Friday 31 October 2008

Petua

Nak bagitau..bukannya petua apa pun..cuma nasihat yang cik dina terbaca dalam majalah 'rapi'..pastikan anda tidak terus makan buah- buahan selepas makan tengahari ataupun malam kerana tindakan ini akan menyebabkan perut dipenuhi UDARA..(patutla kembung sokmo perut 'saya' !!)

Justeru itu, makanlah buah- buahan selepas satu hingga dua jam kemudian atau satu jam sebelumnya..

Cik dina tak tau pun tak boleh makan buah terus lepas makan..cuma yang cik dina tau 'orang kata' tak berapa elok. hmm sekarang baru tau sebabnya..(kurangnya 'saya' membaca).
~ selamat mencuba~

room decoration PART 2


Haaaa..kan cik dina dah cakap nak adakan the next episode room deco..ni dia..tapi tak banyakla nak story pun..sbb mission still in progress..ponin dah kepalo den..nak kena buat request kat eric leong la macam mana nak deco bilik cik dina yang terlalu comel ni..hehehe
Al-kisahnya petang semalam, cik dina menemankan kawan se'cikgu' cik dina, cikgu siti ke kedai 'MUMTAJ' (kedai runcit depan sekolah cik dina..husshh bestt! ) sambil cikgu siti meng'oder'kan barang- barang yang dia nak beli tu, cik dina pun duk tercari- cari la majalah hiasan- hiasan bilik ni..dan terjumpa lah majalah 'IMPIANA' ni..

Lalu, cik dina pun memulakan ekspidisi untuk membelek majalah tu..baru je nak bukak mukasurat yang kedua...cikgu siti dah jerit.."wehh,,jom balik! kang GB turun.." (GB stand for GURU BESOR). alaaa..baru je nak belek. cik dina pun cepat- cepat menyambar not RM10 bayar kat uncle yang jaga cashier tu..sambil duk jalan nak masuk ke pagar sekolah ( walaupun beberapa langkah je..) cikgu siti tetap duk tanya itu ini.." hang nak buat apa ngn majalah tu?? buang karan ja beli.." cik dina pun bagitau la kt cikgu siti ..."pasai tu la kami beli..nanti bila dah elok hang mai tengok!"..hehehe..tu la ciku siti yang tak pernah kering ngan nasihat dia..cikgu la katakan..

Balik umah, barula boleh belek sepuas- puasnya majalah yang masih hangat dalam beg..(sorok takut GB nampak..ahaks!)..Belek punya belek..ishh..takde pun deco untuk bilik saiz macam bilik cik dina..semua master bedroom..hmmm sampai muka surat yang dah dekat nak ujung+ tengah barula jumpa..tu pun tak banyak..ye la..diaoran pun amik dari deco sebijik rumah dan tunjuk setiap bahagian bilik..cik dina tengok yang ni macam sesuai..

Hmm..yang best tu sebab jam yang besor tu lerr.. mana nak beli ye?? cik dina yang tak berapa nak nampak ni pun boleh jd nampak gamaknya bila jarum jam tu bergerak..pastu letak buku- buku tepi katil..cewahh..sambil baring- baring leh amik baca..sebelum nak tido..(pastu buku baca cik dina)..lagi satu warna bilik yang dia cat lebih kurang sama la macam bilik cik dina..so, matching sangat la dengan katil yang warna orange tu..skali ngan carpet kecik dia..it`s so nice! tp bagi penggemar warna- warna lembut..dilarang sama sekali..cik dina rasa la warna ni sesuai di susun macam dalam gambar ni..sbb kalau dia buat warna pink ke, light purple ke..tak sesuai..(ehh..ye ke?? kena tanya encik eric ni..)..gambar yang lagi satu ni untuk saiz bilik comel macam bilik cik dina jugak..tapi cik dina tak berapa suka kombinasi warna dia..dua- dua terang..

Kuning dan hijau..macam warna bendera negeri kedah! hmm..tak kisah la..ada orang dia suka macam ni..ada yang tak suka..ikut citarasa masing- masing la kan..
Lepas ni nak g tgk kt website eric leong pulak..kut- kut ada deco yang lagi cantik lagi comel mengikut kesesuaian bilik cik dina ni..
ishhh..bab menghabiskan duit pejam mata je..adoi! bukan selalu pun..tak mau la membazir sangat.." inna mubazirin la ikhwanusyayatiin
.."

Sampai sini dulu...


~perbanyakkan lah sedekah pada hari Jumaat~

Thursday 30 October 2008

VITAMIN

Ramai betul orang demam masa ni kan! Termasukla cik dina yang baru lepas demam ( takla baru sangat..hehehe) cuma selsema ngan batuk still macam tu jugak..nak ceritanya..kawan cik dina ni..lebih kurang sama la macam cik dina...selalu sangat demam..tak sihat..( antibodi tak kuat la tuu..)..jadi cik dina rasa la..antara kami berdua ni kekurangan vitamin! Vitamin ni sebenornyer dah memang jadi satu keperluan wajib dalam badan ( cewahh..'saya' bercakap seperti doktor!)..Satu lagi mungkin jugak kurang mineral..kurang bersenam ( memang pun..) dan kurang rehat..( cik dina ni terlebih rehat gamaknya )..
So, let`s check the result ...AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN

  • Vitamin A - Lemah daya penglihatan waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, lemah daya tahan badan dan menyebabkan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit kering dan gatal, hilang selera makan.
  • Vitamin B1 - keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur, penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kegagalan jantung, sakit pada bahagian abdomen, sembelit, gangguan mental atau emosi.
  • Vitamin B2 - keletihan, lemah badan, bibir merekah, sakit lidah di tepi mulut, lemah daya penglihatan, terlalu sensitif pada cahaya, gatal kulit, pening, rambut gugur, insomnia, lemah daya penghadaman, bantut tumbesaran, lembap tindak balas mental
  • Vitamin B5 - keletihan, lemah badan, sakit kepala, loya, muntah, sakit abdomen, kebas kaki, kejang otot.
  • Vitamin B6 - kegelisahan, depressi, penyakit kulit, bibir merekah, bengkak mulut dan lidah, anemia

Hmm..macam- macam penyakit boleh dapat kalau kurang segala macam vitamin dalam badan. so, kena lah seimbangkan. Ok lah..malas dah nak tulis..TATA!

Wednesday 29 October 2008

Malasssnnyaaa...

First day school after 4 days having our precious time for holiday! ( raya orang lain pun kita tumpang syok jugak! ) Memang ler rasa malas sesangat nak pegi sekolah..tambah pulak tu sekolah yang sebelah tu still cuti lagi hari ni dan esok baru memulakan tugas- tugas merait kertas exam..nak buat macam mana..amanah Allah..kena pegang elok- elok..

Pegi sekolah pun tak awal macam selalu..(ecehh..memang selalu awal ke??) kul 12.15 baru la dengan lemah longlai nyer menyetat enjin kereta untuk ke sekolah. Sampai je kat sekolah..biasalah..agenda tetap. budak- budak akan ikut dari belakang sambil macam- macam soalan yang keluar ( sabor je la ngan budak- budak ni tau! ) cikgu...tadi, dia buat saya..cikgu..budak darjah 6 main bola kat kantin..cikgu...cikgu...adoiiiiiiiiiiiiiii...ponin den!

Cik dina pun terus jalan dengan lajunya ke bilik guru lepas abis melayan karenah budak- budak tu..biasalah! kalau tak layan kang dicop cikgu sombong! haaa,baru padan ngan muke. Baru je sebelah kaki melangkah masuk bilik guru...wow!! bau ape ni?? langkah kanan rupanya...heheheh


Hmmm..habis je semua kawan- kawan se'makan' cik dina..mulalah masing- masing dengan tugas yang menanti kat kelas..( wehhh budak kelas kami dah bising..ayat cikgu siti )..disebabkan kerja- kerja yang banyak sekali lepas budak- budak ni exam, jadi..kerja pertama yang cik dina suh buat ialah...panggil ketua kelas ke depan then write all name who are making noise in my class!

Jeng- jejengg.....

Mampukah untuk berHIJRAH??

Jenuh duk pikir..nak isi ke tidak? nak isi ke tidak? ishhh..isi-isi..cik dina bermonolog sendirian..bukannya isi apa benda pun sangat..borang MA je pun..this is for the second application..adoi!! for the first time on 2005 i`ve been choose another programme..tak jadi hantar borang MA. kali ni tak tau la macam mana pulak..dah 3tahun berlalu..orang lain dah jauh ke depan! cik dina??? mesti cik dina..mesti..insyaAllah Allah permudahkan..berkali- kali belek borang yang dah berapa lama duk tersadai atas meja..sian dia..kadang- kadang buat tak tahu je kat dia..ahaks! ( macam sibuk sangaattt je cik dina ni )..tu laa..kata orang tua- tua, "masa ni umpama sebilah pedang.Kalau kita tak panggil, dia akan penggal leher kita"..so, kenala hargai masa supaya hidup tak sia- sia. Kita yang sepatutnya menggunakan masa dengan sebaik- baiknya..Dalam hadis riwayat Bukhari ada menyebut " dua nikmat daripada nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang".


Macam- macam pikir dalam kepala ni..mana satu nak mula dulu?? ishh..saje je buat soalan macam tu..nak seribu daya kan! kena hijrah cik dina..bukannya berat sangat pun..macam mana ketika zaman rasulullah berhijrah dulu..lagi hebat! masyaAllah..

Perbuatan hijrah ni memang memerlukan satu pengorbanan yang sangat besar, sebab ia adalah satu perkara yang susah, sukar untuk kita lakukan kerana terpaksa meninggalkan segala yang kita ada selama ni untuk menghadapi masa depan yang masih belum tahu pastinya lagi.


Firman Allah bermaksud : " ( Sesungguhnya ) orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah ( daripada orang yang hanya memberi minum haji dan orang yang mema`murkan masjid sahaja ); dan mereka itulah orang yang berjaya." - At-Taubah : 20

Tuesday 28 October 2008

Aktiviti Me`murni'kan Bilik

Hmmm...setelah 2bulan lebih batuk ni xabis-abis..dah bertukar- tukar klinik dan doktor..walaupun hospital pakar yang terakhir cik dina pegi dan doktor telah mengesahkan..." i`ve check you and your lung fields are clear..so, u must avoid to drink all cold water.." hmm..
( alhamdulillah..ingat dh ada something dlm lung..) Balik rumah, seperti biasa meneruskan aktiviti menelan pil- pil ubat yang doktor dah bagi ( ubat yang sebelum- sebelum tu pun xabis lagi :D )..
So, bila dah duduk rehat- merehatkan diri..sambil berfikir- fikir..ape benda la lagi yang menyebabkan cik dina ni asyik batuk je..then..teringatla mengenai bilik cik dina yang dah lama tak diceriakan..( macamla sibuk yang teramat..)..oooooooooooo...bawah katil dah lama tak vacum..patut laaaaa...Dengan serta merta (cewaahhh) mengajak ahli- ahli rumah yang sihat serta kuat ( ami n apik..tq guys! )


sampai panjat- panjat la ..


Mcm ni ghupe nyer..

Bertungkus- lumus diaorang ni membantu 'along' diaorang me'murni'kan bilik..ahaks! siap cat mengecat lagi..hehehe..( terbang lagi duit cik dina )..
Akhirnya..siap la jugak bilik cik dina dimurnikan..walaupun belum 100% untuk ditambah- tambah dengan macam- macam decoration ( kalau la eric leong nak bagi sponsor..kan best! ) ya Allah..tak bersyukur langsung! "la in syakartum la azidannakum..."

Tadaaaa....
Babai..till meet again on the next episode room decoration!