Sunday, 17 May 2009

heel pain@plantar flasciitis

....maknanya sakit tumit kaki.



Apakah plantar fasciitis (PF)?

Ianya adalah keradangan (inflammation) pada plantar fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kpd jari kaki.

Simptoms: sakit pada tapak kaki, terutama pada bhgian tumit, terutama waktu pagi dan semasa berdiri lama.

Faktor penyebab:

Plantar fascia bertindak sbg 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.

Antara faktor-faktor penyumbang:

1) Aktiviti fizikal berlebihan spt ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'

2) Arthritis-penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pd tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis

3) Diabetes-PF lebih biasa berlaku pd penghidap diabetes (sbb tak diketahui)

4) Faktor mekanikal kaki-spt orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah

5) Pemakaian kasut yang salah- kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki.

6) Berlebihan berat badan

Ujian/penyiasatan.

Doktor akan memeriksa secara rapi untuk 'confirm' diagnosis dan mengenalpasti punca PF pada pesakit. Kebiasaannya X-ray kaki akan dibuat dan biasanya ada 'spur' (tulang tajam) pada tumit.


nota hujung : pilih la yang mana satu rasanya faktor- faktor penyumbang.lepas tu sumbangkan kaki anda pada doktor untuk di x-ray!

No comments: