Friday, 16 October 2009

tahniah!

Ohhh sebelum tu..cik dina nak mintak maaf la banyak- banyak to kak ani, cikgu amad, siti..hmmm semua la cikgu cikgi kat sekolah tu. sebab 'saya' yang sorang ni telah bercuti lebih awal dari anda semua...MAAFKAN SAYA..MAAFKAN SAYA..MAAFKAN SAYA (sila nyanyi ikut nada p.ramlee)


cik dina terpaksa men'cuti'kan diri hari ni dari pegi bekerja..(saya kan memang workaholic..ngeh ngeh ngeh..) sebab nak attend konvo adik..majlis dia ni berlangsung pada sesi pagi..cik dina pun kena la apply cuti awal- awal lagi. lagipun cik dina sorang je yang dapat 'enterframe' konvo dia yang kali ni..orang lain kena kerja..



tahniah en jebat! errr..syafiq.



nadia juga..(adik ipor..)



mak dan abah juga...(bagi pendidikan untuk kami semua...)



ini dah bukan majlis konvo..macam jadi majlis bertemu besan!!



nota hujung : sungguh meletihkan bila kena jadi 'camerawoman' di bukit- bukit yang tinggi..nasib la kan..tokey blog takde gambo sendiri arini.

Thursday, 15 October 2009

sakit

Abis sekolah tadi, cepat- cepat balik. cik kancum a.k.a imah hantar sms pagi tu..." my dear friend, free tak this evening?? teman aku pegi hospital?? sian aku..." cik kancum ada checkup seterusnya lagi arini kat PPUM.


Macam biasa..yang sorang bergegas balik rumah, tukar baju. solat kat hospital je nanti..cik dina bermonolog sendiri. sorang lagi amik 'half day' dan seperti biasa umah cik dina jadi tempat persinggahan untuk sesi mem'parking' kereta. cik kancum??? ohhh..lambat lagi! Jumpa doktor jam 2 petang..sekarang dah 1.52 petang..(macam tak biasa janji melayu..)


Sampai di hospital..tempat biasa kami tuju. cik kancum amik nombor giliran sementara cik dina dan cik kastur pegi solat. abis solat, kiosk yang jual waffle kami tuju..buat lapik perut la kononnya (tapi memang lapar sangaattt)..sumbat waffle dalam handbag sebab takut kena tahan dengan pak guard yang jaga kat bawah.(ada pulak pak guard kali ni..dulu takde pun)


Tingg!! sampai level 2..masuk je tempat menunggu..yang kelihatan cuma warga tua..(memang tempat sakit orang tua- tua je..) cuma kami bertiga je muda..ngeh ngeh ngeh..sementara nombor cik kancum belum berkelip..cari tempat duduk yang mudah untuk kami makan waffle yang duk terperap dalam handbag. Last- last duduk juga tepi kaunter..terpaksa la makan cover- cover..bau harum peanut sampai uncle cina depan cik kastur tak sudah- sudah asyik tengok kami bertiga..(sorry la ye uncle, kami lapar sangat..)


Result??? hmmmm..sila datang lagi untuk ambil darah dan kita buat minor operation..tebuk lubang sikit untuk dapatkan tisu pada hati tu ye...kami yang mendengar antara menyokong dan tidak. Sabar ye cik kancum..InsyaAllah..kami doakan kamu cepat sembuh..aminnn.



aktiviti menunggu orang sakit



sila beri perhatian pada nombor giliran anda!



kami juga tak beri waffle pada kakak kaunter tu sebab dia tengah main freeding frenzy time keje..hohoho



ubat sakit tu ialah makan..mari kita makan!



patut orang sakit belanja orang tak sakit ke atau macam mana ekkk???


nota hujung : hmm cuti 3 hari untuk kaum hindu beraya..kita ni pun tumpang laluan sama la ye! selamat bercuti..

Tuesday, 13 October 2009

Ayat Al-Quran, Doa mampu hindari sihir

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk- makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al- Falaq : 1- 5)

Apabila kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut denan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu mereka bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir.

Apa itu sihir? Sihir itu ialah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsun dengannya.

Sihir ini mempunyai hakikat diantaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isteri atau memisahkan suami isteri atau membuat satu pihak membenci atau saling mencinta.

Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir, jangan pula turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Amalkan petua- petua yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw antaranya :

1- Membaca ayat KURSI, iaitu surah al- Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

2- Membaca surah al- Ikhlas, al- Falaq dan an- Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca tiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah Maghrib.

3- Membaca dua ayat terakhir dari surah al- Baqarah iaitu ayat 285- 286 pada permulaan malam.

4- Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaannya"





nota hujung : ~ Renung- renungkan....dan Selamat Beramal..~

Monday, 12 October 2009

c.a.m.p.i.n.g.

Penat.Letih.Mengantuk.bengkak kaki.sakit kepala..apa lagi ek??? semua nya ada laa..penyakit- penyakit yang segala macam ni memang biasa kalau pegi camping. Dulu zaman belajor ye la jugak kan sebab semua aktiviti kena buat..tapi ni cikgu- cikgu dah jadi 'mando' pun tetap sakit- sakit.adoilaaa..bila 'saya' boleh cuti nii...??

cik dina nak tepek gambar je sepanjang camping ni. tak larat nak tulis dah la..kepala sudah berat maaa..mau jatuh je rasa..sila lah tengok ye..

Tempat : Impian Resort, Hulu Langat
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat tido : chalet ( cikgu je ye..tu pun letih lagi....)
Makan : masakan ala Jawa (sesi berjaga malam makan BBQ bagi yang makan sambil pejam mata)


sebelum bertolak..cikgu mahadi bagi briefing



sila buat pendaftaran disini!



murid tengah buat 'ice breaking' cikgu makan ice-cream :D



"mai cikgu siti nak ajaq main alat muzik tepi sungai..ngeh ngeh"



daripada masuk untuk rempuh halangan baik berdiri amik gambar je..



ikhtiar hidup untuk makan telur rebus



nota hujung : sambung episod lain pulak..blood pressure turun lagi.

Friday, 9 October 2009

Isi perut

Sebelum kerja- kerja berat bermula esok..kami- kami ini pegi isi perut dulu..hohoho..padahalnya esok baru nak mula buat kerja. Makan tetap makan..dah buat keje penat- penat kan..


ibu dan bakal ibu 'tertido' kat belakang..huhuhu



kalau anak- anak anda mengadu kena rotan, sila lah jangan cari mereka ini..:D



"jangan ambil gambar dalam tandas...tak elok..tempat syaitan."..said aleeya uiksss??? takleh amik gambar dalam toilet ek??


nota hujung : ohh..banyak lagi keje belum settle.cik dina belum packing beg untuk camping esok..soalan exam year 5 & 6 belum siap..tolong.....!!!

Wednesday, 7 October 2009

an introduction


impian cik dina dan kak ani...request la kononnya ni.huhu


agak2nye laa..bila nak berkhemah kt tempat macam ni???

oohhh..'saya' belum sempat lagi untuk bercerita apa- apa..mungkin 3 atau 4 hari kemudian..mungkin..maybe..yes..ya...hmmm insyaAllah..

Sekadar pendahuluan je dulu..orang yang karang buku pun ada buat introduction..apatah lagi yang mengarang dalam blog..huhuhu..



nota hujung : agak- agaknya la..ada tak orang nak layan request ni???

Sunday, 4 October 2009

bulan raya..cerita raya..

Sudah menjadi adat di Malaysia ni..puasa sebulan..raya pun sebulan..abis raya yang wajib bersama sanak saudara..sambung pulak dengan beraya bersama kawan..

Hari ni kena attend kursus lagi..ingat kan musim- musim raya takde la nak kena kursus.huhu..kalau dah bulan puasa pun kena kursus....apatah lagi bulan tak puasa. Sila lah mengikut perintah ketua anda!

Habis je kursus..kena hadir lagi satu kursus. Kursus 'memenuhkan' perut. Adoilaaa..sampai tak tahu dah nak sumbat kat mana segala makanan- makanan tu. Kursus kali ni @ Taman cik jart. Thanks a lot cik jart dan mak nye dan makcik nye dan adik nye..yang buat Open House untuk kami- kami ni..['saya' yang kenyang teramat sangat ni teringin laksa johor tuuuu..]


mana cik jart???


colorfull shawl cik emy...so sweet!


nota hujung : sekali lagi terima kasih untuk cik jart sekeluarga..next week @ cik shila`s house..next week lagi @ smpw..next week lagi??? banyakkk sungguhh laa..
To kak aini..cik dina mintak maaf la tak datang umah hari ni..kena attend kursus,ada open house rumah kawan..no phone takde pulak nak sms bagitau..nanti bagi ek!hihi