Thursday 3 February 2011

Sarung gigi a.k.a crown

Islam membenarkan kaedah “crowning” dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu’ tanpa berkumur-kumur masih sah. Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi...wallahua`lam..


Masuk tahun ni dah kali ke - 5 perkara tentang gigi nak kena fikir. Kalau tahun- tahun sudah kecut perut asyik fikir operation dekat gigi bongsu..rupanya sekali lagi nak kena fikir perkara yang sama jugak..tapi bukan lagi tentang operation, kena buat crown pulak sebabnya gigi yang ada masih dalam keadaan baik tetapi tetap tidak dapat menampung tampalan kekal.


Ini la yang dinamakan perkara yang penting jangan dilengah- lengahkan..huhu. Sepatutnya appointment seterusnya selepas tampal sementara hanya 3 minggu je. Tapi sekarang dah menjangkau ke sebulan!!


Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat".


Mudah- mudahan semuanya berjalan lancar..saya ni teramat la TAKUT bila nak jumpa dengan dentist. sebab tu la semua nyaaa sengaja nak lambat- lambat.

2 comments:

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Salam ziarah. Salam ukhuwwah.

Betul. Tampal menampal memang susah hendak kekal. Gigi saya juga sudah menampakkan simptom yang perlu diberi perhatian.

Sayang juga. Kalau boleh, setelah diberi pinjam dengan elok, nak juga pulangkan dalam keadaan elok walau tidak sempurna~

cik dina said...

Salam ukhuwwah buat izzah..

Memang betul pun..sepatutnya apa yg dipinjam patut pulangkan dengan keadaan yg elok..tp nak buat mcm mana..fitrah manusia..sedangkan kita sebagai manusia pun tak kekal, apatah lg hanya 32 batang gigi :)