Monday, 31 August 2009

Iftar : Taiping - Perlis

Rasa- rasa cik dina lah, dah bertahun- tahun (lepas sekolah menengah kott..) tak balik kampung untuk berbuka puasa pada awal- awal Ramadhan. Selalunya akan tempuh juga berbuka puasa dengan tok wan, tapi pada akhir Ramadhan..ye la kan..nak dekat raya dah. Masa tu la nak balik kampung.

Kali ni cik dina berpeluang berbuka puasa di kampung halaman tercinta pada awal Ramadhan..(cewahh). Lagipun kebetulan pulak sekali dengan cuti sekolah. 'saya' yang tak pernah balik bersendirian ni balik juga ke kampung. Balik kampung kali ni kena transit dulu kat Taiping..ada keje sikit. Boleh je sampai kat Taiping tiba- tiba teringin nak berbuka dengan KFC.adoilaaa..kalah budak- budak.


berhenti lah rehat kalau anda terasa letih



Thanks to cik emy sebab introduce kan hotel ni. Orang Taiping la katakan..Harga pun berpatutan dan yang best sebab bersebalahan dengan masjid. So good environment. Tenang dan nyaman..hehe.



masjid taiping


bandar Taiping yang senyap aje. Jem pun takde.

From Taiping to Perlis.........................



Sampai aje, terus ke bazar ramadhan kangar. uisshh kat umah tok pun ada bazar..tapi kat sini lagi besaq. Lagi juling biji mata. Segala jenis makanan dijual dengan harga murah..(nak banding dengan kl la kan..). Sebab tu cik kancum a.k.a imah suka balik ke kampung cik dina. Suka sebab boleh makan banyak dengan harga yang murah..tapi takleh selalu ye..KOLESTROL!!



Jenguk- jenguk aje..menghabiskan waktu pagi dan petang sebelum berbuka puasa. Sepanjang hari hujan di kampung. Bab berjalan perkara wajib. Alhamdulillah..hujan turun. Tak sekali dengan angin ribut..'saya' ni memang penakut angin kuat- kuat ni.


sawadikarrpp!! kap kun karp caii..(hentam je..)sila lah belajar dengan sepupu ye!




nota hujung : AISYA ZARA..
congrat`s to my cousin bibi intan suraya n husband, faiz with their
new born little princess. sorry la cik aya..pi umah baby n mom takde.
baby still 'kuning'lagi masa tu. raya nanti kami pi tengok lagi na..

Wednesday, 26 August 2009

sempat tak ni??




Alhamdulillah..habis jugak satu juzuk hari ni. Masih berbaki 25 juzuk. sempat ke tak khatamkan Quran.(target yang ditambah mesti kena pada sasaran ye cik dina!) Pagi yang dingin sangat di sini..tambah lagi pulak dengan aircond bilik yang dah sampai habis nombor nya cik dina tekan masih lagi menyucuk dalam badan. (kalau cik emy ada ni mesti dia marah..dinaaa, panas lah! sejukkan balik) hehe. ragam kawan- kawan ni kadang- kadang amat menggelikan hati. i miss all my friends so much!

Tahun ni, Majlis Khatam Quran akan dilaksanakan oleh setiap cikgu. Tahun- tahun sebelum ni, murid- murid yang khatamkan untuk majlis tu selepas tadarus bersama- sama. Disebabkan sesi persekolahan yang suntuk, hanya ada 3 minggu je..jadi cikgu- cikgu yang akan mengkhatamkannya. Takut tak sempat kalau bagi murid- murid ni baca..Tak semua yang dah boleh baca Quran. Jadi, 'saya' yang dah pening kepala menyusun surah untuk setiap kumpulan perlu memastikan semua warga sekolah dan diri sendiri ni sempat mengkhatamkan 30 juzuk..Ya Allah, kau permudahkan lah urusan ku..ameen.



nota hujung : baca Quran jangan ingat nak cepat abis je..

out!

Berada kat luar maka bertambah la penilaian tahap kesabaran. Bukan exam PTK ye! Tambah- tambah lagi dalam bulan puasa ni. Sepanjang jalan ada je kedai makan yang sebelum ni tak pernah pun teringin..pandang sebelah mata aje. Uisshh sabar..

Cuti hanya tinggal berapa hari je lagi..jadi kena lah gunakan cuti tu dengan sebaik- baiknya. Cuti- cuti versi puasa. Hmmm best la jugak. Jimat duit untuk makan pagi dan tengahari.hihihi.

Monday, 24 August 2009

Bebanan TUGAS

Tanggungjawab hakiki guru adalah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)dengan sempurna, bagaimanapun perkhidmatan mereka dikatakan terjejas kerana sebahagian masa digunakan untuk menyelesaikan tugas perkeranian.

Isu guru sarat dengan beban sampingan bukan perkara baru kerana ia pernah dibangkit dan dibincangkan sebelum ini, malah turut dikatakan sebagai antara faktor menyebabkan guru mengalami STRESS.

Berikutan itu, pelbagai cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah itu, antaranya meminta kementerian mewujudkan jawatan pembantu guru, antara lain bertanggungjawab membantu guru di bilik darjah.

Sekarang, jika ditanya atau mempersoal mutu P&P, pelbagai alasan guru berikan antaranya faktor masa yang tidak mencukupi kerana sebahagian masa dihabiskan membuat tugas perkeranian.

Proses ini memakan masa yang lama sehingga ada guru terpaksa menyelesaikan hingga larut malam dan mengorbankan hari minggu untuk menghasilkannya selain menjalankan tugas rutin.

Oleh yang demikian, haruskan pihak atasan perlu melantik pembantu guru untuk menyelesaikan kerja perkeranian yang turut ditanggung para guru??
(tepuk dada..tanya diri sendiri penat tak buat keje macam ni)

Saturday, 22 August 2009

Iklan



http://butikcrocs.blogspot.com. iklan + promotion dengan harga yang berpatutan. Hubungi pn.azur (takpe, cik dina bagi can guna nama sedap dalam ni) di talian yang tertera dalam blog tersebut. Tak rugi beli kasut ni, sakit kaki pun hilang!

Cergas sepanjang Ramadhan

Adat berpuasa, tubuh yang aktif dan cergas sebelum ini bertukar lesu kerana menahan lapar dan dahaga. Jika sebelum ini cukup masa, perut diisi senario sepanjang bulan ini tentunya berbeza. Tiada rutin makan pagi, tengah hari dan petang. Melepasi waktu sahur, sekurang- kurangnya 13 jam perut tidak menjamah makanan hinggalah tiba waktu berbuka.

Pada bulan puasa, diet pemakanan berubah ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada waktu awal pagi dan malam, manakala selebihnya perut dibiar kosong. Perubahan ini tentunya berbeza bagi setiap orang. Ada yang terganggu emosi, letih dan kurang bertenaga. Antara punca keadaan ini mungkin kandungan gula yang rendah atau tekanan darah rendah ketika berpuasa.

Dalam tempoh berlapar ini, tenaga masih diperlukan untuk melakukan aktiviti harian. Andai minda dan fizikal tidak cergas, masalah kelesuan pasti mengganggu kehidupan.

Menurut kata pakar Perunding Kecergasan, amat penting kita mengetahui kandungan makanan. Ini bagi memastikan tubuh kekal bertenaga biarpun pada realitinya minda menahan lapar. Beliau berkata, menu bersahur tidak terhad kepada nasi semata- mata. Sebaliknya, seseorang itu masih boleh mempelbagaikan makanan seperti roti, manisan dan buah- buahan.

Selain makanan, minuman memainkan peranan penting kerana tubuh badan masih memerlukan air lebih dari tiga liter sehari untuk kekal sihat. Aktiviti bersenam juga digalakkan sepanjang bulan puasa. Bagi beliau, puasa bukan alasan tidak bersukan kerana amalan ini mampu mengekalkan kecergasan badan serta menjamin minda cerdas.

PETUA KESIHATAN RAMADHAN :

ELAK :
Makanan berlemak dan bergoreng.
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula.
Makan terlampau banyak terutama pada waktu sahur.


DIHARUSKAN :

Karbohidrat kompleks ketika bersahur kerana ia ada dalam perut lebih lama dan tidak cepat lapar.
Pisang ialah sumber yang bagus untuk kalium, magnesium dan karbohidrat.


MINUM :

Sebanyak mungkin air atau jus antara berbuka puasa dan tidur supaya badan dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.
~Tanya Pakar, Berita Harian.


nota hujung : ~Renung- renungkan dan Selamat Beramal..~

Thursday, 20 August 2009

Preparation..

Persediaan menjelang Ramadhan..orang lain sibuk membeli keperluan hari raya nanti, tapi cik dina dan teman se'kuncum' nya sibuk buat persediaan lain.hehe..Kami bertiga keluar makan lagi.yang sorang amik 'half day' keje, sorang lagi mc.bagus la sangat..'saya'la tu yang rajin pegi keje. adoilaaa..bila la cik dina ni nak berdisiplin?? sungguh tak bagus untuk kesihatan lebih- lebih lagi cik kancum a.k.a pn azimah masih lagi dalam rawatan.


makan untuk hidup @ hidup untuk makan


sorang dengan baju seragam, sorang lagi sempat balik umah tukar baju.

lokasi makan tengahari di 1Utama memang pilihan yang tepat. Dapatla cik dina dan cik kancum mencuba beberapa barang yang bakal menjadi hasil pengeluaran tunai bulan ni. cik kasturr..jangan lupa ye 'order' barang 'saya' tu..

........................................................



weiii..bukan 'saya' ye yang nak membesar dengan kuat..dah cukup besau dah ni. Semalam, di sekolah..encik Horlick bersama rakan- rakannya telah menyerang sekolah cik dina. Sesi peperangan kali ni takde sorang pun warga sekolah yang gagal. Semua berjaya disebabkan setiap sorang dapat minum HORLICKS!
(thanks en.horlicks bagi cikgu- cikgu minum horlicks dalam bekas BESAU)



nota hujung : dikesempatan ini, cik dina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan..moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan bersama- samalah kita berusaha mendapatkan 'bonus' yang paling berharga ini.