Tuesday, 9 June 2009

Paella Moroccan

Hari ni duduk rumah je lepas keluar beli barang- barang yang nak dimasak setelah pertemuan yang dijanjikan dengan cik eyna untuk bersama- sama melunaskan 'project' yang dah lama dirancang sambil menikmati pizza hut tak jadi. Terpaksa di'postponed' ke minggu- minggu yang akan datang..bermakna..2 minggu lagi.Betuii ka cik eyna??

Hmmm..resepi yang dimasak hari ni lebih kurang sama je dengan resepi cik orkid opah.Tapi yang ni ada nama." Paella Moroccon ". Cuma hidangannya kita boleh pilih sama ada nak masak ayam bersama nasi atau nak masak ayam sahaja.Biasa laa..makanan orang- orang Arab ni..kalau tak ayam..kambing..kalau tak kambing..lembu..nasi atau roti ikut pilihan tekak masing- masing..

Bahan- bahan untuk resepi ni cukup mudah.


ayam pilihan cik dina amik yang isi..bahagian dada.


'baby' tomato


black olive a.k.a buah zaitun


ubi kentang bila dah potong..rebus


bawang besar dan bawang putih


jintan2 a.k.a korang letak la segala jenis rempah






yang ni tak tau nama dia..pakai beli je


butter


Now..we start from the beginning..


ayam tadi tu..letak garam + rempah ratus + perahan limau..(lupa nak sebut)


cairkan butter dalam pan


tumis segala bawang tadi.


masuk ayam yg dah perap tu


bekas dan foil untuk bakar semua bahan tadi.


haaa..macam ni lah rupanya sebelum bakar..



nota hujung :
gambar lepas bakar takde..sebab dah lapar sangat. mak 'saya' cakap..ni idea yang bagus untuk ibu- ibu yang sedang berpantang..takde la asyik makan ikan rebus dan nasi gaul dengan lada hitam cara orang dulu- dulu..

No comments: