Wednesday, 29 October 2008

Mampukah untuk berHIJRAH??

Jenuh duk pikir..nak isi ke tidak? nak isi ke tidak? ishhh..isi-isi..cik dina bermonolog sendirian..bukannya isi apa benda pun sangat..borang MA je pun..this is for the second application..adoi!! for the first time on 2005 i`ve been choose another programme..tak jadi hantar borang MA. kali ni tak tau la macam mana pulak..dah 3tahun berlalu..orang lain dah jauh ke depan! cik dina??? mesti cik dina..mesti..insyaAllah Allah permudahkan..berkali- kali belek borang yang dah berapa lama duk tersadai atas meja..sian dia..kadang- kadang buat tak tahu je kat dia..ahaks! ( macam sibuk sangaattt je cik dina ni )..tu laa..kata orang tua- tua, "masa ni umpama sebilah pedang.Kalau kita tak panggil, dia akan penggal leher kita"..so, kenala hargai masa supaya hidup tak sia- sia. Kita yang sepatutnya menggunakan masa dengan sebaik- baiknya..Dalam hadis riwayat Bukhari ada menyebut " dua nikmat daripada nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang".


Macam- macam pikir dalam kepala ni..mana satu nak mula dulu?? ishh..saje je buat soalan macam tu..nak seribu daya kan! kena hijrah cik dina..bukannya berat sangat pun..macam mana ketika zaman rasulullah berhijrah dulu..lagi hebat! masyaAllah..

Perbuatan hijrah ni memang memerlukan satu pengorbanan yang sangat besar, sebab ia adalah satu perkara yang susah, sukar untuk kita lakukan kerana terpaksa meninggalkan segala yang kita ada selama ni untuk menghadapi masa depan yang masih belum tahu pastinya lagi.


Firman Allah bermaksud : " ( Sesungguhnya ) orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah ( daripada orang yang hanya memberi minum haji dan orang yang mema`murkan masjid sahaja ); dan mereka itulah orang yang berjaya." - At-Taubah : 20

No comments: