Sunday, 13 February 2011

::: Beauty is in the eye of the beholder :::

Pagi- pagi lagi dah menilik nota- nota ringkas yang kena siapkan. Tak perlu bertangguh lagi. Banyak keburukannya..tiba- tiba teringat kata- kata seorang rakan.."seronoknya jadi cikgu ni kan..cuti banyak.." ohh itu yang di kira..haha..Cuti memang banyak, tapi segala kerja di sekolah tetap kena sambung di rumah dan siapkan segala perancangan mengajar untuk keesokkan hari.."tetap sama bukan dengan yang bekerja di pejabat?"..

Sebenarnya, kalau nak diikutkan..semua wanita tugasnya sebagai seorang pendidik. Di sekolah tu sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul untuk mendidik masyarakat akan tetapi tugas mereka di rumah juga adalah sebagai pendidik kepada anak- anak.


Antaranya yang dapat cik dina terjemhakan disini ialah:


1. Tidak meremehkan hak Allah (kewajiban beribadah kepada-Nya).
2. Baik bacaan Al-Qurannya dan berusaha menghafalkannya.
3. Hafal dengan baik hadis Rasulullah s.a.w yang dapat membantunya dalam urusan agama.
4. Tidak mensia- siakan hak suaminya.
5. Tidak mensia- siakan hak anaknya.
6. Menghiasi diri dengan akhlak mulia.
7. Menghiasi diri dengan kesabaran.
8. Memiliki kemampuan dalam mengatur waktunya.
9. Mendapatkan izin suaminya untuk keluar mengajar.
10. Tidak ikhtilath (bercampur / bergaul dengan lelaki).
11. Memakai dengan pakaian muslimah.
12. Ikhlas dalam bekerja.
13. Bertaqwa kepada Allah.
14. Berilmu.
15. Bersifat santun dan lembut.
16. Bertanggungjawab.
17. Berpengetahuan dan berwawasan.
18. Berkeperibadian tinggi dan berakhlak mulia.


Metode Mengajar dan Mendidik


1. Melakukan pendekatan dengan akhlak yang baik.
2. Senantiasa mengucapkan salam kepada anak didik.
3. Memotivasi mereka untuk selalu solat tepat pada waktu.
4. Mengingatkan mereka tentang keesaan Allah s.w.t.
5. Selalu mengingatkan tentang cinta Rasulullah s.a.w dan meneladani baginda.
6. Menceritakan kisah para Nabi a’alihis salam, para sahabat, dan pahlawan Islam.
7. Mengajarkan rukun Islam dan rukun Iman.
8. Memberi mereka pelajaran tentang akidah yang benar dan mengingatkan mereka dari akidah yang rosak.
9. Memotivasi untuk menghafal Al-Quran dan mengamalkannya.
10. Memotivasi untuk menghafal hadis Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya.
11. Mengajarkan perilaku teladan dan akhlak mulia.
12. Menarik perhatian anak didik dan menumbuhkan kerinduannya untuk belajar.
13. Keteladanan.
14. Memotivasi untuk gemar belajar dan mencintai ilmu.
15. Mengajarkan adab- adab berbicara dengan orang lain.
16. Mengajarkan zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
17. Mengingatkan tentang halal dan haram.
18. Melarang bergaul dengan rakan- rakan yang tidak baik tingkahlaku.
19. Mengajarkan adab islamiah.
20. Mengajarkan menjaga hak orang lain.
21. Melatih membaca dan menulis.
22. Memberikan penyelesaian dari permasalahan mereka.
23. Memotivasi untuk tekun belajar, serta menghormati ilmu dan guru.
24. Menganjurkan untuk berpenampilan baik dan bersih.
25. Menganjurkan untuk berbakti kepada kedua orangtua.
26. Mendidik anak untuk cinta jihad dan keberanian.
27. Mengajarkan anak perempuan hukum khusus yang berkaitan dengan mereka dan hikmah diturunkannya.
28. Menyayangi mereka.
29. Mengajarkan kesabaran.
30. Menganjurkan memberi maaf (jika itu bermanfaat), menahan emosi, dan membalas kejelekan dengan kebaikan.



*** Diterjemah dari kitab Etika Menjadi Ibu Guru karya Ummu Mahmud Al-Asymuni ***

Saturday, 12 February 2011

Gubahanku




Cik dina suka lagu ni. Terima kasih.

Sejak dua menjak ni dengar IKIM sebab nak ambil idea untuk latih nasyid. Idea menulis lirik yang dah tertangguh 2 minggu. Memang 'failed' bab menulis ni dan akhirnya hasil penulisan telah dicipta oleh orang lain..huhu..AMAT AMAT MENGHARGAINYA. TERIMA KASIH YA! (",)

Thursday, 3 February 2011

Sarung gigi a.k.a crown

Islam membenarkan kaedah “crowning” dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu’ tanpa berkumur-kumur masih sah. Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi...wallahua`lam..


Masuk tahun ni dah kali ke - 5 perkara tentang gigi nak kena fikir. Kalau tahun- tahun sudah kecut perut asyik fikir operation dekat gigi bongsu..rupanya sekali lagi nak kena fikir perkara yang sama jugak..tapi bukan lagi tentang operation, kena buat crown pulak sebabnya gigi yang ada masih dalam keadaan baik tetapi tetap tidak dapat menampung tampalan kekal.


Ini la yang dinamakan perkara yang penting jangan dilengah- lengahkan..huhu. Sepatutnya appointment seterusnya selepas tampal sementara hanya 3 minggu je. Tapi sekarang dah menjangkau ke sebulan!!


Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat".


Mudah- mudahan semuanya berjalan lancar..saya ni teramat la TAKUT bila nak jumpa dengan dentist. sebab tu la semua nyaaa sengaja nak lambat- lambat.