Monday 28 September 2009

Raya Lagi @ Open House

First week raya..dah ada jemputan rumah terbuka..rumah terbuka yang disekalikan dengan reunion kami- kami yang memang selalu nya takde muka lain dah..mereka- mereka ini memang selalu akan mengosongkan jadual mereka bila ada agenda makan- makan..ini pun tertinggal 3 orang crew yang tak boleh menerbangkan sayap untuk terbang bersama- sama..hihi..


wanita dan cermin memang tak boleh dipisahkan



bertiga sebab yang keempat dan kelima sedang bersiap



buatlah macam camera sendiri ye..!



cover magazine semput



beraya di rumah tuan rumah...a.k.a kak zarita



tuan rumah yang berbaju merah hati..i really miss ur cupcakes la! hmm sedap sangat.



Nota hujung : cik dina dan teman- teman sepenerbangan nak ucapkan terima kasih la banyak- banyak to kak ita yang buat party reunion PWGS dengan menghidangkan makanan yang sedap- sedap..hilang diet 'i'.hihi..dan membenarkan kami menang tanpa bertanding untuk games yang akak nak buat tu..

Friday 25 September 2009

Riang Ria Aidilfitri

Masuk ni dah 7 kali buat entry raya..upload gambar apa tah lagi..tak boleh jugak nak publish..internet buat hal pulak sejak- sejak buat wyreless satu umah ni..kejap ada kejap takde..

Disebabkan tahap kemalasan yang melampau sangat..tokey blog hanya nak tepek gambar sekeping dua pun jadi laa..dah la raya takleh lama kt kampung..nak upload gambar yang 'ciput' ni pun dia tak bagi..nasibb ler badan..


with my bro yang kena jadi tukang 'kutip- kutip'



mereka itu bersalam- salaman di pagi raya..



gambo pagi raya pun tak sempat nak amik..raya ke-2 baru nak amik..'caca- marba' baju

Thursday 17 September 2009

Habis sudah bah...



Alhamdulillah..berakhir sudah program Ihya` Ramadhan yang di jalankan kat sekolah cik dina arini..dan alhamdulillah jugak semua cikgu- cikgu berjaya menghabiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan ni..tahun depan boleh buat lagi ye!

Hmm..arini ada Majlis Khatam Quran dan Penutupan Program Ihya` Ramadhan kat sekolah..entry sebelum ni ada cik dina bagitau yang tahun ni bukan lagi murid- murid yang khatam..tapi cikgu- cikgi..sebab kami kesuntukan masa kalau bagi murid- murid ni baca. Tapi murid- murid tetap kena bertadarus sepanjang bulan puasa ni..no excuses!!

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Ucapan syukur yang tak terhingga mampu diucap bila segalanya berjalan dengan lancar..

Tahun depan belum tentu lagi dapat merasai nikmat bulan yang berkat ni..



cikgu- cikgi tengah khusyuk ngaji



wif kak romija a.k.a cikgu rosmiza



nota hujung : malam ni ngan esok mesti jalan jem..lusa jem tak??

Wednesday 16 September 2009

Jumpa

Balik dari Munawwarah terus je bukak laptop..

Tak sabar nak cerita..cik dina jumpa K.Aini tadiiiiiiiiiii..hehehe..

Sorry la ye kak..'saya' yang sibuk dengan tudung- tudung kat situ tak perasan..senyum punya senyum..last- last k.aini yang tegur dulu..wahhh..rasa macam kita dah penah jumpa je kat luar..

Lain kali kalau terjumpa lagi boleh sembang lama..



nota hujung : ooo..cuti gi cari baju raya ye!hehehe..lupa pulak nak amik gambar sebagai bukti kitaorang berjumpa..hahaha

Tuesday 15 September 2009

HAVANA


model kasut





the originality



w9 - black

Iklan lagi...

Havana from CROCS

Saiz 9, black color

My sister nak let go kasut ni sebab ter'besar' saiz dia..(kakak dia yang baik hati ni tolong belikan..kan dah silap saiz..)

Baru pakai sekali je. Takde apa- apa kerosakan. Still in good condition.

Harga asal kat outlet : RM 209.OO

Harga nak jual : RM 150.00


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi cik dina kat YM : ukhti_dina @ chat box tepi ni je.

Sekian untuk iklan hari ni..

Sunday 13 September 2009

Iftar @ Intai- intai

Kedai encik Bahar?? encik Bahar mana??


tokey kedai


Soalan dari diri sendiri la ni..sebab cik dina tak tau pun tempat untuk iftar kali ni buat kat situ..kedai duk tang mana pun cek tak tau..kira nasib baik la..cik kancum sudi untuk menumpangkan 'saya' dan rakan- rakan yang memang dan sememangnya malas untuk membawa 'baja hitam' di saat- saat jalan penuh dengan 'pahlawan' masing- masing.

Iftar tahun ni untuk Puteri Gurls..ehh..dah puteri..gurls lagi?? hmmm untuk puteri wilayah gurls school a.k.a classmate yang bertempat di Restoran Intai- intai..milik encik Bahar a.k.a Akademi Fantasia punya apa ekk??.

Makanan yang disediakan pun takde la tertumpu pada masakan ala- ala kampung je..yang macam cik eyna kabor kan pada cik dina tu ye..tapi bermacam- macam jenis ada..ala- ala Arab je takde..

Antara yang datang kali ni pun still seperti selalu la..GBS..dan ada jugak muka- muka baru..hehe..thanks to kak ju and zila yang boleh hadirkan diri anda untuk memeriahkan majlis lagi..serta puan- puan yang sentiasa takkan meninggalkan si kecik dan hubby..pn yana, pn fadh dan pn afniza a.k.a AF breep2..tak lupa jugak untuk bakal puan ye..cik faie.hehe.

Sambung tengok gambar je laa..takkan nak cerita dari A to Z kann..sure nak taip tak boleh. Sebab ada adegan- adegan lawak dari cik kancum a.k.a pn imah..


cik kancum yang masih terkawal lagi..


makan banyak agaknyer..tu yang biji mata jd merah masing2


my sedara a.k.a fadh.'dia tetap dia'


panca sitara..nasib tak pakai spek itam je


pose jari telunjuk from cik kemma..adoii semua ikut



Ucapan mohor besar dari Restoran Intai- intai : Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

home : sweet : home

Lega rasanya bila dah sampai umah..bukan nak kata cik dina tak suka langsung bila kena 'bertugas' di luar kawasan ni..bak kata pepatah la..'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri' (hmm betul kut ayat dia macam tu..)

Bila dah duk di luar kawasan ni..mula la kan..itu teringat..ini teringat..huhu..especially tengah bulan Ramadhan ni. `Ala kulli hal..bengkel yang nak kena hadir pun dah abis..Seronok la kan..bengkel nya sehari je buat, hari lain macam datang lenggang kangkung duk bercuti sakan..(jangan jeles ye 'encik' itu dan 'puan' itu sebab 'saya' dapat bercuti di PARISSSSSSSSSS)


sangat sibuk orang- orang ini siapkan keje


abis keje..duk bertapa tepi pantai sebelum berbuka


err..hidangan hari yang keberapa..tak ingat..


bukti 'saya' buat keje masa bengkel ye..eh..semua orang berfacebook??


nota hujung : ilmu yang dapat berdasarkan pengalaman..pengalaman kena pegi luar masa bulan puasa pun ilmu jugak kan?? ilmu macam mana nak manage time bangun sahur..

~ dah masa untuk tambah kelajuan ke 180km/j untuk 10 malam terakhir..~

Wednesday 9 September 2009

semester akhir..

Rindu rasanya nak berjemaah macam biasa..bukan sebab masjid nya yang aircond..tenang dan nyaman bila tunaikan solat..(bonus la tu..)..tapi suasana nya..

Hmmm..suasana..


Suasana Ramadhan..


Hanya tinggal beberapa hari lagi


Dah cukupkah kumpul segala bonus yang berlipat ganda dalam bulan ni??


Quran?? dah berapa kali khatam??


Ramadhan oh Ramadhan..



nota hujung : rindu bila 'saya' yang sorang ni berada di luar kawasan..

Saturday 5 September 2009

wanita dan zakat

"saya tidak pernah membayar zakat fitrah untuk diri dan keluarga. Adakah wanita seperti saya juga wajib membayar zakat fitrah??"

Itu adalah persoalan yang sering timbul dikalangan wanita yang tidak jelas dengan kewajipan membayar zakat fitrah.

Selain kurang memahami prosedur pembayaran zakat, wanita juga sudah terbiasa dilunaskan 'hutang badannya' oleh bapa sebelum berumahtangga dan apabila sudah bergelar isteri, tanggungjawab itu akan beralih pula kepada si suami.

Zakat fitrah bermaksud zakat badan yang diwajibkan ke atas individu lelaki dan perempuan beragama Islam selagi masih berkemampuan dengan syarat seperti yang ditetapkan.

Tujuan membayar zakat adalah untuk menebus kesalahan yang berlaku sepanjang mengerjakan amalan puasa dalam bulan Ramadhan.

Perkataan 'fitrah' merujuk kepada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali kepada fitrah, manakala berkemampuan yang dimaksudkan juga terlalu sempit iaitu individu yang mempunyai makanan atau harta lebih daripada keperluan tanggungannyapada malam raya dan pagi Aidilfitri.

Justeru, hukumnya wajib terhadap orang yang mampu selagi dia masih di dalam Islam, kewajipannya tidak terkecuali sama ada ke atas lelaki atau perempuan dan hukum mengabaikan amalan wajib adalah berdosa besar.

Syarat wajib membayar zakat bagi seorang anak perempuan masih di bawah tanggungjawab bapa, manakala isteri pula dipertanggunggjawabkan kepada suami. Bagi isteri dalam keadaan edah ketika dalam bulan puasa, tanggungjawab itu masih di tangan suami sama seperti kewajipan membayar nafkah hingga edah tamat.

Tetapi, jika ayah enggan atau suami liat membayar zakat untuk anak atau isterinya, wanita berkenaan boleh melunaskan hutang itu menggunakan wangnya sendiri selagi dia mampu, malah dia juga boleh membayarkan zakat fitrah untuk suami dan tanggungannya yang lain juga.

Dalam hubungan ini, ibu tunggal juga tidak terkecuali untuk membayar zakat fitrah termasuk melunaskan untuk tanggungannya.

Hukum wajib akan gugur dengan sendiri jika empunya diri berasakan tersepit sehingga terpaksa mengatur perbelanjaan bagi mencukupkan perbelanjaan harian sepanjang puasa.

Nilai bayaran zakat fitrah terlalu kecil iaitu bersamaan dengan segantang beras dan tidak salah jika wanita ingin membayar zakat dirinya walaupun suami atau ayah juga melakukan perkara yang sama. Anggap sahaja bayaran yang dibuat selepas bayaran pertama sebagai sedekah kerana balasan Allah berikan kepada umatNya yang bersedekah pada Ramadhan bagi meringankan beban mereka yang berpuasa sungguh besar.


nota hujung : dah bayar zakat ke?? renung- renungkan dan selamat beramal..~

Friday 4 September 2009

Berbuka

Semalam ada Majlis Berbuka dan Solat Hajat untuk murid- murid tahun 6 yang nak exam dah next week. Murid yang nak exam, tapi cikgu yang 'kalut' lebih. Biasa la kan..mana ada cikgu yang boleh tido nyenyak..('orang' tu tido je..) bila anak murid nak exam penting tak lama lagi. Boleh jawab ke?? Betul ke baca arahan?? ishh..macam- macam la pikir.


Antara cikgu- cikgu yang tak boleh tido nyenyak..(sebab makan banyak..hihihi) yang takde dalam gambar boleh tido dengan nyenyaknya..

Wednesday 2 September 2009

To My Dear Friend...imah..

wahai cik kancumm...ni haa 'sueded' nyer ok. nama betul sueded alice ye..nanti bila pakai jadi macam 'alice and wonderland'..hehehe.boleh terbang sana sini.