Friday 30 January 2009

No more gurl`s day out!

Huhuhu...macam amaran je bunyi tu.takde la..bukan amaran dari sesapa pun..tapi disebabkan cuti raya cina pun dah habis..semua kawan- kawan cik dina pun telah selamat kembali ke ofis masing- masing menunaikan tanggungjawab sebelum anda semua (all the gurl`s)gi bercuti kt sabah pulak..tinggallah cik dina sorang yang masih lagi bercuti sakan sempena raya cina..yahoooooooooooo!!

Walaupun cuti seminggu..tak bermakna masih keluar berjalan2..(takde geng laa..)cik dina menyelang- nyelikan ( eh, ayat apa ni???) selang- seli sebenarnya..tapi nak bagi juga dia ikut frasa bahasa yang betul walaupun tak betul..selang- seli la dengan kerja- kerja yang mana boleh disiapkan dulu..

Ini lah hasil cuti raya cina dengan menghabiskan semua kertas warna + manila kad + idea untuk si kecil belajar nanti..(adoii!!)















^ tiga ekor je dapat siapkan ^

Thursday 29 January 2009

Kau Sahabat Kau Teman

Kalau dengar lagu kau sahabat kau teman ni memang sedih sangat rasa..ye la, teringat kawan- kawan masa sekolah dulu..ada yang dah pergi menyahut panggilan Ilahi..ya Allah, takut bila ingat mati ni..cukup ke amalan yang ada ni (tak cukup lagi..)

Bukannya apa, baru- baru ni ada buat alumni masa sekolah menengah..seronok la dapat berkumpul ramai- ramai..macam- macam cerita..walaupun yang datang tu asyik- asyik muka yang sama, tapi tetap best! mak- mak orang ngan bini- bini orang tu pun bukan main jadinya..gaya- gaya bujang aje..hehehe

'A true friend is the greatest of all blessings, and that which we take the least care of all to acquire'


















^sweet gift yang kitaorang dapat^



^schawl n pengepit butterfly^

Takziah buat teman

Salam takziah cik dina ucapkan pada cik ayu sekeluarga ( kawan cik dina masa sek menengah ) di atas pemergian ayahanda tercinta pada 26 Januari baru- baru ni..
Semoga cik ayu tabah menghadapinya..hidup dan mati ketentuan Allah..

Tuesday 20 January 2009

Pendidikan disertai tarbiah bentuk generasi berkualiti

Sesi persekolahan 2009 sudah bermula.Kini pelajar dan guru sibuk dengan kegiatan harian.Guru menyampaikan ilmu dan murid menerima untuk dihayati serta diamalkan dalam kehidupan mereka..( bak kata ayah mertua cik bibi..don't teach them knowledge, but teach them how to apply the knowledge). Tugas guru bukan saja perlu pakar dalam profession perguruan malah bertindak sebagai pendidik dan pembimbing cemerlang untuk menangani cabaran memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.

Firman Allah yang bermaksud :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik- baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada perkara buruk dan keji serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar- benarnya)"
Surah Ali- Imran ; 110

Pendidikan cemerlang dengan lahirnya kumpulan guru cemerlang dapat membantu semua warga pendidik berusaha menjuruskan reformasi potensi dan pencapaian pelajar. Perubahan ini berlaku lanjutan daripada pelbagai bentuk pengetahuan, kemahiran, maklumat dan pengalaman yang diterima pendidik dengan bertindak bukan sekadar penyampai semata- mata.

Pembelajaran lebih memfokuskan kearah tarbiah, asuhan serta didikan untuk membentuk hati, jiwa, mental dan nurani anak didik mereka supaya lengkap dengan ciri insaniah yang baik untuk menjadi insan yang berkualiti.

Allah telah berfirman :
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia". Surah Ar-Rum; 41

Besar nilai dan makna pendidikan menjadikan guru atau pendidik golongan penting untuk melahirkan generasi insan berilmu yang akan menterjemahkan pengetahuan diperoleh dalam bentuk tindakan ke arah masa depan yang lebih gemilang. Ilmu yang boleh diselaraskan dengan tuntutan syariat pula adalah pemangkin kepada lahir masyarakat berkualiti. Biarpun bukan semua guru dan warga pendidik layak diberi gelaran guru cemerlang, perlu didiingatkan pendidikan kearah kegemilangan perlu ditangani secara bersepadu.

Semangat keazaman serta iltizam dapat menjadikan bidang pendidikan sebagai jihad bagi guru menabur jasa dan bakti. Jasa dan pengorbanan yang terarah itu membantu membangunkan bangsa serta negara. Hakikatnya, bagi semua guru anugerah bukan segala- galanya kerana yang pasti Allah sudah menjanjikan ganjaran lebih baik untuk mereka.

Firman Allah yang bermaksud :
" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya". Surah Al- Alaq; 1-5

Jelaslah pendidikan bermula daripada proses penerokaan yang perlu disertai dengan asas agama yang kukuh. Antaranya adalah memulakan proses pencarian ilmu dengan menyebut nama Allah untuk mendapat keredhaan Allah. Orang yang mencari ilmu atau melakukan apa jua perbuatan, jika dimulakan dengan nama Allah dapat mengelak diri terpesong daripada matlamat sebenar mereka.
Rasulullah saw bersabda : " Menuntut ilmu itu adalah fardhu kepada semua umat Islam"

Rasulullah menitikberatkan setiap umatnya meletakkan usaha mencapai kebahagiaan diri dengan mencari dan mempelajari pelbagai ilmu serta kemahiran mengikut keperluan atau kecenderungan masing- masing.

Dalam konteks dunia pendidikan hari ini pula, pelbagai disiplin ilmu yang dipelajari individu perlu diselaraskan dengan pendidikan bestari sebagai persediaan melahirkan generasi berkualiti. Ilmu yang tidak digemblengkan dengan asuhan serta pendidikan mantap akan hanya melahirkan manusia yang rakus untuk memperolehi kepentingan dan kemewahan dunia dengan menghalakan cara bagi mencapai matlamat diri.

Sebagai syarat mencapai kegemilangan dan kecemerlangan, pendidik juga perlu berlumba- lumba mengejar ilmu, kemahiran serta membuat penyelidikan berkaitan bidang pendidikan. Ia boleh diperoleh melalui pengajian separuh masa atau sepenuh masa. Islam menekankan proses pendidikan pada peringkat awal kerana mudah menerima didikan, asuhan atau kemahiran yang disampaikan. Disini letaknya peranan besar ibu bapa dalam menentukan hala tuju masa depan anak mereka.

Sementara guru adalah pendidik, pendukung kepada usaha mencari keredhaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Mereka adalah penyambung seruan Rasulullah menyampaikan ilmu Allah untuk melahirkan insan cemerlang.

Rasulullah saw mendoakan guru dalam sabda yang bermaksud :
" Dan ampunilah wahai Tuhan kami akan semua guru kami (yang telah mencurahkan ilmu kepada kami) juga kepada orang yang mengasihi kami dan menasihati kami serta memberi petunjuk kepada kami untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat".
Hadia riwayat Imam Ahmad.

1001 hari

Mmm entry ni saje je cik dina nak cerita kisah 1001 hari (cewahh..kalau mawi 1001 malam)..masing- masing masa di sekolah telah dikejutkan dengan kedatangan cik 'pelawat' yang memang kami semua tak jemput..huhuhu.

Awal pagi lagi, tengah sedap cikgu- cikgu ni dengan kerja pentadbiran dan urusan masing- masing..terpaksa beralih arah dan tumpuan seketika bila 'encik- encik' dan 'puan- puan' ni datang dengan fail masing- masing untuk menerima laporan terhadap apa yang patut dilapor.

Kelam kabut jugak la kami semua ni. Bukannya keje tak siap, tapi segalanya perlu 'perfect'. Dari segi pentadbirannya apatah lagi dari sudut pengajaran & pembelajaran. Biasala, bila dah 'bos' ada kat depan, ade ke pekerja yang berani tak buat kerja??hehehe. Murid- murid pun semangat bukan main. Ye lah, ada orang lain yang duduk sekali dengan diorang. Time ni la nak tunjuk taring masing- masing.

Syabas cik dina ucapkan kepada semua rakan se'cikgu' kerana dapat menunjukkan prestasi yang baik dan memberi kerjasama kepada 'encik- encik' dan 'puan- puan' tu.

^_^ nak dtg umah orang bagi tahu dulu^_^


Friday 16 January 2009

Migraine Headaches

What are migraine headaches?

Migraines are painful, throbbing headaches that last from 4 to 72 hours. When you have a migraine, it may be so painful that you are not able to follow your normal routine or do your usual activities. But even though they make you feel bad, migraines do not cause long-term damage.

Migraines are a disease. You cannot just "will them away." Talk to your doctor about your migraines. There are treatments that can help you manage them.

What causes migraines?

Experts are not sure what causes migraines. It may have something to do with the blood vessels in your brain.

Migraines run in families, but it is not clear why some people get migraines and others do not.

What are the symptoms?

The main symptom of a migraine is a throbbing headache on one side of your head. You may also feel sick to your stomach and vomit. Activity, light, noise, or odors may make the migraine worse. The pain may move from one side of your head to the other, or you may feel it on both sides at the same time. Different people have different symptoms.

Some people have an aura before the migraine begins. When you have an aura, you may first see spots, wavy lines, or flashing lights. Your hands, arms, or face may tingle or feel numb. The aura usually starts about 30 minutes before the headache. But most people do not have auras.

How are migraines diagnosed?

A doctor can usually tell if you have a migraine by asking about your symptoms and examining you. You probably will not need lab tests, but your doctor may order some if he or she thinks your symptoms are caused by another disease.

Many experts think you have migraines if:1

  • You have 5 or more headache attacks without an aura or you have 2 attacks with an aura.
  • Your headache lasts from 4 to 72 hours without treatment.
  • You also feel sick to your stomach and may vomit. Light and noise may make your headache worse.

How are they treated?

You can usually manage your migraines. First try an over-the-counter pain medicine, such as ibuprofen or naproxen. Brand names include Advil, Motrin, and Aleve.

If over-the-counter medicine does not work, your doctor can prescribe stronger medicine that stops the migraine as it is starting. You may not be able to use some medicines if you are pregnant or have other health problems, such as heart problems or high blood pressure.

When you feel a migraine coming on:

  • Stop what you are doing, and take your medicine. Do not wait for the migraine to get worse. Take your medicine exactly as your doctor told you to.
  • Take it easy. Rest in a quiet, dark room. Close your eyes, and try to relax or go to sleep. Do not watch TV or read. Put a cold pack or cool cloth on the painful area.

If the first treatment you try does not work, try something else. It may take time to find what works best for you.

Some people also use other kinds of treatments, such as acupuncture. These may help reduce the pain or the number of migraines you have. But experts need more research to see if they really work.2

Be careful when you use your migraine medicines. Taking them too often can cause you to get another headache when you stop taking the medicine. This is called a rebound headache. If you find you are taking your medicines very often, talk to your doctor before a problem starts.

Can I reduce how often I have migraines?

You may be able to reduce how often you have migraines by staying away from things that cause them. These are called "triggers." Common triggers include chocolate, red wine, cheese, MSG, strong odors, not eating, and poor sleep habits. It may be helpful for you to track and write down your triggers. You may be able to avoid the trigger and more migraines.

If you have migraines often, your doctor may prescribe medicine that helps prevent them.


Hmmm..memang tau dah..cik dina g jumpa doktor pun..mesti doktor akan cakap.." your blood pressure very low, so have take a good rest ok!"

apa lagi...balik tidooooo!!!

^_^

sedihh...geramm...

xtau dah macam mana..

ini ke yang dinamakan nasib, taqdir???

hanya DIA yang Maha Agung lebih mengetahui

"hang kena cakap jugak...jangan macam ni..." sahabat yang sejati lebih memahami apa yang membelenggu dalam kepala ni

"dah cakap...kena jugak.." cik dina meluahkan apa yang terbuku

menangis....menangis.....dan terus menangis...

hangat air mata yang ditahan- tahan memang terasa laju mengalir deras tanpa memberitahu bila akan berhenti...

????????

Monday 12 January 2009

pelik???

boleh pulak post entry pendek ni..ishh..must be something wrong with my written..:P

????

Hmm..xtau la kenapa dan mengapa..cik dina dah tak boleh nak menulis di entry ni..setiap kali nak post entry yang dah siap ditulis, mesti xboleh post. nak save masuk dalam draft :( ada sesapa boleh tolong???