Saturday 5 September 2009

wanita dan zakat

"saya tidak pernah membayar zakat fitrah untuk diri dan keluarga. Adakah wanita seperti saya juga wajib membayar zakat fitrah??"

Itu adalah persoalan yang sering timbul dikalangan wanita yang tidak jelas dengan kewajipan membayar zakat fitrah.

Selain kurang memahami prosedur pembayaran zakat, wanita juga sudah terbiasa dilunaskan 'hutang badannya' oleh bapa sebelum berumahtangga dan apabila sudah bergelar isteri, tanggungjawab itu akan beralih pula kepada si suami.

Zakat fitrah bermaksud zakat badan yang diwajibkan ke atas individu lelaki dan perempuan beragama Islam selagi masih berkemampuan dengan syarat seperti yang ditetapkan.

Tujuan membayar zakat adalah untuk menebus kesalahan yang berlaku sepanjang mengerjakan amalan puasa dalam bulan Ramadhan.

Perkataan 'fitrah' merujuk kepada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali kepada fitrah, manakala berkemampuan yang dimaksudkan juga terlalu sempit iaitu individu yang mempunyai makanan atau harta lebih daripada keperluan tanggungannyapada malam raya dan pagi Aidilfitri.

Justeru, hukumnya wajib terhadap orang yang mampu selagi dia masih di dalam Islam, kewajipannya tidak terkecuali sama ada ke atas lelaki atau perempuan dan hukum mengabaikan amalan wajib adalah berdosa besar.

Syarat wajib membayar zakat bagi seorang anak perempuan masih di bawah tanggungjawab bapa, manakala isteri pula dipertanggunggjawabkan kepada suami. Bagi isteri dalam keadaan edah ketika dalam bulan puasa, tanggungjawab itu masih di tangan suami sama seperti kewajipan membayar nafkah hingga edah tamat.

Tetapi, jika ayah enggan atau suami liat membayar zakat untuk anak atau isterinya, wanita berkenaan boleh melunaskan hutang itu menggunakan wangnya sendiri selagi dia mampu, malah dia juga boleh membayarkan zakat fitrah untuk suami dan tanggungannya yang lain juga.

Dalam hubungan ini, ibu tunggal juga tidak terkecuali untuk membayar zakat fitrah termasuk melunaskan untuk tanggungannya.

Hukum wajib akan gugur dengan sendiri jika empunya diri berasakan tersepit sehingga terpaksa mengatur perbelanjaan bagi mencukupkan perbelanjaan harian sepanjang puasa.

Nilai bayaran zakat fitrah terlalu kecil iaitu bersamaan dengan segantang beras dan tidak salah jika wanita ingin membayar zakat dirinya walaupun suami atau ayah juga melakukan perkara yang sama. Anggap sahaja bayaran yang dibuat selepas bayaran pertama sebagai sedekah kerana balasan Allah berikan kepada umatNya yang bersedekah pada Ramadhan bagi meringankan beban mereka yang berpuasa sungguh besar.


nota hujung : dah bayar zakat ke?? renung- renungkan dan selamat beramal..~

5 comments:

Sang Hidup di Dunia said...

dina, good article! :D terima kaseh

hamra said...

ayu..copy dalam artikel BH je pun..sbb rasa tajuk yg amat bagus..:P

Sang Hidup di Dunia said...

ehe, kena letak source ni lenkali :D
(sebab selamat copy masuk blog sendiri hehe)

cik dina said...

hehehe..eden lupo la cik cah weii..thanks for reminding me.

encikputih said...

00000...macam tu kooo....