Tuesday, 23 June 2009

pergi..




..sebaris je. Masa amat men'jelous'kan saya. Tak lama..hanya menjadi musafir seketika

Sunday, 21 June 2009

Genius

Tidak mudah untuk menjadi ibu bapa di zaman moden ini. Terlalu banyak cabaran dan pesaing bagi ibu bapa; televisyen; artis pujaan dan kawan- kawan yang ada di sekeliling anak- anak. Anak- anak sekarang semakin bijak dan pintar, bahkan lebih berani bertindak daripada ibu bapa mereka sendiri...

Hanya selingan..walaupun bukan sebagai ibu bapa..cikgu pun lebih kurang la kan..dianggap seperti ibu bapa, cuma tempatnya di sekolah.

Buat semua guru- guru dan ibu bapa..jangan letih dan berputus asa untuk mendidik anak- anak ini. Didiklah anak- anak ini berdasarkan nasihat- nasihat Luqman al- Hakim.




kursus yang membentuk komunikasi cemerlang..


nota hujung : tajuk tak sama dengan cerita..sebab belum habis lagi meng'khatam'kan nasihat- nasihat luqman al- hakim

Friday, 19 June 2009

hari ini


meja sape ni yang bersepah?? sibuk ek ??

Memang sangat sibuk..sebab hari ni 'Hari Terbuka' kat sekolah a.k.a Hari Mengambil Report Card..macam kita dulu- dulu laa..Kalau dapat nombor 1, 2 @ 3..seronok la. Nampak mak abah datang je sekolah, hati jadi berbunga- bunga. Sebab rasa tak sabar nak suruh cikgu tunjuk report card 'saya' yang sangat cantik dengan pen yang berwarna biru. Itu kisah dapat nombor 1, 2 @ 3...

Bila dah masuk sekolah menengah..report card pun mula dah jadi macam warna 'pelangi'..huhuhu. Bila tiba hari pengambilan buku laporan..kecut perut, ketar lutut, pecah peluh..semua nyer ada. Sebab dah terbayang soalan- soalan yang akan kena tanya bila balik rumah..( dulu duk hostel..mesti assume cerdik punya la..sebab waktu study teratur..yeke?? )Takde lah...atas kemahuan masing- masing jugak. Kalau dah selalu je nak 'fly' ( bahasa budak hostel yang suka ber'terbangan' kat shopping complex )..payah laa..



nota hujung : rasa macam nak sambung cerita 'fly' dari hostel..nantilah!

Thursday, 18 June 2009

ada lagi...

Sejak dua tiga hari ni, isu dalam suratkhabar banyak membincangkan tentang pelajaran a.k.a education.hehe.

Hari ni pun ada..pasal 11 subject yang boleh diambil oleh student- student aliran agama sains. Alhamdulillah..pelajar- pelajar aliran agama masih tak dipinggirkan..

Yang rasa nak 'post' kan lagi entry untuk hari ni sebab tertarik dengan bahagian surat & email pembaca.

Surat tu berbunyi begini..(berbunyi ke..?? ditulis ke..?? cikgu BM tolong betulkan ye..)

...Saya menyokong pendapat TESLIAN KPLI 2008 sebelum ini. Ramai pihak menyalahkan guru KPLI dengan alasan kurang latihan, tidak berdisiplin, tiada komitmen dan sebagainya. Mungkin ada kes sebegini tetapi bukan berlaku dikalangan guru KPLI sahaja. Guru lepasan maktab juga mempunyai masalah sama tetapi tidak diperbesarkan dengan alasan mereka bukan lepasan ijazah.

Dari pemerhatian saya, masalah guru KPLI ini hanya banyak dilaporkan di sekolah rendah. Amat jarang masalah ini kedengaran di sekolah menengah. Mungkin faktor guru di sekolah menengah ini kebanyakannya berkelulusan ijazah, maka jurang perbezaannya amat kecil. Jurang perbezaan ini dijadikan alasan untuk 'menghentam' guru KPLI.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan ketika mula mendaftarkan diri di sebuah sekolah di daerah ini. Semua kerja sebelum ini dilakukan guru senior lain diberikan terus kepada kami. Sehinggakan kursus sepatutnya dihadiri mereka juga diwakilkan kepada kami dengan alasan gaji kami besar, maka mesti buat kerja lebih.

Apabila kami mengeluh atau menolak, kami dilabelkan sebagai guru bermasalah. Semua masalah membabitkan sekolah diletakkan di atas tanggungjawab kami. Perkataan sering dilabelkan ialah 'gaji besar', 'cikgu grab-duit'(graduate) dan lain- lain. Tidakkah ini menjadikan kami mangsa diskriminasi? Kadangkala masalah ini hanya akan membuatkan kami patah semangat.

Tidak dinafikan ada antara kami menjadikan opsyen perguruan ini sebagai pilihan terakhir sebagai kerjaya tetapi kenyataannya ada juga guru lepasan maktab juga berbuat demikian. Ada segelintir guru KPLI ini sanggup meninggalkan kerjaya lebih gah untuk menjadi guru. Ada yang meninggalkan kerjaya sebagai jurutera dengan tekad ingin melahirkan 100 lagi jurutera lebih baik daripadanya.

Kesimpulannya, dalam setandan pisang tidak akan semuanya buruk dan tidak semuanya akan baik. Apa yang penting keikhlasan mendidik anak bangsa.




nota hujung : ~ renung- renungkan..dan selamat beramal...~



~ taken by siapa ek?? last year punya gambar ~

jangan...

Tengahari tadi..balik awal dari sekolah. Fokus utama ialah untuk menyiapkan segala yang perlu. hehehe. Jumpa encik bank...jumpa kakak surat..jumpa adik kaunter.

Selesai semua urusan..rasa macam nak makan kuih. Ye la kan..konon- konon untuk minum petang..buat pusingan u- turn, dan terus ke gerai makcik 'GORPIS'. haaa..pandai pakcik ngan makcik ni men'shortform' kan ayat 'goreng pisang'. Makcik dan pakcik ni akan goreng sikit- sikit je dulu. Dioarang takkan biarkan goreng pisang ni sejuk. Sebab tu la ramai 'customer' kat gerai dia ni.

..." makcik..bagi goreng pisang 2 ringgit..ubi keledek 4 ringgit ye "

..." nak letak garam tak dik?? "

..." nak makcik. letak lebih sikit ye makcik.."
( 'saya' memang suka makan goreng pisang @ ubi keledek letak garam..hmm kalau cicah sambal kicap lagi best! )


Sambil tunggu makcik tu siap menggoreng..cik dina dudukla di kerusi kayu kat tepi gerai tu..dan senyum- senyum kat makcik sebelah. Tak tau la nak letak 'makcik' @ 'nenek'..nampak macam tak tua sangat. Tapi keadaan fizikalnya yang bertubuh kecil..dan macam letih sangat..kesian je rasa.

Tanpa disuruh- suruh..( walaupun 'saya' ni tak lah peramah sangat ) tegur la jugak sebagai tanda adab.

..." makcik tunggu sapa? " ( patut ke tanya soalan ni?? )

..." tunggu anak tu..tapi bukan anak makcik "

..." ooo.." ( tak tanya dah. sebab rasa macam penyibuk je )

..." lama dah makcik duk sini. anak tu kata nak hantar makcik balik.." mula meluahkan apa yang terbuku..

..." dia tak kata dia nak pegi mana? "

..." dia kata nak pegi kedai depan sana tu. dia suruh makcik tunggu kat sini tadi. makcik jalan kaki tadi dari masjid sana..nak balik rumah..lepas tu ada orang naik motor tolak makcik. anak tu tolong..dia janji nak bawak makcik balik.."

..." makcik..mari la saya tolong hantarkan..tunggu lama- lama kat sini pun nanti dia tak datang ambil pulak.." ( patut kan?? means bukan melarikan orang kan?? )

Dipendekkan cerita..makcik tu dah selamat di hantar ke rumahnya..ada la setengah muka surat jugak cerita makcik ni kalau nak buat karangan.

Tapi yang paling utama yang nak 'saya' sebut ialah :

1- JANGAN SEKALI- KALI BERJANJI KALAU TAK BOLEH NAK TEPATI

2- JANGAN SEKALI- KALI MEMBERI HARAPAN KEPADA ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA (budak- budak pun sama jugak) KERANA MEREKA INI AKAN SENTIASA BERHARAP

3- JANGAN ...JANGAN LAH BUAT PERKARA YANG SEMUA ORANG AKAN BENCI PADA KITA



nota hujung : geram betul dengan orang yang suka buat janji tapi tak boleh tepati. kalau orang buat balik kat kita macam mana?? kesian makcik tu..


orang yang lebih tua jugak..mak, abah, tok n wan sedara


miss this place very much!

Monday, 15 June 2009

tak keruan

Boleh guna ke tajuk tu?? tak tau lah. patut guna ayat ape ye?

Masuk minggu ni patutnya mood kembali bekerja jadi lebih fokus. Tapi tak boleh. Sedangkan kerja yang berbaki sebelum cuti masih belum diselesaikan. Entah kenapa boleh terlupa..Mintak maaf lah ye cikgu nazam..ehh..En.Mohd Nazam..kena protokol.hehehe


this is my brother ok!

Tak jadi 'end' kan episod jalan- jalan..sebab ada episod seterusnya menanti..


adakah anda penunggu itu???

Sunday, 14 June 2009

sales!

Jualan murah! hehehe..dah memang 'kaki' shopping. kalau tengah demam sekalipun..sanggup meng'gagah'kan diri jugak untuk shopping. walaupun hanya sekadar 'menjamu' mata je..

semalam berlangsung lagi aktiviti 'GBS'.hehehe. hanya 'kami' je tahu apa itu 'GBS'. aktiviti yang tak dirancang. Bermula dengan 'ajak- ajak ayam' je sebab dah tahu kawan- kawan cik dina yang ber'dua' tu..cik eyna n cik emy punya rancangan sendiri yang dah kemana hala..lain yang nak buat, lain yang jadi.uhhh..suka hati je korang ye! Dan kemudian cik emy bagi kata putus untuk turut serta dalam aktiviti 'seronok' cik dina.

Tak sampai berapa minit...telefon berbunyi..

cik dina : assalamualaikum...ye cik mel...ada apa..?(nada macam orang sakit..konon)

cik memel: oooooooooooooooooooooooooooooooo...nak pegi shopping ye..

cik dina : wahhh..cepatnya berita sampai. ni mesti emy @ eyna yang bagitau..
mel nak ikut tak?

cik memel: dina free tak? ingat nak ajak pegi 'macy'..

cik dina : haa?? macy?? hmmm..nak..nak. ajak emy ngan eyna sekali ek.

cik memel: orait! orang tunggu kat umah ye.



Hmmm..macam tu lah. dah jadi macam main- main telefon berantai je. Kejap call macam ni..
cik emy : dina..ko go on lah dulu kat tempat yang nak pegi tu. eyna tak sudah lagi presentation.

Pastu je...
cik dina : emy..aku dah 'tersekat' ni..korang tunggu la dulu kat umah mel..(siap dah boleh makan tengahari lagi 'orang-orang' tu kat umah mel)

Pukul 3 petang baru mula aktiviti...

jadi model langsir kejap.


suka hati je bergambar..bukan nak beli barang pon


gambar kita dua 'blurr' lah


power puff gurls


mel`s town house..best la!


muka kekenyangan..


bila dah nampak makanan..dah tak jadi mengantuk ek eyna!



~ THE END ~



nota hujung: episod jalan- jalan dah tamat. masa untuk bersedia dari segi MENTAL & FIZIKAL..(errkk..ada ke fizikal??)
episod bekerja bermula esok.jangan lupa semua persediaan.WELCOME BACK TO SCHOOL!

Friday, 12 June 2009

freeze mode




membeku seketika...

badan makin hari makin panas..mungkin mengikut rentak cuaca el-nino yang membakar alam.hari untuk mula bekerja makin hampir..hanya mampu berehat sepenuhnya.



"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.." Surah As-Syuaraa` : 80

Tuesday, 9 June 2009

Paella Moroccan

Hari ni duduk rumah je lepas keluar beli barang- barang yang nak dimasak setelah pertemuan yang dijanjikan dengan cik eyna untuk bersama- sama melunaskan 'project' yang dah lama dirancang sambil menikmati pizza hut tak jadi. Terpaksa di'postponed' ke minggu- minggu yang akan datang..bermakna..2 minggu lagi.Betuii ka cik eyna??

Hmmm..resepi yang dimasak hari ni lebih kurang sama je dengan resepi cik orkid opah.Tapi yang ni ada nama." Paella Moroccon ". Cuma hidangannya kita boleh pilih sama ada nak masak ayam bersama nasi atau nak masak ayam sahaja.Biasa laa..makanan orang- orang Arab ni..kalau tak ayam..kambing..kalau tak kambing..lembu..nasi atau roti ikut pilihan tekak masing- masing..

Bahan- bahan untuk resepi ni cukup mudah.


ayam pilihan cik dina amik yang isi..bahagian dada.


'baby' tomato


black olive a.k.a buah zaitun


ubi kentang bila dah potong..rebus


bawang besar dan bawang putih


jintan2 a.k.a korang letak la segala jenis rempah






yang ni tak tau nama dia..pakai beli je


butter


Now..we start from the beginning..


ayam tadi tu..letak garam + rempah ratus + perahan limau..(lupa nak sebut)


cairkan butter dalam pan


tumis segala bawang tadi.


masuk ayam yg dah perap tu


bekas dan foil untuk bakar semua bahan tadi.


haaa..macam ni lah rupanya sebelum bakar..



nota hujung :
gambar lepas bakar takde..sebab dah lapar sangat. mak 'saya' cakap..ni idea yang bagus untuk ibu- ibu yang sedang berpantang..takde la asyik makan ikan rebus dan nasi gaul dengan lada hitam cara orang dulu- dulu..

Friday, 5 June 2009

sepagi..

Kalau orang lain pergi relax- relax kat taman..mesti tulis sepetang..tapi cik dina sepagi. Sebab pagi- pagi lagi dah 'terpacak' kat uia.hehe.takde keje la tu namanya. Niat sebenarnya nak jumpa kawan lama yang keje kat situ.

Disebabkan orang lain keje..jadi mestila pagi- pagi kena attend meeting la, apa la..tapi 'saya' yang sorang ni tak keje..kena la bersabar menunggu kawan yang tengah bermesyuarat.



western + eastern..hehehe.konon nak makan spaggetti dengan crispy dory letak pulak thousand island.tetiba ternampak sambal ikan bilis nasi lemak kat tepi tu.nak letak jugak.tu yang jadi west + east.

Sambil makan..sambil teringat zaman belajar dulu..cafe econ`s ni la tempat selalu duduk melepak..makan- makan..sembang- sembang dengan kawan. Dulu sebelah cafe ni ada kedai makanan arab. Sekarang dah takde..Seronok bila teringat zaman belajar ni.Fikir hal belajar ni sikit je.bila nak exam.hehe.benda lain yang banyak. Tu yang tak jadi 'al-ilmu fis suduur..'

Kenyang sarapan..duduk bersembang dengan kawan yang dah tak boleh nak buat keje bila kawan yang 'sorang' ni datang.hehe.sesi bergosip bermulaaaa....


pn.norazimah a.k.a cik kencummm

Penat bergosip dalam ofis, otak ligat berfikir tempat mana yang nak dituju untuk sesi makan tengahari..



Tepat jam 4 petang baru rasa penat kaki dan mulut yang aktif menjalankan tugas masing- masing..

To Imah..
"Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan RasulNya hendaklah dicintai lebih dari yang lain, mencintai manusia kerana Allah semata- mata dan benci untuk kembali kepada kukufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka" - Riwayat Bukhari Muslim

Thursday, 4 June 2009

apa hal ni??

Malam ni agak panas.bukan panas cuaca..tapi panas hati, perasaan..cewahh.tak dapat nak keluarkan.

Mengapa dan kenapa manusia- manusia ni suka sangat sibuk hal- hal orang lain?? dengan rasa rendah dirinya..amatlah berterima kasih di atas sikap manusia yang suka mengambil berat tentang manusia lain. tapi janganlah pulak dari sikap mengambil berat kepada sikap menyibuk!

Tak boleh dah nak tulis panjang- panjang..nanti terlepas.cukuplah sekadar untuk mengeluarkan sekelumit api kemarahan.

3 hari

3 hari?? kenapa tak 2 hari? atau seminggu??

Cukup lah sekadar 3 hari yang diperuntukkan untuk bersama- sama dengan murid- murid dan memberi sokongan kepada mereka supaya tidak lupa yang hari peperiksaan penting hanya tinggal beberapa hari je lagi..( cikgu je yang semangat..)

Walaupun setiap penceramah yang hadir untuk memberikan tip- tips dan teknik- teknik menjawab peperiksaan merasakan isi yang disampaikan tidak seberapa..tapi pada anak- anak murid..betapa besarnya RAHSIA yang dah cikgu pecahkan..hehehe.

Buat semua murid- murid..SELAMAT BERJAYA!



.................................



..................................



................................



...............................


gambar cikgu je bukan hari berkenaan.