Thursday 18 June 2009

jangan...

Tengahari tadi..balik awal dari sekolah. Fokus utama ialah untuk menyiapkan segala yang perlu. hehehe. Jumpa encik bank...jumpa kakak surat..jumpa adik kaunter.

Selesai semua urusan..rasa macam nak makan kuih. Ye la kan..konon- konon untuk minum petang..buat pusingan u- turn, dan terus ke gerai makcik 'GORPIS'. haaa..pandai pakcik ngan makcik ni men'shortform' kan ayat 'goreng pisang'. Makcik dan pakcik ni akan goreng sikit- sikit je dulu. Dioarang takkan biarkan goreng pisang ni sejuk. Sebab tu la ramai 'customer' kat gerai dia ni.

..." makcik..bagi goreng pisang 2 ringgit..ubi keledek 4 ringgit ye "

..." nak letak garam tak dik?? "

..." nak makcik. letak lebih sikit ye makcik.."
( 'saya' memang suka makan goreng pisang @ ubi keledek letak garam..hmm kalau cicah sambal kicap lagi best! )


Sambil tunggu makcik tu siap menggoreng..cik dina dudukla di kerusi kayu kat tepi gerai tu..dan senyum- senyum kat makcik sebelah. Tak tau la nak letak 'makcik' @ 'nenek'..nampak macam tak tua sangat. Tapi keadaan fizikalnya yang bertubuh kecil..dan macam letih sangat..kesian je rasa.

Tanpa disuruh- suruh..( walaupun 'saya' ni tak lah peramah sangat ) tegur la jugak sebagai tanda adab.

..." makcik tunggu sapa? " ( patut ke tanya soalan ni?? )

..." tunggu anak tu..tapi bukan anak makcik "

..." ooo.." ( tak tanya dah. sebab rasa macam penyibuk je )

..." lama dah makcik duk sini. anak tu kata nak hantar makcik balik.." mula meluahkan apa yang terbuku..

..." dia tak kata dia nak pegi mana? "

..." dia kata nak pegi kedai depan sana tu. dia suruh makcik tunggu kat sini tadi. makcik jalan kaki tadi dari masjid sana..nak balik rumah..lepas tu ada orang naik motor tolak makcik. anak tu tolong..dia janji nak bawak makcik balik.."

..." makcik..mari la saya tolong hantarkan..tunggu lama- lama kat sini pun nanti dia tak datang ambil pulak.." ( patut kan?? means bukan melarikan orang kan?? )

Dipendekkan cerita..makcik tu dah selamat di hantar ke rumahnya..ada la setengah muka surat jugak cerita makcik ni kalau nak buat karangan.

Tapi yang paling utama yang nak 'saya' sebut ialah :

1- JANGAN SEKALI- KALI BERJANJI KALAU TAK BOLEH NAK TEPATI

2- JANGAN SEKALI- KALI MEMBERI HARAPAN KEPADA ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA (budak- budak pun sama jugak) KERANA MEREKA INI AKAN SENTIASA BERHARAP

3- JANGAN ...JANGAN LAH BUAT PERKARA YANG SEMUA ORANG AKAN BENCI PADA KITA



nota hujung : geram betul dengan orang yang suka buat janji tapi tak boleh tepati. kalau orang buat balik kat kita macam mana?? kesian makcik tu..


orang yang lebih tua jugak..mak, abah, tok n wan sedara


miss this place very much!

No comments: