Alhamdulillah..internet dah sihat. Ntah siapa lah yang pegi meng'komplen'. Bagus bila dah ada sikap tanggungjawab. Takde la nak menunggu cik kak ni aje. ecehh.
Bila dah ok, maknanya boleh la mengupdate terusss dari laptop. Sangat la tidak pandai untuk meng'upload' gambau dari henpon.
Kisah semalam tentang masak untuk makan. Buat chicken pie. Terhegeh- hegeh jugak menguli tepung tu al- sebabnya merehatkan tepung tu lama. Orang lain rehatkan tepung cuma 15 ke 20 minit...tapi saya yang 'handal' ini bagi dia rehat lama sikit. 1 jam 30 minit. Bila keluar dari peti ais dah ala- ala macam batu.
Bila buat pastry ni, memang ada feel..sebab angan- angan dan cita- cita masih belum terkubur. DULU....hampir- hampir mengurus sebuah kedai bakery. Ohhh itu cita- cita saya. Walaupun kek, pastry yang dibuat takde lah secantik dan sehebat orang lain yang pegi kelas, belajar..tapi IMPIAN saya tetap sama. Hmmm bila la agaknya tu???
Membuat kulit pie. Tepung + butter
Tepung yang dah digaul dengan air sejuk. Uli- uli.
Sedia untuk dibakar. Letak inti + kepingan- kepingan cheese. IM LOVIN' IT!
Ngaappp!!! [pie ni diterbalikkan atas pinggan sebab bila dah potong payoh nak keluarkan]
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Luqman berkata kepada puteranya, "Puteraku, ambillah manfaat daripada apa yang Allah ajarkan kepadamu kerana orang pandai tidak sama dengan orang bodoh. Ilmu yang terbaik adalah ilmu yang bermanfaat dan diamalkan. Allah akan memberi manfaat kepada orang yang mengamalkannya. Sementara orang yang tidak mengambil manfaat daripada ilmunya, maka ilmu itu pasti akan meninggalkannya".
2 comments:
kenapa dah lama x update blog..mana menghilang ni..
KENAPA TAK NAK KAHWIN? TERLALU MEMILIH? mahu jadi andartukah? Jangan taksub.Yang penting beriman,bertanggungjawab..bukan siapa orang itu...kena redalah. Mak ayah akan pergi..adakah anda mahu mati sendiri..bukan atas ribaan suami?
Post a Comment