Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Ma`al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.."
Monday, 29 December 2008
Thursday, 18 December 2008
segalanya akan bermula...
Dah beberapa hari jari ni tak menaip agenda- agenda yang sentiasa tersusun rapi..makin lama makin banyak tugas rupanya yang perlu di 'tukar' cadarnyaa..ingat nak ke sekolah pada hari jadual bertugas..oooohhh tidakkkkk..lagi lambat lagi bertimbun. bukannya cik dina tak menyiapkan kerja tahun ni sebelum cuti sekolah..tapi yang baru akan bermula, jadi semuanya perlu di 'rapi' kan untuk menjadi 'baru'.
Ohhh..satu- satu aktiviti disusun dengan teliti sebelum bersuka ria..mana dengan nak kena baca buku for my interview ayooo..manyak nak kena pikir nihh..
*Nilai ~ buat kerja kena disiplin ye!
Ohhh..satu- satu aktiviti disusun dengan teliti sebelum bersuka ria..mana dengan nak kena baca buku for my interview ayooo..manyak nak kena pikir nihh..
*Nilai ~ buat kerja kena disiplin ye!
Thursday, 11 December 2008
huhhh
Tak tau nak cite ape dah la..duk rumah hari- hari pun ..bosan jugak.cuti panjang memang best..tp bila sampai ke tahap yang paling membosankan..hmm cik dina dah tak tau nak buat apa..(walaupun ada je lagi keje yang boleh buat..hehehe)..mm..sambil2 duduk- duduk dgn adik cik dina yang bongsu ni..hari- hari duk tengok depa main game bola sepak dlm laptop..nk join main sekali..xreti.mesti kalah punya.hehehe.
Sambil duduk- duduk, serve internet..terkeluarlah satu lagu..
Sambil duduk- duduk, serve internet..terkeluarlah satu lagu..
'wonderpets, wonderpets...kami dah sedia!'
Hehehe..bukan suara dari internet, tapi si bongsu ni yang menyanyi..apalagi..terus la nak cari cerita wonderpets pulak.ooohhh sungguh x sangka 'saya' masih lagi berminat dengan cerita kartun..
Sunday, 7 December 2008
Salam Aidiladha
Tidak ada amal ibadah dalam Islam yang sesemarak dan seramai wukuf di Arafah. Hari ini, 9 Zulhijjah 1429H bersamaan 7 Disember 2008, umat Islam yang menunaikan fardhu haji akan memulakan rukun haji bersama selepas gelincir matahari dengan solat zuhur dan asar jamak taqdim sambil melantunkan talbiah sebelum terbenam matahari hari ini sebagaimana Allah menjelaskan dalam Al- Quran maksudnya :
"Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy`ar al -Haram (Muzdalifah)" - Surah Al- Baqarah:198.

لبيك اللهم لبيك..لبيك لا شريك لك لبيك..إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
Wuquf yang berasal daripada kata dasar 'wau- qaf- fa' yang beerti diam, berhenti, wuquf di Arafah adalah satu daripada rukun haji paling utama kerana disebutkan di dalam hadis "al- hajju 'arafah" iaitu kesempurnaan haji berada di dalam wuquf di Arafah.
Tanah yang seluas beberapa ratus kilometer itu dinamakan Arafah adalah kerana beberapa sebab yang antaranya ialah Nabi Adam dan isterinya Hawa bertemu dan saling kenal mengenali kembali yakni kembali berta`aruf buat kali pertama selepas diturunkan ke bumi.
Selain itu juga, dinamakan Arafah ini adalah kerana malaikat Jibrail mengajar Nabi Ibrahim mengenai manasik haji. Kemudian Jibrail bertanya kepada Ibrahim :" Adakah engkau faham?" dan dijawab oleh Ibrahim :" na`am, `araftu"(yang bermaksud ya, saya faham).

Mudah- mudahan dapatlah kita memperbanyakkan lagi amal ibadah dengan mengingati Allah swt dan Zulhijjah tahun ini menambahkan lagi kecintaan kita padaNya..
~Selamat Hari Raya Aidiladha~
Thursday, 4 December 2008
Jom balik kampung!
Entry kali ni hanya dimuatkan dengan gambar2 cik dina masa balik bercuti di kampung..malas betul lah 'saya' nak taip..nanti kena cerita panjang- panjang..tgk gambar pun boleh tau cerita macam mana kan!
Subscribe to:
Posts (Atom)