Monday 28 June 2010

melangkah ke Germany.

Saje je bagi gah sikit.. konon2 macam nak pi German..padahal aura Germany menang semalam menghantui fikiran ni..pastu pulak baru lepas attend wedding junior sekolah yang dulu dia study kt German..ala- ala amik aura la konon...:P

Sebelum ni tak penah sikit pun nak pikir hal- hal bola ni..cuma disebabkan German menang dengan England semalam..habis anak- anak murid terpengaruh. Sampai dalam kelas sambil- sambil diaorang buat latihan..saja je nak test cik dina..grrrrrrrrrrr..

Budak : Cikgu, cikgu..cikgu sokong pasukan bola negara mana?

cik dina : oooo..mestilah German..[mentang2 la diaorang menang semalam..padahal tu je yang 'saya' tau]

Budak : Fuyoooo...diaorang menang kan. cikgu suka sape??

cik dina : KAKA.

Budak- budak [versi ramai pulak kali ni] : hahahahahahahaha [versi gelakkan saya dengan lebih kejam]

Budak : SALAH la cikguuuuuuuuuuuuuuuu..tu negara mana ..



Natijah : walaupun tak minat, kena amik tahu jugak rupanya sapa pemain2 bola tu..satu hal pulak nak pegi hapal nama diaorang. bukan dapat bayorang pung..:P




nota ujung : psst..psstt..cik dina dah berjaya buat laksam tu. hehehe..tak sempat snap pic..i kan first time masak tuuu..:D

Saturday 19 June 2010

maklong

Hari ni punya aktiviti :


1- Ke LCCT

Jumpa kak dah. Kak dah ni housemate masa belajar dulu..sangat baik orangnya..Dia la kakak, mak, kak long kat umah kitaorang tu. Dari mula- mula sampai kat umah tu, dari masak pun ala- ala koboi je..sampai la tau serba sikit masak sekali 3, 4 menu serentak [eleh..orang lain lagi hebat..tapi 'i' masa tu muda lagi..dan sekarang lagi muda..:P] Kak dah la yang ajar. Jaga masa sakit demam. Teman pi sana sini. Nak balik cuti dia la yang kalut tolong packing barang..huhuhu..tapi dapat jumpa kejap je tadi. 20 minit aje. Jalan jem sangat kat puchong. Lagipun keluar lewat..huhuhu. Takpe, 'saya' akan plan cuti ke Sarawak ye kak dah!!


2- Ke ALAM BUDIMAN
Petang ni ada majlis kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin kat umah sepupu cik dina. Majlis ni sempena masuk umah baru dia..huisshh seronok tengok dia dah boleh masuk umah baru..tapi dapat duduk sampai November ni je..sebab dia dah nak fly ke London sambung PHD.



aya..sorry tak mintak permission copy pic umah ni..


Dan..hari ni jugak ler baru dapat dukung si budak kecik comel Aisya Zara ni..last tengok dia masa baru lahir..uishhh punya la payah nak jumpa..walaupun mula- mula dia pun tercengang- cengang la jugak duk renung muka cik dina.."sapa la agaknya makcik ni..??" hehehe..



yeay!! maklong dapat dukung diaaa


Majlis ni cuma buat untuk sedara mara terdekat je..ahli keluarga sendiri bacakan Yassin..lebih erat dan dekat ukhuwwah tu..makan pun sodap..nasi beriani Johor..mak mertua Aya yang masak..[rugi 'saya' tak tambah..konyanggg]



mak ngah huda dan mak ngah marini with aisya


Pot pet pot pet..dah pukul 7..time`s up! Masa untuk balik umah.


Aisya Zara sudah tido laa bila masa maklong nak balik..


To Suraya, Faiz n sweet little Zara..Selamat menempuhi dunia baru di tempat baru..congratulation dan gud luck!!

Friday 18 June 2010

yakin boleh


kenal??







laksam..[gambar : ehsan dari google je]



kalau balik kampung..makan laksa chah tak 'hengat' dah..kalau hari koko a.k.a kokurikulum pulak..makan LAKSAM kat kedai gulai kawah tak 'hengat' jugak..sebab????



kalau laksa chah kuala perlis ni..cik dina suka sebab kuah dia pedas- pedas sikit..dan bila kita nak makan boleh pilih la nyah nak yang cair ke pekat bila kuah dia duk dalam bekas..dari tepi mangkuk boleh nampak lapisan kuah tu..



kalau laksam kedai gulai kawah pulak kuah dia yang pekat- pekat tu ada rasa pedas- pedas manis..'saya' ni kan memang suka makan manis- manis..makan roti canai pun kuah letak gula sket..baru sodappp!! dan bila makan dengan cikgu siti..mula la dia 'hingaq'.."hang ni makan kalah macam orang kelantan @ terengganu.."..so, thats my peberet..



Jadi, bila kita ni dah suka sangat makan..takkan asyik nak beli je..walaupun peratus sedap tu belum tentu LULUS lagi..cuba mesti kena cuba. Pagi tadi sambil- sambil menunggu dalam kete..dengar IKIM..biasala..hari Jumaat..kak Nora nyer slot masak memasak..dan resepi nyer..LAKSAM..yesss!!!




renung- renung kan dan selamat beramal ~



Cik dina terus je salin..walaupun kali yang ke berapa ntah..huhuhu..dan kali ni tekad. Perlu jugak cuba ye adik kakak..[ye la tuuuuu :P ]


So, ni resepi nya :

Bahan- bahan LAKSAM.
500 gram - tepung beras
800 ml - air
[bancuh semua bahan ni, pastu cuba la tengok..kalau menitik lambat je dari sudu pekat sangat..tambah lagi air..dan sebaliknya]

CARA buat LAKSAM.
1. Guna periuk nipis / kuali non stick
2. Sapu minyak sikit [tak nak bagi melekat]
3. Sendukkan bancuhan [guna senduk kak nora yang kata..] dan ratakan atas periuk
4. Pastikan tak terlalu nipis / tebal [takut susah nak gulung]
5. Tunggu dia naik gelembung sikit
6. Angkat dan sejukkan.
7. Gulung

KUAH LAKSAM.
1. 1kg ikan selayang
2. Santan
3. Bawang merah, bawang putih, halia, serai [blend semua ni]
4. Lada hitam
5. Asam keping
6. Garam gula secukup rasa
[masak semua bahan2 ni ye...]


tadaaaaaaaaaaaa..


ini bukan saya buat..[google ehsan..]


Selamat mencuba ye kepada cik penulis!!!

Saturday 12 June 2010

selamat...selamat...selamat..

Lama cik dina tak berblog..rasa malas sangat nak menulis..asyik baca orang punya blog je..dan cik dina tengok post- post terkini pun semuanya bila ada event je..huhuhu..sungguhla tidak rajin 'saya' ini..


Ok, sebelum tu..cik dina nak ucapkan selamat bercuti kepada semua cikgu cikgi..yang mana cuti anda semua tinggal seminggu je lagi..tu pun kalau kira tak sampai pun 2 minggu..ada la dalam seminggu setengah je..hehehe..['saya' merungut ke???] Mesti peluang cuti ni masing- masing dah plan macam- macam kan.


Cik dina balik kampung Perlis. oohh sungguh lama rasa balik kampung. seminggu. lama ke tu???? sebab bila dah besau panjang ni dah jarang sangat balik kampung sampai seminggu..orang lain semua keje opis..'saya' sorang je cikgu yang cuti lama..so, bila takde geng kat kampung..tercongok la sorang- sorang..





Balik kampung kali ni ada tujuan..tapi bukan tujuan cik dina..adik lelaki 'saya' itu mau tunang maa..dengan anak dara pakcik Abdul Jalil di Alor Star..



mak mertua menyarungkan cincin kat menantunya..huhuhu




kakak ipau dan adik ipau


Takyah la cite kronologi percintaan budak- budak ni..budak kecik lagi..hehe..satu kuliah..mesti la jeling- jeling..pandang- pandang kan..

oklah, cik dina nak pi Padang Besar..babai.