Tuesday 28 December 2010

kerana DIA yang bernama HATI

Hati sape tak sedih..

Hati mana tak remuk..

Hati ni lah yang pecah berderai..

Hati yang ini jugak lah yang punah..





tengok....mana tak berderau darah..Sape punya kerja???
Hmmmm..anggap lah kaffarah dari dosa- dosa..
Dah tak boleh nak buat apa lah. Tunggu dan lihat. Sejauh mana dia nak bergerak.

Saturday 25 December 2010

eat :: pray :: love

Alhamdulillah..baru malam ni berkesempatan nak update blog. Tajuk?? huhuhu..biar lah tak penah tengok cerita tu ataupun nak membaca buku tu..pinjam untuk kegunaan seangkatan dengannya..

Minggu terakhir cuti sekolah lebih kuat kuasa adrenalin bergerak. zusshh zuusshh..pantas naik turun. Tapi tang lain tetap tak turun- turun.haha..

Kronologi adrenalin cik dina :

11 Disember 2010
Berehat- rehat di rumah sambil membaca surat kabar. Rasa fikiran pun tak serabut mana dah sebab segala list kerja- kerja yang kena siapkan masa cuti sekolah ni 80% berjaya disudahkan..so, berenang- renang ketepian lah!

Tajuk best dalam sehari dua tu ialah isu beban kerja cikgu. Kerajaan nak tambah pembantu guru dalam kelas yang murid 40 orang dan kerja- kerja perkeranian. Memang baguussss sangat.

Isu kedua tentang pertukaran cikgu- cikgu yang mana ada sesetengah cikgu ni yang diarahkan bertukar tak nak pulak tukar..huhu..dalam hati tetap jugak bercakap..''kat sekolah pun ada jugak cikgu yang tak nak lapor diri...''


12 Disember 2010
Masih lagi berehat- rehat kat umah..sambil nak on facebook..dan tiba- tiba mesej masuk..: ''TAHNIAH, ANDA DAPAT BERTUKAR KE SK BANDAR *******''
haaaaaaa????? ini sudah main- main. Adrenalin baru nak merembes ke kepala. Terkejut. Berdebar. Tak tau apa perasaan masa tu.

Terus ke sekolah untuk dapatkan pengesahan. Surat baru sampai ke sekolah hari tu. Dah petang sangat nak pergi lapor diri. Yang ada cuma ungkapan ALHAMDULILLAH....



Alhamdulillah..dengan ini, cik dina ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga sekolah lama yang banyak memberi tunjuk ajar, bekerjasama, bantu membantu, bergurau senda, berjalan2, bermakan2 dan semuanya lah..





...dan kepada warga kerja baru..kita jumpa nanti..hehe


Alhamdulillah..dalam masa seminggu jugak cik dina ke sekolah hari- hari siapkan semua kerja- kerja yang perlu diserahkan kepada cikgu yang bakal mengambil alih tugas saya..hehe..nota serah tugas selamat diletakkan atas meja guru besar selepas semua barang siap di packing..mau tak adrenalin tunggang terbalik!



barang- barang masuk dalam kotak aje. jenuh nak mengemas



'4 beradik' yang bersedia nak dibawa ke tempat lain


Seminggu je lagi nak mula sekolah. Dan dalam masa seminggu ni jugak lah semua mesyuarat kena attend. Jadi, no more korean drama or movie on midnight ok! huhu..7.15 punch card. kalau tak MERAHHH kad anda.


Renung- renung kan dan selamat bekerja............~

Wednesday 8 December 2010

jangka hayat yang terlalu pendek




Jatuh bangun tergolek...rosak. repair LCD. elok balik. Masa tu jangka hayat baru lahir 3 bulan. Dan kembali tenat bila si scanner kat airport teropong lebih- lebih kut..dia malu..dan tuannya tak boleh nak buat CPR langsung kat dia..kesiann tuan dia. huhu.
*
*
*
*
*
*
nak jugak cari pasangan baru..sebab hidup sekarang kalau takde benda ni macam tak sempurna..kata budak sekolah.



saya bukan businesswoman..tapi budak sekolah nak lawan game dengan saya..jadi terpaksa jugak..













*terima kasih mr.google untuk gambar tu. saya malas amik gambar sendiri punya*

kampung saya di Malaysia..

I`m back!! Sudah 3 hari ada kat umah semula..balik- balik je terus pikir keje yang mana belum siap. sadisss sungguh rasa..takpe, kena redha. Niat lillahi Ta`ala..Amanah ALLAH ni.

Tengah- tengah sadiss pon sempat jugak check balik cerita feveret yang tertinggal 2 hari tu..ohh mujur ada ulangan pagi Isnin tu. Dapat tengok yang last version punya pun takpe..jadi yang tertinggal sehari tu pandai- pandaila reka cerita sendiri bagi sempurna..macam susun puzzle tu.


.......cintaku tertinggal di Malaysia.....