Monday, 28 March 2011

.: ON :.

Alhamdulillah..internet dah sihat. Ntah siapa lah yang pegi meng'komplen'. Bagus bila dah ada sikap tanggungjawab. Takde la nak menunggu cik kak ni aje. ecehh.


Bila dah ok, maknanya boleh la mengupdate terusss dari laptop. Sangat la tidak pandai untuk meng'upload' gambau dari henpon.


Kisah semalam tentang masak untuk makan. Buat chicken pie. Terhegeh- hegeh jugak menguli tepung tu al- sebabnya merehatkan tepung tu lama. Orang lain rehatkan tepung cuma 15 ke 20 minit...tapi saya yang 'handal' ini bagi dia rehat lama sikit. 1 jam 30 minit. Bila keluar dari peti ais dah ala- ala macam batu.


Bila buat pastry ni, memang ada feel..sebab angan- angan dan cita- cita masih belum terkubur. DULU....hampir- hampir mengurus sebuah kedai bakery. Ohhh itu cita- cita saya. Walaupun kek, pastry yang dibuat takde lah secantik dan sehebat orang lain yang pegi kelas, belajar..tapi IMPIAN saya tetap sama. Hmmm bila la agaknya tu???




Membuat kulit pie. Tepung + butter




Tepung yang dah digaul dengan air sejuk. Uli- uli.




Sedia untuk dibakar. Letak inti + kepingan- kepingan cheese. IM LOVIN' IT!




Ngaappp!!! [pie ni diterbalikkan atas pinggan sebab bila dah potong payoh nak keluarkan]



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Luqman berkata kepada puteranya, "Puteraku, ambillah manfaat daripada apa yang Allah ajarkan kepadamu kerana orang pandai tidak sama dengan orang bodoh. Ilmu yang terbaik adalah ilmu yang bermanfaat dan diamalkan. Allah akan memberi manfaat kepada orang yang mengamalkannya. Sementara orang yang tidak mengambil manfaat daripada ilmunya, maka ilmu itu pasti akan meninggalkannya".

Sunday, 27 March 2011

:: masak untuk makan ::

Salam..

Internet dekat umah problem. Dah seminggu tak boleh on. Yang peliknya, lampu ada pulak berkelip- kelip. Hadoii..masing-masing malas nak menelepon En.TM. Udahnya, kena la menggunakan gajet sendiri yang tak berapa nak hebat lagi canggih ni.


Sebenarnya cik dina dah tak sabar nak masuk umah baru. Bukan sebab umah baru tu, tapi tak sabau la sangat- sangat nak guna oven baru.hihihi. TQ to 'MEM'Besar yang menghadiahkan a.k.a membelikan oven baru yang diidamkan2 kan tu..uiisshh lagi rancak lerr lepas ni projek masak- memasak.



Cuti minggu ni duk umah je. Sempat la habiskan 2 round basuh baju..siram- siram myHydrangea..ohh my pokok munge tu sudah hidup kembali..ingatkan dah jatuh tergolek,mati terus. Rupanya masih nyawa2 ikan masa tu. Sempatlah selamatkan dia semula. Daahh hari2 la kena menyiram sambil sembang2. Orang kata,kalau kita selalu bercakap dengan tanaman ni,insyaAllah dia cepat subur..ameen mudah2an.



Sambil2 berehat, baca blog, bukak fesbuk..tertengok la resepi pie. Hadoii laa..membuak2 nak buat ni. Tapi lain yang dibaca, lain yang dibuat.hihi. Cik dina baca resepi bread pudding with chicken black pepper..tapi yang dibuatnya chicken blackpepper pie. Dengan bantuan cik ayu yang tolong bagitau nak buat kulit dia, maka menjadilah PIE saya..



¤¤¤ masih tak berjaya meng'upload' gambar la bila update post dari henpon.ada sesapa boleh tolong ajar?? ¤¤¤

Sunday, 20 March 2011

.:: rendah & tinggi ::.

Tinggi nya darjat seseorang itu apabila banyak ilmunya..wallahu`alam..

Kadang- kadang rasa rendah diri sangat menebal bila membandingkan antara diri dan orang lain yang banyak ilmu...pandai mengarang...pandai bercakap...kalau kita tengok dari mata kasar memang cukup lengkap dan sempurna..

Dan kita??

Jangan biarkan diri masih, tetap dan kekal di tahap yang sama..






::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)

Tuesday, 15 March 2011

Root Canal Treatment

Lepas peristiwa sakit gigi..[ya allah..macam ni ke rasa sakit gigi..]selalu duk dengar orang sakit gigi je..kali ni kena kat diri sendiri. Tahun ni 'dating' dengan Dr.Usha banyak kali. Tahun- tahun sebelum ni tak banyak sangat just lepas operation... diam. Cuci...diam. Tahun ni kes berat. Sape suh main- main minum susu kan.

Dr. Usha sarankan kena buat root canal. Lepas pada tu baru 'crown'. Alahaiii makin cantik la gigi saya *wink* Kita dapat 'pinjam' gigi dengan keadaan baik..jadi nak 'pulang'kan pun bagi la elok jugak..ALHAMDULILLAH..macam ni la yang ada..

Sejak dua kali 'dating' ni..still tertanya- tanya macam mana la rupanya masa Dr.Usha buat treatment ni..by the time nampak jarum halus macam- macam kaler..mata pun makin menipis. Tak leh bukak luas- luas. SCARYYY!! Bila google kat en.youtube baru la dapat tau..so, treatment saya ni baru sampai tahap 50%. Belum sampai ke tahap besi macam paku tu..V_V








:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Rasulullah Saw bersabda:

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

::: all in 1 :::

Assalamualaikum..im back!! cewahh..cik dina kembali bertamu untuk hari kedua cuti sekolah..alhamdulillah..takde lagi resah gelisah fikir dapat cuti atau tak kali ni..bercuti lah sepenuhnya..:D

Cerita pertama...upss bukan, tapi gambar pertama yang kena tunaikan home sweet home yang tak dapat uplaod sebab saya budak baru belajar guane nak upload gambar dari henpon terus ke blog...still in learning process..so, let the pictures do talking!



kak yanti..ni la baiti jannati yang masih under renovation. tapi ni gambar masa mula- mula projek berjalan *wink* sekarang alhamdulillah banyak dah siap..




gambar ni jugak kena tunjuk sebab dah janji (berkurun la kann..)dgn melda, shishi, emy n eyna..meja besar dengan board yang luas sampai menghias sticker sebesar- besarnya.




Dari sisi depan..hanya bertahan 2bulan aje..then dapat tempat baru pulak. tapi cik dina punya barang masih berlonggok kat situ.walaupun dihujung dunia..tapi tempat paling best untuk ZZzzz




Hydrangea.berangan- angan nak tanam kat umah kerana sudah terhasut dengan cerita masak- memasak Tina Garten - Barefoot Contessa. hanya dapat yang kaler ni je yang ada satu- satunya kat HOUZ. Disebabkan kegelojohan diri sendiri yang tak sabar- sabar nak tengok dia mekar berwarna- warni dalam tempoh 3 bulan lagi..musnah lah si HYDRANGEA ini apabila jatuh terperosok.huhu...habis angan- angan saya.




expressoup!!! sedap sampai cheese habis sebotol




cheese lover likes durian's lover..:D



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

wallahu'alam..
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”..

Saturday, 5 March 2011

in progress

Nampaknya perlu bertahan lagi untuk memecut laju dijalan raya..hati-hati di jalan raya,ingatlah orang tersayang!


.
.
.
.
.
.
Uppss still tak tau kat mana nak upload pic.request dari kak yanti suhaini nak tengok home sweet home tak dapat ditunaikan lg..tunggu post dari laptop je lerr