Monday, 22 February 2010

Kuasa Tarikan



Tak abis baca lagi. akan cuba untuk habiskan dalam minggu ni. InsyaAllah.

Pengisian yang lebih kepada motivasi.

Sape yang rasa selalu sangat buat kuasa tarikan sendiri, cuba la baca buku ni.




Satu lagi akan menjadi hobi baru cik dina. main sudoku. Padahal sebelum ni sikit pun tak pandang buku ni. Tapi sejak baru belajar dan rasa amat berbaloi- baloi untuk meningkatkan tahap kecekapan kira- kira serta mengisi masa lapang bila anda dah takde keje langsung nak buat atau tengah tunggu orang, baik ler buat si SUDOKU ni.

release



Ini ke yang dinamakan release?? ke dalam erti kata lain santai??




Menanam pokok ketika cuaca panas terik??? aihhh berpeluh2 den. Tanam pokok dah tak kira masa agaknya..

Friday, 19 February 2010

From Terengganu with LOVE

Cewahh..kemaing lagi tajuk. Syok bebenor cik dina bercuti. Walaupun cuti yang last minute punya plan, tapi seronok la sangat.


Cuti raya cina baru ni cik dina dan cik imah bersama pn maharani a.k.a makyan [mak imah] pegi bercuti kat terengganu. Plan asal nak ke Cameron Highland. Tapi atas sebab- sebab tertentu, kami telah menukar plan ke Terengganu. Tu pun ingat nak pegi jugak ke Pulau Perhentian. Kena cancel jugak sebab harga terlalu mahal dan kebetulan pihak resort bagitau diaorang tutup buat sementara waktu sebab ombak laut agak kuat.


Pagi Isnin 15 Februari tu kami bertolak. Cik imah datang amik cik dina kat umah. Kononnya nak bertolak jam 7 pagi. Biasala..kasi can kat driver tidor lebih..jadi jam 9 jugakler bertolak ke sana.





Bila dah sampai Marang, perut masing- masing dah mula rasa lapor. Alhamdulillah makyan ada bawak bekal makan tengahari kami hari tu. Kami makan tepi jalan kat bawah pokok kelapa. Seronok sebab angin sepoi- sepoi je. Seberang jalan tu pantai. Tenang je rasa.





Sampai kat hotel dalam pukul 4 petang. Sebab bila dah masuk je Terengganu dah rasa tak yah nak bawak laju- laju sangat. Boleh sambil- sambil tengok pantai. Aktiviti pertama petang tu cik dina dan cik imah mandi kat pool. Huhh mau tercungap- cungap. Tapi cik imah tu steady je pegi balik satu pool. Malam pulak kami dah janji nak keluar makan dengan pn oat dan husband. Kebetulan pn oat balik umah mak mertua, jadi kami lantik lah dia untuk jadi tourist guide malam tu.


Pn oat dan en husband bawak kami makan kat kedai yang nak menghala ke KUSZA. Jalan malam tu punya la sesak. Jem sana sini. Memang cik dina tarik diri la untuk ingat jalan kalau dah malam- malam pastu jem pulak. Mujur cik imah the fast furious hebat drive malam- malam.





Balik dari makan malam tu, en husband oat bawak tunjuk jalan yang kami boleh pegi untuk esok harinya. Sebab diaorang berdua dah nak balik kl esok nyer tu. Jadi kami kena cari tourist guide lain.


Esoknya kami punya aktiviti start jam 10.30 sebab mutawif yang kami import dari Kuala Berang kata tempat tak bukak pagi- pagi buta. Kami dibawa jalan- jalan di sekitar pantai di Batu Burok, pastu kami pegi lagi Masjid Terapung walaupun dah penah pegi sebab kata en mutawif kita kena la muliakan masjid..pastu terus ke Taman Tamadun Islam. Kami tak masuk pun dekat replika- replika masjid tu sebab panas sangat waktu tu. Lain kali la pulak ye.





Tempat makan yang en mutawif bawak pun bukan main lagi la sedapnyer..Nasi Dagang kat kampung ladang..masyaALLAH..sedap betul. Pastu makan rojak keling. Rojak ni bukan dibuat oleh orang India, tapi nama tu dipanggil macam tu sebab kebanyakan rojak dibuat oleh kaum India. Yang lain tu macam biasa la..makan makanan tradisional Terengganu..sedap- sedap belaka. cik dina sampai tak ingat dah diet. Mau berkilo- kilo naik ni.





Kami terus ke Pasar Payang. Tapi banyak barang yang tak dapat dicari dengan puas. cewahhh..makyan pun mengambil keputusan untuk tambah lagi cuti kami. Jadinya 4 hari 3 malam kami di Terengganu. Ohhhh berbunga rasa hati ni. Dapat la esok nyer membelek- belek lagi barang yang nak kami beli.


Hari last tu, pagi- pagi lagi kami pegi serbu kat Noor Arfa Batik. Kat situ je pun dah sekerat duit abis. Belum lagi kain batik kat Pasar Payang. Memang penat la mata nak memilih kain. Abis je aktiviti membeli belah, balik hotel terus tido. Ponat den.




nota hujung : sungguh tidak reti menulis. ntah ape- ape je rasa. Apa- apa pon selamat membaca!

Saturday, 13 February 2010

cuti- cuti raya cina

Cuti raya cina datang lagi. Meriah nyer macam orang melayu cuti hari raya. 1 Malaysia. Jadi sama- sama sambut cuti. Yang dah lama tak balik kampung halaman, masa ni la peluang nak balik jumpa mak bapak sanak saudara. Yang tak nak balik kampung, masa ni la jugak nak pergi bercuti. Macam tuan blog ni jugak la. Takde plan pun nak bercuti raya cina ni. Kan dah ada tempat penenang pikiran. Tapi sekali sekala kena jugak lah ke tempat yang lebih tenang.



Lepas balik bercuti baru boleh cerita panjang. Sebab sibuk duk mencari tempat shopping dan makan yang best. Last minute punya plan cuti. Babai. Assalamualaikum.

Wednesday, 10 February 2010

moment



L.O.V.E this moment..best kan bila nak pegi jalan- jalan. Trip GBS untuk awal tahun ini adalah ke DISNEYLAND, HONG KONG. cik dina??? oohhh..'saya' lagi rasa macam- macam.

Tuesday, 9 February 2010

kerja



Bukan saje nak tunjuk menunjuk ye.
Cik dina kena kejar tarikh- tarikh tu sebelum 'boss' mengejar cik dina sehingga dia tak terlarat nak kejar lagi..hihihi.

Cuti raya cina dah nak dekat. Cik dina cuti seminggu. yeehaaaa!! Plan bercuti belum lagi buat. Ntah la..tak tau nak pegi mana. Yang pastinya 'saya' tetap akan ke tempat penenang pikiran.