Wednesday, 8 July 2009

erkk....alhamdulillah..

Laporan dari bilik termenung.

Kelihatan 5 orang 'makcik- makcik' telah berkejaran ke suatu tempat yang menyajikan buah- buahan yang sangat enak. Mereka tidak memilih untuk makan buah- buahan yang kecil dan comel..tetapi lebih suka kepada yang besar dan bulat yang dipanggil 'RAJA'.

Disebabkan dengan ketidaksabaran mereka ini, encik itu terus membelah sebiji demi sebiji buah sehinggakan tidak terlarat lagi untuk menelan. Dari yang warnanya putih, kecil ke yang lebih besar dan lonjong. Makcik - makcik ini makan dengan penuh seleranya tanpa menghiraukan orang sekeliling dan hujan yang turun dengan lebatnya.

Sekian dari bilik berita.


makcik- makcik yang dah tak sabar nak makan



makcik kecik berlindung disebalik kulit



makcik yang asyik duk menelan buah rambutan



hmmm...tak ingat sape dahh



ni diaaa..





nota hujung : Allah menjadikan setiap buah- buahan itu ada yang panas dan sejuk. Jadi..bila dah makan buah yang panas, pandai- pandai la cari macam mana nak sejukkan badan.

3 comments:

saya_ said...

MAKAN tak ingat dunia ...

eL^Deena said...

uishhh..memang pun diaorang ni..semuanya hantu durian

saya ... hahaha!! said...

hok dina tu lagi le ... satu tangan kamera, satu tangan DURIAN ... (sory, pecah rahsia!!:-D)