Thursday 21 May 2009

pen merah dan kertas..

cikgu kan selalu dengan pen merah dan kertas..sebab tu tajuk dia macam ni. tapi yang ingin cik dina ceritakan disini bukan tentang pen merah dan kertas, sekadar ingin berkongsi dengan para guru disana ( teacher aini, sir mustafa, cikgu siti..hehehe..dan yang lain- lain lah.ramai sangat nak tulis..)....................
ada juga pihak yang perihatin terhadap tanggungjawab cikgu yang sebenarnya..maknanya cor bussiness kita laa..

PEGAWAI KEMENTERIAN PATUT PANTAU P&P GURU BUKAN FAIL PENTADBIRAN

Masih belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik. Apa yang menarik perhatian saya ialah supaya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)menyemak semula mekanisme yang ada untuk melihat sama ada guru menjalankan tugas mereka atau tidak.

Kerap kali apabila pemantau datang ke sekolah, apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan sebagainya. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail tersebut akan dilabel dengan panggilan biasa 'tak buat kerja'.

Soalnya, adakah itu tugas guru?? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka?

Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses p&p terabai?


.....panjang lagi sebenarnya pandangan dari pihak ni, cuma cik dina amik yang penting- penting je.



.....minggu exam dah habis. tinggal lagi minggu mengulas + ulas + pulas analisa peperiksaan.GOOD LUCK TO ALL TEACHERS!

2 comments:

saya_:-D said...

tepat sekali - kerja2 failing telah mengambil masa guru terlalu banyak, mengambil tenaga guru terlalu banyak, mengMBIL MINat guru terlalu banyak... yang tinggal sedikit tu untuk P&P ...

cik dina said...

Memang betul..hanya bila kita berada di sekolah sahaja dapat merasai betapa banyaknya waktu kita berhutang dengan murid kalau sibuk dengan kerja2 pentadbiran yang lain..thanks 'saya_:-D'