Lama rasanya tak menulis. Mood menulis hilang tiba- tiba. Rasa takde idea langsung. Banyak cerita yang nak diceritakan. Tapi macam disekat- sekat. cewahhhh. BETUL..hilang sungguh semangat berblog macam teman- teman lain.
Walaumacam mana pun (eh, tetiba rasa macam betul ke tak ejaan tu???) hmmm ni lah bila duk menaip tengah malam dengan tidak sikit pun meng'konsentrate'kan penulisan sendiri. Dah jadi macam budak kecik baru belajar menulis.
Baru- baru ni cik dina pegi bercuti lagi. Tak lama. Cuma 3 hari 2 malam. kami pegi PENANG aje [ganti nama KAMI untuk cik dina dan kawan-kawan dalam en3 sebelum ni]. Cuti hujung tahun kebiasaannya dalam Malaysia je. Promosi Malaysia!
Kami bertolak awal pagi..hmmm taklah awal sangat. sebab janji MELAYU kan. hehehe. Pukul 8pagi bertolak dah jadi pukul 9.30pagi bertolak. Tak kisah lah. Dah selamat pun pegi dan balik. Perjalanan??? uhhhh sangat merimaskan bila kaki terpaksa mengimbangkan pedal clutch dan brek. JEM. terpaksa jalan macam siput naik bukit turun bukit. baru terasa betapa bagusnya guna keta AUTOMATIK. [bape kali sedar dah...]
tengok laa..berderet2 keta nak pegi bercuti.
Kami sampai penang pukul 3.30petang. huishh lama. Padahal boleh sampai kejap je. Jem punya pasal. Macam cik dina balik perlis dah jadinya.
tido ditengah2 town. senang nak bergerak.
Tempat makan yang dituju..takdak yang lain dahhh..
sepinggan 26hengget. mahai sungguh
refer map jugak sebab tak tau mana nak tuju
pegi melawat rumah p.ramlee sebab tunggu masa lama sangat nak dapat naik bukit bendera
taraaaaaaaa...ni la umah p.ramlee
akhirnya..dapat jugak naik tren gi atas bukit nun walaupun bersesak2.huhuhu
jalan kaki aje dari hotel nak pegi ke Pasar Chowrasta..tempat jual jeruk- jeruk tu..
Makan lagi @ chilis malam last kat penang
Nak naik jugak feri! mujur sampai2 feri baru sampai. takdelah lama duk tercungit keta
cik dina n cik emy
T.A.M.A.T.
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.."
Thursday, 24 December 2009
Sunday, 13 December 2009
Friday, 11 December 2009
decaf..
azam minggu ni selang dua hari baru minum..
azam minggu depan selang tiga hari..oppss takleh. minggu depan dah masuk tahun baru Islam..azam mesti lebih bagus!
minum, perut angin...tak minum, sakit kepala..hmmm..diluah mati emak..ditelan mati bapak..
mungkin cuba minum nescafe decaf pulak untuk tidak meng'kafien'kan diri.
Wednesday, 9 December 2009
"pengumuman...pengumuman.."
1.
:: shila ::
2.
:: taty ::
3.
:: jart ::
4.
:: eyna ::
5.
:: emy ::
6.
:: mel ::
7.
:: oat ::
8.
:: imah ::
Siapa mereka- mereka ini di hati saya?? oohhh ini lah teman sehati sejiwa..hehe. suka duka bersama. dari zaman busuk- busuk, comot- comot, sampai dah jadi cantik dan pandai bergaya..[cik taty dengan gaya bulu mata BIRD]..
Semua nya ada cerita disebalik tembok simen asrama puteri..setiap dorm yang berbeza- beza yang telah menghunikan berbagai- bagai jenis karektor si penghuninya. dari yang malas bangun tido, sampai lah yang terlalu rajin untuk turun ke bilik study [ sampai rasa nak tido je kat bawah tuu..]
Zaman remaja yang tak boleh dilupakan..gambar je takde. Maklumlah, nak beli camera sendiri pun duit tak cukup. Yang ada tu pun mintak kawan- kawan tolong cucikan. Guna filem lagi..
Paling best bila teringat masa bulan Ramadhan. Masa untuk balik ke hostel dilanjutkan sampai ke pukul 10 malam. Tak seperti bulan- bulan lain yang mana masa yang ditetapkan ialah pada jam 6 petang. Tapi 'saya' ni tak pernah sampai ke hostel jam 10 malam..kononnya nak bersolat terawih jemaah di surau hostel. Biasalah, bila dah sampai ke bilik, jumpa kawan satu kepala. Takde jadi nya solat jemaah tu..borak berjemaah ada lah!
Warden kami masa tu..
Pn Jarina
Pn Sharizah
Ustazah Mariam
Antara tiga- tiga orang ni..dengan mek yam je yang selalu kami kena.[eh, ke kami yang selalu kenakan selipar dia??]
Pasal tak pegi solat terawih..kena jenguk dengan mek yam jugaklah! Punya la takut..sampai menyorok bawah katil. Kami ingat dia tak nampak. Hahaha..Jangan haraplah nak lepas!
Ya Allah..muliakan lah guru- guru kami ini..balaslah jasa mereka dengan syurgaMu..amin.

setiap pekerjaan adalah ibadah
Oh..masih tidak mampu untuk menulis panjang lebar lagi
Masa tidak mengizinkan lagi cik dina untuk duduk berteleku sambil menyusun setiap bait kata- kata bagi menceritakan setiap perihal semasa..
Terasa cuti kali ini amat pendek. pendek sekali. tidak seperti biasa.
Apakah pengisian yang dah dibuat sepanjang cuti ni??
Ya Allah..permudahkan lah segala urusan hambaMu ini.

Saturday, 5 December 2009
kepala
Takde idea nak menulis..walaupun cuti yang panjang..aktiviti belum sekencang hari- hari sebelum cuti..masih menunggu saat, waktu dan masa yang ditetapkan..
Oohh kenapa ada gambar budak kecik ni?? budak ini telah menggigit kepala tuannya setelah dia geram menerima arahan itu dan ini..jadi hasilnya baik lah dia gigit saja kepala tuannya..[ 'saya' yang tengah sakit kepala minta si kecik ni buat massage kat kepala..alih- alih di gigitnya pulak kepala...huurrmmmm!!!]
nota hujung : belum cukup bahan nak menulis la..:) sibuk nak naikkan markah katt farmville. chayok!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)