amen.

Saturday 11 July 2009

petang yang cerah

Hari ni hari Sabtu. Ingatkan nak duduk rumah je siapkan apa yang patut. Ye lah kan..dah cuti sampai seminggu, banyak la keje yang tak beres lagi. Tapi tak boleh jugak. Pagi- pagi lagi dah kena mengikut 'bos besar' dan 'madam' a.k.a mak dan abah cik dina ke shopping complex. elehh..konon la kata tak mau ikut..tapi hati mau..Mana la tak mau nya..batuk cik dina masih belum sembuh sepenuhnya sejak pulang dari negara tersebut. adoi laa..asyik batuk aje..but i`m still clear from that virus influenza H1N1 ya!

Abis berjalan pagi, balik sempat lagi tido disebabkan kepenatan yang amat sangat, bangun semula untuk episod jalan- jalan seterusnya bersama tiga abdul. eh, bukan. tiga 'kancum'.hehehe. Dah berjanji..mesti ditepati. Dah lama tak bersembang panjang..ada yang nak meluahkan perasaan, menceritakan pengalaman, macam- macam lah! Yang pentingnya..masing- masing seronok dengan 'reward' untuk diri sendiri yang berwarna warni. 'saya' suka that color lah!



tiga botol air warna warni



cik kasturrr menunjukkan air dia pulak



i know u can do it. go kancumm!!



kasturr + kancum + wangi

Wednesday 8 July 2009

erkk....alhamdulillah..

Laporan dari bilik termenung.

Kelihatan 5 orang 'makcik- makcik' telah berkejaran ke suatu tempat yang menyajikan buah- buahan yang sangat enak. Mereka tidak memilih untuk makan buah- buahan yang kecil dan comel..tetapi lebih suka kepada yang besar dan bulat yang dipanggil 'RAJA'.

Disebabkan dengan ketidaksabaran mereka ini, encik itu terus membelah sebiji demi sebiji buah sehinggakan tidak terlarat lagi untuk menelan. Dari yang warnanya putih, kecil ke yang lebih besar dan lonjong. Makcik - makcik ini makan dengan penuh seleranya tanpa menghiraukan orang sekeliling dan hujan yang turun dengan lebatnya.

Sekian dari bilik berita.


makcik- makcik yang dah tak sabar nak makan



makcik kecik berlindung disebalik kulit



makcik yang asyik duk menelan buah rambutan



hmmm...tak ingat sape dahh



ni diaaa..





nota hujung : Allah menjadikan setiap buah- buahan itu ada yang panas dan sejuk. Jadi..bila dah makan buah yang panas, pandai- pandai la cari macam mana nak sejukkan badan.

Sunday 5 July 2009

my baby u...

Testing..testing..

One..two..three..

Dah jadi kekok untuk berblog..hehe..almaklumla..seminggu tutup kedai. Cerita travelog akan dimuat turun beberapa ketika nanti..tak tahu bila..

Hari ni nak tunjuk gambar dan cerita pendek je. Geng Puteri tak seperti selalunya..7 orang..hanya 3 orang je.macam bidan terjun pergi melawat teman sekelas, se'dorm', se'kepala', se..apa lagi.. bersalin yang dah berkurun lama..Pn Ija @ ustacer Ija menabur bakti jauh di Sarawak..tempoh berpantang 2bulan di rumah ibunya..sorry pn ija..walaupun kita berjiran..'saya' ni teramatlah sibuk. Hari ni baru nak pegi ziarah



aunty mel, aunty dina, aunty taty


bersama ibu baby - Pn Ija


~ Anys Insyirah ~


p/s : sorry ye baby anys..acik takleh pegang lama- lama..selsema.nanti berjangkit.