Thursday, 30 April 2009

Macam- macam

Macam- macam Aznil??? tak lah, macam- macam yang cik dina nak update dalam blog sebenar nyer..dari hari pegi kursus kt pangkor..(excited nak cite sbb duk kt resort yg k.aini inteam duduk jgk tu..hehe)sampai sport`s day kat sekolah..tapi takleh nak update sebab usb tepon takleh nak connect pulak dengan my lappy..takde gambar macam tak best nak cite..hehehe..alasaannnn..

Friday, 17 April 2009

Larian Beramai- ramai

Bila cerita bab berlari..mesti cik dina tak boleh lupa bab kena kejar dengan orang gila masa pagi- pagi nak pegi sekolah. Masa tu sekolah menengah..duk hostel..eksyen, tak nak breakfast kat dewan makan pagi tu..sebab dah ada geng yang ajak nak makan nasi lemak sayur kangkung belakang sekolah..( ni korang punya pasal la..'aku' jugak yang jadi mangsa )

Dah nak sampai sekolah..( adala dalam 50 meter )..terdengar bunyi semacam..sape boleh buat, try lah! " heeee..heeee..heee.." menakutkan pun ada..tak tengok depan lagi.pakai jalan je masing- masing..tengok- tengok orang gila dah kat depan mata sambil mengibas- ngibas tangan dia..

Apalagi..semua dah jadi tunggang terbalik! lari macam nampak hantu terjun kt rumah kosong tepi jalan..tak sedar yang kawasan rumah tu penuh dengan kaca, kayu, paku.
Nape laa 'saya' jugak yang duk belakang sekali..Jalan punya jalan macam dalam cerita pink panther tu..
...." aii kenapa kayu ni ikut kaki aku..?"
....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...terpijak pakuu....
Ambik kau..nak makan nasi lemak kangkung sanggaattt..pegi hospital..apa lagi..nak meraung pun dah tak larat.punya la sakit kena cuci..

Moral of the story..tak yah la takut bila terjumpa orang gila..eh, boleh ke??

Sebenarnya nak cerita pasal merentas desa pagi tadi..adoiii sungguh meletihkan 'saya' walaupun berjalan dekat je..hehehe
* gambar akan diupload semula..lambat sangat nak tunggu

Tuesday, 14 April 2009

SERUAN HATIKU

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu...

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku..usia kita
Usia ku seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercita
Sebenar- benar cinta
Hatiku disini
Keindahan milikmu jadi bersatu...

Hatiku memanggil...
Harapkan engkau sentiasa setia
Hanya dirimu, selepas bertahun
Lihatlah sayang
Kita berjumpa disini dan bersama
Air mataku mengalir keranamu

Engkaulah kekasih..
Diriku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku...
Kerana matamu
Aku serahkan segalanya...
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya

Katakanlah padaku...
Diri ini.. sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

Wahai Maha Pengasih
Andai diriku jatuh cinta
Berikanlah hatiku
Pada seseorang yang melabuhkan cintaNya padaMu

Wahai Maha Penyayang
Andai aku rindu,
Rindukanlah aku pada
Seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Hatiku milikmu Ya RABBI!

Monday, 6 April 2009

B.U.S.Y..

kenapa cik dina tak meng'update' kan blog nyer :

1. busy a.k.a sibuk sangat

2. takde idea nak menulis

3. kemalasan yang telah melanda jiwa dan raga

oleh yang demikian..kita baca je lah cerita- cerita orang lain dari menulis cerita sendiri


minumlah susu coklat jika anda tidak suka kaler putih


kalau sekadar makan benda ni je, baik puasa


busy ke macam ni???


senyum sikit lepas berlari-lari kecemasan