Thursday 14 October 2010

realiti DAN fantasi

Hebat sungguh penangan dunia fantasi ni..Keje menimbun plus setambun yang kena siapkan..tapi dek kerana alam fantasi mendahului alam realiti..buat- buat tak nampak je segala kerja- kerja tu.

Kerja juga bukan atas tiket kerja- kerja atas sebab tugasan kita sebagai pekerja..tapi kerja atau tugas kita dengan ALLAH..sempurna?? lengkap??

Bagaimana pula dengan orang sekeliling kita?? orang yang paling rapat dengan kita?? mungkin akan rasa kesunyian kerana masa yang ada cuma dihabiskan dengan melayan dunia fantasi..rela bersengkang mata demi melayari satu kehidupan yang belum pasti dapat dihayati sepenuhnya...wallahu`alam...


~renung- renungkan dan selamat beramal.........~








nota ujung : tazkirah hari khamis. kerja saya hampir siap..anda?? :D

Monday 11 October 2010

selesai

Habis juga Sukan Tahunan sekolah. Paling lambat dari semua sekolah. huhuhu..alkisahnya sebab padang sekolah tak boleh digunakan awal tahun ni kerana kerja- kerja membina bangunan sekolah yang baru. yeay! [sekolah sebelah ye..sekolah saya tetap rupa macam tu jugak..]


Thanks to kak ani, sebab datang menjenguk kami..tak dapat nak berbual panjang..masing- masing sibuk dengan tugas di padang..si kecik wafiq pun takde mood..cian dia ye..



siannya dia..wafiq demam ye..





selamat bercuti sehari.......~

Wednesday 6 October 2010

SAVE the SOUL




Terima kasih buat sahabat, teman, kawan, friend, sohabati...AZIMAH AZHARUL ABIDIN..sebab telah bertungkus lumus bersama teman tapi mesra nya untuk dapatkan saya tiket ini. hehehe..




nota ujung : imah, special kan ucapan ni. hahaha.

Monday 4 October 2010

kaki VS padang

kurus??? gemuk??? makan banyak??? tak lalu makan???
macam- macam lah soalan. saya masih macam dulu. sama macam cikgu- cikgu yang lain. sibuk ke sana ke mari. biarpun kepala ligat berfikir..penat memikir..apa yang perlu diselesaikan tetap kena laksanakan.

Dua minggu ni kaki ni bukan saje banyak berjalan..kena jugak berlari. berlari- lari anak. berlari- lari laju [ehh..yang tu belum lagi] tunggu masa la kut. kaki dan padang bagaikan tak boleh nak dipisahkan. Takpe. Habis je tempoh, rupa padang pun mungkin tak kenal. hehe.