Friday, 24 July 2009

Pemimpin Cemerlang Sekolah Gemilang

Cikgu ke guru besar yang pemimpin tuu?? hehehe..
Habis la sudah Kursus Kepimpinan tu..murid- murid yang kena dengar ceramah tu..cikgu duk depan dewan aje..sambil borak- borak..oppss..bocor rahsia saya.

Disebabkan cik dina lambat menghadirkan diri untuk kursus tu..cik dina hanya dapat sikit je input dari penceramah tu..(thanks to kak liza ye menggantikan cik dina untuk mempengerusi majlis tu separuh masa pertama..) Itu pun terbaca dalam 'handout' yang dia bagi..mari kita baca.

LANGKAH BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA KE ARAH PEMIMPIN YANG CEMERLANG

1- SETkan hasrat, sasaran, kehendak, azam dan cita- cita anda atau tekankan di dalam minda apa yang anda mahu.

2- Lahirkan satu PELAN berdasarkan ilmu yang anda ada.

3- CETUSKAN hasrat, sasaran, kehendak, azam dan cita- cita dalam hati dan pindahkan ia ke minda sedar

4- JANGAN biarkan anda diganggu kerisauan, ketakutan dan kegusaran.

5- Berikan kepercayaan penuh kepada minda sedar bahawa ia berhubung dengan minda bawah sedar dan yakinlah anda akan berjaya.

6- IRINGI dengan DOA kemudian usahakan apa yang anda yakini betul dan akhir sekali bertawakkal.



peserta kecik bersedia ke dewan


kan dah kata..




" anda tidak patut menukar sampan sewaktu sedang berkayuh di tengah sungai. Tetapi jika perahu telah bocor lebih baik anda bersiap- siap untuk berenang sekarang "

nota hujung : kalau takde sampan boleh tukar guna apa ye??

No comments: