Sunday, 7 December 2008

Salam Aidiladha

Tidak ada amal ibadah dalam Islam yang sesemarak dan seramai wukuf di Arafah. Hari ini, 9 Zulhijjah 1429H bersamaan 7 Disember 2008, umat Islam yang menunaikan fardhu haji akan memulakan rukun haji bersama selepas gelincir matahari dengan solat zuhur dan asar jamak taqdim sambil melantunkan talbiah sebelum terbenam matahari hari ini sebagaimana Allah menjelaskan dalam Al- Quran maksudnya :
"Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy`ar al -Haram (Muzdalifah)" - Surah Al- Baqarah:198.

لبيك اللهم لبيك..لبيك لا شريك لك لبيك..إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

Wuquf yang berasal daripada kata dasar 'wau- qaf- fa' yang beerti diam, berhenti, wuquf di Arafah adalah satu daripada rukun haji paling utama kerana disebutkan di dalam hadis "al- hajju 'arafah" iaitu kesempurnaan haji berada di dalam wuquf di Arafah.

Tanah yang seluas beberapa ratus kilometer itu dinamakan Arafah adalah kerana beberapa sebab yang antaranya ialah Nabi Adam dan isterinya Hawa bertemu dan saling kenal mengenali kembali yakni kembali berta`aruf buat kali pertama selepas diturunkan ke bumi.

Selain itu juga, dinamakan Arafah ini adalah kerana malaikat Jibrail mengajar Nabi Ibrahim mengenai manasik haji. Kemudian Jibrail bertanya kepada Ibrahim :" Adakah engkau faham?" dan dijawab oleh Ibrahim :" na`am, `araftu"(yang bermaksud ya, saya faham).

Mudah- mudahan dapatlah kita memperbanyakkan lagi amal ibadah dengan mengingati Allah swt dan Zulhijjah tahun ini menambahkan lagi kecintaan kita padaNya..

~Selamat Hari Raya Aidiladha~

2 comments:

mus said...

wajah baru ya ... macam orang hepi je ... dah dilamun anu ke ... :-D

cik dina said...

hahaha..bukan la..saje je bertukar wajah.semangat nak tahun baru kan..:D