Wednesday 27 May 2009

hati si budak kecil..

suatu pagi di dalam kelas pemulihan..

cik dina : kita ulang semula pelajaran semalam..

" alif bunyi...aaaa"
" alif yaa bunyi...eeee"
" alif wau bunyi... uuuu"

: cikgu cuba tukar huruf alif kepada huruf 'cha'
: aiqil, kita cuba eja sama- sama ye..

cik dina : " cha alif bunyi...

aiqil : " chaa..."

cik dina : " cha yaa bunyi....

aiqil : " WAUUUU..."

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....tangan yang tengah genggam erat penyangkut baju a.k.a 'hanger' yang tak tau sape punya rasa macam ringan je nak melayang ke badan budak kecik ni..tapi bila ingatkan balik..kalau terlepas lah ke badan budak ni..then ada kesan pulak kat badan dia..takde sape yang dapat 'support' + bela + selamatkan 'saya' yang memang rasa darah yang sentiasa berada di paras 'nyawa- nyawa ikan' dah membuak- buak macam gunung berapi yang dah tak sabar- sabar nak memuntahkan lava nya..hadoiii laaa..

tapi..di hati si kecil ni..tak pernah sikit pun rasa rendah diri, tercabar, sedih dan seangkatan dengannya walaupun dah beberapa kali kena marah. Dengan hanya menunjukkan muka yang 'bersalah' lah sangat tu bila kita marah..tak sampai beberapa minit kemudiannya 'dia' boleh datang pada 'kita' (merujuk kepada cik dina) seperti takde apa yang berlaku dan bersembang- sembang atau mengadukan hal diri sendiri yang sentiasa kehilangan pensel @ pemadam @ segala alat tulis yang di bawanya..

Subhanallah...hebat sungguh ciptaanNya dengan menjadikan hati- hati si kecil ini dengan perasaan yang tidak pernah menyimpan sedikit pun dendam kesumat terhadap manusia- manusia yang dah penuh dengan pelbagai corak dan warna di dalam hati masing- masing..



nota hujung : blurr lepas ngajar aiqil..kena pulak meeting direct three hours non stop.rasa berasap kepala..SABARRRRR..

2 comments:

hai_saya_:-D said...

?!? aiqil tu baik orangnya ... senyap je kalau kita tenung dia... belajar-belajarlah melayan kanak-kanak ... banyak manfaatnya sikit hari nanti ... :-D terutama yang dah terbayang-bayang nak berumahtangga atau yang dah nak ada anak ... :-D

cik dina said...

hahaha..baik je dia tu.. baik hati.kalau tak de la dia boleh nk bg je duit2 yg ada dlm poket dia kt kwn2..