Wednesday 25 November 2009

Masuk Belajar Jawi

Dalam sebuah kelas di sebuah sekolah rendah pada hari akhir persekolahan...

Amin : Cuti sekolah ni kau tak pergi mana ke?

Fazli : Tak ke mana kut, emah aku tak ada pun cakap nak pergi mana- mana. Kau ada program ke?

Amin : Aku kena balik kampung.

Fazli : Seronok tu, boleh buat macam- macam aktiviti, mandi sungai ke, lastik burung ke, paling tidak pun boleh kayuh basikal keliling kampung. Bila kau nak balik kampung tu?

Amin : Lusa! Seronok kau kata?! Aku yang menanggung ni rasa tak senang duduk dah. Aku takutlah!

Fazli : Balik kampung pun kau takut??

Amin : Maunya tak takut, aku masuk jawilah! Tapi jangan cerita kat orang tau, malulah! Lepas tu mak aku balik sini. Aku tinggal sana, itu yang lagi boring tu. Kau tak masuk jawi ke?

Fazli : Tak! Aku dah pandai dah, sebab ak belajar sekolah agama petang, tak perlu dah.

Amin : Tak boleh macam tu, walaupun kau dah masuk sekolah agama, kau kena masuk jawi juga, kalau tak nanti, sembahyang tak sah! Akupun masuk juga sekolah agama, ambik juga UPSRA tapi kena jugak masuk jawi.

Fazli : Aku pandai dah tulisan jawi, tak perlulah belajar masuk kelas jawi lagi masa cuti ni. Rugilah cuti kalau kena belajar pulak, otak kena rehat jugak! Kau memang tak pandai jawi ke, sampai kena masuk kelas tambahan masa cuti?

Amin : Aku bukan masuk kelas belajar jawi, tapi masuk jawi. Masuk jawi faham tak?! Apalah kau ni, orang cakap lain, kau faham lain.

Fazli : Bukan masuk kelas belajar jawi ke? Habis tu kau buat apa kat kampung??

Amin : Masuk jawi le! Bersunat, berkhatan!

Fazli : oo berkhatan ke? cakap la dari tadi. Ni kau kata masuk jawi. Aku ingat kau masuk kelas belajar tulisan jawi masa cuti sekolah nanti.


nota hujung : kalau nak cakap, biar terang dan jelas. Kalau tak, orang boleh salah faham sebab sesetengah ayat mendatangkan beberapa makna..

No comments: